Mastif

Mastif[a] ialah sejenis anjing besar dan berkuasa.[1][2] Mastif ialah antara anjing terbesar dan biasanya mempunyai lapis bulu pendek, ekor panjang yang terletak rendah-rendah, dan kaki besar; tengkoraknya besar dan gempal, muncung lebar dan pendek (brakisefalik), dan telinga labuh dan berbentuk loket.[1][2] Catatan Eropah dan Asia yang bertarikh kembali 3,000 tahun lalu menunjukkan anjing jenis mastif.[3] Mastif dari segi sejarah ialah anjing pengawal, yang melindungi rumah dan harta benda, walaupun sepanjang sejarah telah digunakan sebagai anjing pemburu, anjing perang, dan untuk sukan berdarah, seperti laga anjing, pengumpanan lembu, pengumpanan beruang, dan malah pengumpanan singa.[2][3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bukti sejarah dan arkeologi mencadangkan bahawa mastif telah lama berbeza dari segi kedua-dua rupa bentuk dan fungsi daripada anjing penjaga haiwan ternakan yang sama besar yang daripadanya ia berkemungkinan besar dikembangkan;[4] ia juga membentuk populasi genetik terpisah.[5] Persekutuan Kinologi Antarabangsa dan sesetengah kelab kenel mengelompokkan kedua-dua jenis bersama-sama sebagai anjing molossoid; sesetengah baka anjing penjaga haiwan ternakan moden, seperti mastif Pyrénées, mastif Sepanyol, dan mastif Tibet, dan anjing tarikan pupus yang dipanggil mastif Belgium, mempunyai perkataan "mastif" dalam nama masing-masing, tetapi tidak dianggap sebagai mastif benar.[6]
Banyak sumber lebih tua berbahasa Inggeris merujuk mastif sebagai bandog atau bandogge, walaupun secara teknikal istilah "bandog" memaksudkan anjing yang ditambat dengan rantai (atau "bande") yang kemudian dilepaskan pada waktu malam; istilah "mastif" dan "bandog" kerap digunakan secara bergantian.[7] Pada abad kedua puluh, istilah "bandog" dihidupkan semula untuk memerihalkan sesetengah anjing laga besar jenis mastif yang disilangkan dengan mana-mana buldog di Amerika Syarikat.[8]
Senarai baka mastif
[sunting | sunting sumber]Baka ekstan
[sunting | sunting sumber]| Baka | Nama alternatif | Negara asal | Kegunaan | Imej |
|---|---|---|---|---|
| Alano Sepanyol |
|
Sepanyol | Anjing perang, pengumpanan lembu, pemburuan buruan besar | |
| Alapaha blue blood bulldog | Amerika Syarikat | Anjing pengawal | ||
| Anjing besar Denmark |
|
Jerman | Pemburuan buruan besar | |
| Boerboel | Mastif Afrika Selatan | Afrika Selatan | Anjing pengawal | |
| Bokser Jerman |
|
Jerman | Anjing pengawal, pemburuan buruan besar | |
| Anjing Broholm |
|
Denmark | Anjing pengawal | |
| Buldog Amerika |
|
Amerika Syarikat | Anjing pengawal, anjing tangkap, anjing ladang | |
| Buldog benua | Buldog Switzerland | Switzerland | Anjing teman | |
| Buldog gunung | Buldog gunung Brazil | Brazil | Anjing gembala, anjing tukang daging | |
| Buldog Inggeris |
|
United Kingdom (England) | Anjing teman, dahulu pengumpanan lembu | |
| Buldog lama Inggeris | Amerika Syarikat | Pewujudan semula zaman moden bagi buldog lama Inggeris yang pupus | ||
| Buldog Perancis | Perancis | Anjing riba | ||
| Buldogue campeiro |
|
Brazil | Anjing tangkap, anjing tukang daging | |
| Bully kutta |
|
India dan Pakistan | Anjing pengawal, pemburuan buruan besar, anjing laga | |
| Bulmastif | Anjing malam penjaga mergastua | United Kingdom (England) | Anjing pengawal | |
| Cane corso Itali |
|
Itali | Anjing pengawal, anjing tangkap | |
| Anjing Chongqing | China | Anjing pengawal | ||
| Dogue Bordeaux |
|
Perancis | Anjing pengawal | |
| Dogue Brazil | Brazil | Anjing pengawal | ||
| Dogo Argentina |
|
Argentina | Anjing pengawal, pemburuan buruan besar, laga anjing | |
| Dogo Guatemala |
|
Guatemala | Anjing pengawal, dahulu pengumpanan lembu | |
| Dogo Mallorca |
|
Sepanyol | Pengumpanan lembu | |
| Fila Brazil |
|
Brazil | Anjing pengawal | |
| Fila São Miguel |
|
Portugal | Anjing gembala lembu, anjing tangkap | |
| Anjing jalang Uruguay |
|
Uruguay | Anjing pengawal | |
| Mastif Inggeris |
|
United Kingdom (England) | Anjing pengawal | |
| Mastif Kurdi |
|
Iraq | Anjing pengawal | |
| Mastif Napoli | Itali | Anjing pengawal | ||
| Mastif Pyrénées | Sepanyol | Anjing pengawal | ||
| Mastif Sepanyol | Sepanyol | Anjing pengawal | ||
| Anjing merah Laizhou | China | Anjing teman, anjing pekerja, anjing pengawal | ||
| Presa Canaria |
|
Sepanyol | Anjing pengawal, anjing tangkap | |
| Anjing Rottweil | Jerman | Anjing pengawal | ||
| Anjing Tosa |
|
Jepun | Laga anjing |
Baka pupus
[sunting | sunting sumber]| Baka | Nama alternatif | Negara atau rantau asal | Zaman | Kegunaan | Imej |
|---|---|---|---|---|---|
| Alaunt | Alaunt de Boucherie | Eropah, Asia Tengah | Pemburuan buruan besar, anjing pengawal, laga anjing | ||
| Buldog lama Inggeris | Great Britain dan Ireland | abad ke-17 – abad ke-19 | Pengumpanan lembu, laga anjing | ||
| Buldog mainan |
|
United Kingdom (England) | abad ke-18 – awal abad ke-20 | Anjing riba | |
| Bullenbeißer |
|
Jerman | hingga Perang Dunia Kedua | Pengumpanan lembu (sebagai bullenbeißer), pengumpanan beruang (sebagai bärenbeißer) | |
| Dogo Cuba |
|
Cuba | abad ke-16 – lewat abad ke-19 | Penangkapan semula hamba pelarian, pengumpanan lembu, laga anjing | |
| Fila Terceira |
|
Portugal | hingga 1970-an | Anjing tangkap |
|
| Anjing laga Córdoba |
|
Argentina | hingga 1920-an | Laga anjing | |
| Molossus |
|
Eropah Selatan | Baharian klasik | Anjing perang, anjing pengawal, pemburuan buruan besar, laga anjing |
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: مستيف; bahasa Inggeris: mastiff
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Oxford Dictionaries (2019).
- ^ a b c Young & Bannasch (2007), m/s. 49.
- ^ a b Encyclopædia Britannica (2019).
- ^ Young & Bannasch (2007), m/s. 48–49.
- ^ Parker (2012), m/s. 45.
- ^ Hancock (2001).
- ^ Wynn (2011).
- ^ Fogle (2009), m/s. 36.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
- Hancock, David (2001). The Mastiffs: The Big Game Hunters: Their History, Development and Future [Mastif: Pemburu Buruan Besar: Sejarah, Perkembangan, dan Masa Hadapannya] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ducklington, United Kingdom: Charwynne Dog Features. ISBN 9780951780114. OCLC 183116227.
- "Mastiff" [Mastif]. Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2019. Dicapai pada 8 Jun 2024.CS1 maint: unfit URL (link)
- "Mastiff". Oxford Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. Dicapai pada 8 Jun 2024.[pautan mati]
- Parker, Heidi G. (23 April 2012). "Chapter 3: The history and relationship of dog breeds" [Bab 3: Sejarah dan hubungan baka anjing]. Dalam Ostrander, Elaine Ann; Ruvinskiy, Anatoliy Ovseyevich (penyunting). The Genetics of the Dog [Genetik Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Wallingford, Oxfordshire, United Kingdom: CAB International. m/s. 38–53. ISBN 9781845939403. OCLC 743275902.
- Wynn, M. B. (1886). The History of the Mastiff [Sejarah Mastif] (dalam bahasa Inggeris). Melton Mowbray, United Kingdom: William Loxley. OCLC 1944738.
- Young, Amy; Bannasch, Danika Lynne (3 April 2007). "Chapter 4: Morphological variation in the dog" [Bab 4: Variasi morfologi pada anjing]. Dalam Ostrander, Elaine Ann; Giger, Urs; Lindblad-Toh, Kerstin (penyunting). The Dog and Its Genome [Anjing dan Genomnya] (dalam bahasa Inggeris). Cold Spring Harbor, New York, Amerika Syarikat: Cold Spring Harbor Laboratory Press. m/s. 47–66. ISBN 9780879697815. OCLC 145554669.
