Pergi ke kandungan

Mastif Napoli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mastif Napoli
Negara asalItali
Trait
Berat Jantan 60–70 kilogram (130–150 lb)
Betina 50–60 kilogram (110–130 lb)
Tinggi Jantan 65–75 sentimeter (26–30 in)
Betina 60–68 sentimeter (24–27 in)
Bulu pendek
Warna biasanya kelabu, kelabu plumbum, atau hitam
Jangka hayat sehingga 10 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Mastif Napoli[a] ialah satu baka anjing besar Itali daripada jenis mastif. Ia diturunkan daripada anjing pengawal tradisional di Itali tengah.[1] Ia diiktiraf sebagai baka oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 1949[2] dan diterima oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1956.[3]

Ia berkait rapat dengan cane corso.

Anjing milik Scanziani, Siento, yang difotografkan pada tahun 1950-an

Mastif Napoli diterbitkan daripada anjing tangkap dan anjing pengawal tradisional dari Itali tengah. Pemilihan baka ini dimulakan pada tahun 1947 oleh Piero Scanziani, yang telah melihat seekor di pameran di Napoli pada tahun 1946.[1][2] Beliau merangka piawaian pertama yang pada tahun 1949 diiktiraf secara rasmi oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana.[2] Ia menerima penerimaan penuh daripada Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1956.[3]

Mastif Napoli adalah besar dan berkuasa, dengan berat dalam julat 50–70 kg (110–150 lb) dan ketinggian 60–75 cm (24–30 in) pada paras kelasa.[1] Panjang tubuhnya ialah kira-kira 15% lebih besar daripada ketinggian.[1]

Kulitnya banyak dan longgar, khususnya di kepala yang mempunyai kulit tergantung dalam banyak kedutan. Warna lapis bulu yang diutamakan merupakan hitam, kelabu dan plumbum, tetapi mahogani, perang kekuning-kuningan, fulvus, kacang hazel, kelabu merpati, dan putih telur juga boleh diterima; semua lapis bulu mungkin brindle dan tanda-tanda putih kecil pada jari kaki dan dada boleh diterima.[1][4]

Mastif Napoli mungkin dijangkakan hidup sehingga usia 10 tahun.[5]:92 Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 9.3 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[6]

  1. ^ Jawi: مستيف ناڤولي; Itali: mastino napoletano; bahasa Inggeris: Neapolitan mastiff
  1. ^ a b c d e Mastino Napoletano (dalam bahasa Itali). Milan, Itali: Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  2. ^ a b c Mastino Napoletano: Storia (dalam bahasa Itali). Milan, Itali: Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  3. ^ a b "FCI breeds nomenclature: MASTINO NAPOLETANO (197)" [Tatanama baka FCI: MASTIF NAPOLI (197)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  4. ^ Joan Palmer (2006). Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Wellfleet, Massachusetts, Amerika Syarikat: Wellfleet Press. ISBN 9780785800309.
  5. ^ [Bruce Fogle] (2013). The Dog Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom; New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley. ISBN 9781465408440.
  6. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).