Pergi ke kandungan

Anjing pemburu penglihatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seekor whippet: tungkai panjang, dada dalam, pinggang ramping anjing pemburu penglihatan

Anjing pemburu penglihatan (bahasa Inggeris: sighthound, gazehound) ialah sejenis anjing hound yang berburu terutamanya dengan penglihatan dan kelajuan, tidak seperti anjing pemburu bau, yang bergantung pada bau dan daya ketahanan.

Penampilan

[sunting | sunting sumber]
Perkadaran kepala dolikosefalik bagi anjing pemburu penglihatan tipikal

Anjing ini pakar dalam mengejar mangsa, mengekalkannya dalam penglihatan, dan mengatasinya dengan kelajuan tingginya dan ketangkasannya. Ia mesti dapat mengesan pergerakan dengan cepat, jadi ia mempunyai penglihatan tajam. Anjing pemburu penglihatan mesti dapat menangkap mangsa pantas dan tangkas, seperti rusa dan kelinci, jadi ia mempunyai belakang sangat boleh lentur dan tungkai panjang untuk langkah panjang, dada dalam untuk menyokong jantung besar luar biasa (berbanding dengan anjing lain), paru-paru sangat cekap untuk kedua-dua larian pecut anaerobik dan aerobik, dan tubuh langsing dan kurus untuk mengekalkan berat badannya pada tahap minimum. Anjing pemburu penglihatan mempunyai ciri anatomi dan fisiologi unik, yang mungkin disebabkan oleh pemilihan sengaja untuk perburanu dengan kelajuan dan penglihatan; kajian makmal telah mengasaskan selang rujukan untuk hematologi dan profil biokimia serum pada anjing pemburu penglihatan, yang sesetengah daripadanya dikongsi oleh semua anjing pemburu penglihatan dan yang sesetengah daripadanya mungkin unik kepada satu baka.[1]

Jenis anjing pemburu penglihatan tipikal mempunyai kepala ringan dan langsing, yang berperkadaran dolikosefalik. Rupa bentuk ini dapat mewujudkan ilusi bahawa kepalanya adalah lebih panjang daripada biasa. Serigala dan anjing liar lain adalah dolikosefalik atau mesatisefalik, tetapi sesetengah anjing bela jinaktelah menjadi brakisefalik (berkepala pendek) disebabkan oleh pemilihan buatan oleh manusia selama tempoh 12,000 tahun.[2] Anjing dolikosefalik mempunyai medan penglihatan lebih luas tetapi pertindihan lebih kecil antara mata dan, oleh itu, mungkin persepsi kedalaman lebih lemah di sesetengah medan penglihatannya berbanding dengan anjing brakisefalik; kebanyakan, jika bukan semua, anjing mempunyai kurang ketajaman penglihatan berbanding dengan pendahulunya, iaitu serigala.[3] Tiada bukti berdasarkan sains untuk mengesahkan kepercayaan popular bahawa anjing pemburu penglihatan mempunyai ketajaman penglihatan lebih tinggi berbanding dengan jenis anjing lain. Walau bagaimanapun, terdapat bukti semakin banyak bahawa anjing dolikosefalik, oleh sebab bilangan lebih tinggi bagi sel ganglion retina dalam "coretan visual"-nya, mengekalkan kepekaan lebih ternaik berbanding dengan jenis anjing lain terhadap objek dan pergerakan pantas di medan penglihatan mengufuk.[4]

Seekor saluki
Patung gangsa vertragus Celt

Anjing pemburu penglihatan seperti jenis saluki/sloughi (kedua-duanya dinamai sempena Empayar Seleukia) mungkin telah wujud selama sekurang-kurangnya 5,000 tahun, dengan peninggalan anggapan terawal bagi seekor anjing pemburu penglihatan jantan dengan ketinggian bahu sekitar 54 cm (21 in), sebanding dengan saluki, yang muncul dalam penggalian Tell Brak yang bertarikh hampir-hampir 4,000 tahun sebelum kini.[5] Sebutan Eropah terawal tentang anjing pemburu penglihatan dan karyanya, iaitu vertragus Celt dari Sepanyol Rom abad ke-2 M, berasal daripada Cynegeticus karya Arrianos. Jenis serupa, mungkin anjing pemburu penglihatan jantan bersaiz sederhana, dengan ketinggian 61–63 cm (24–25 in), daripada tempoh sejarah hampir-hampir sama, iaitu anjing Rom Warmington digambarkan daripada rangka amat terpelihara yang ditemukan di England.[6] Tulang-temulang "grasil" jenis anjing pemburu penglihatan, yang bertarikh dari abad ke-8 hingga abad ke-9 M, yang secara anatomi ditakrifkan sebagai tulang "grehaun" setinggi 70 cm (28 in), dibandingkan secara genetik dengan grehaun moden dan anjing pemburu penglihatan lain dan didapati hampir sama dengan baka grehaun moden, dengan pengecualian sebanyak hanya empat pemotongan dan satu penggantian dalam jujukan-jujukan DNA, yang ditafsirkan sebagai perbezaan yang barang kali timbul daripada 11 abad pembiakbakaan anjing pemburu penglihatan jenis ini.[7] Analisis genomik populasi mencadangkan bahawa anjing pemburu anjing sejati berasal secara bebas daripada anjing asli dan dicampurkan secara menyeluruh sesama baka, lalu menyokong hipotesis berbilang asal usul bagi anjing pemburu penglihatan.[8]

Walaupun kini kebanyakan anjing pemburu penglihatan dipelihara terutamanya sebagai haiwan peliharaan, sesetengah anjing mungkin telah dibiakbakakan selama beribu-ribu tahun untuk mengesan pergerakan mangsa, kemudian mengejar, menangkap, dan membunuh mangsa terutamanya dengan kelajuan. Ia bertahan hidup dengan kegiatan fizikal. Sesetengah anjing mempunyai keperibadian lembut, yang lain pula berwaspada atau memusuhi orang asing, tetapi naluri untuk mengejar haiwan berlari kekal kuat.[9]

Selain coursing dan perburuan, pelbagai sukan anjing diamalkan dengan anjing pemburu penglihatan baka tulen, dan kadang-kadang dengan lurcher dan longdog. Sukan sedemikian termasuk perlumbaan, lure coursing, dan acara lain.

Senarai baka anjing pemburu penglihatan

[sunting | sunting sumber]
Nama Asal Pengiktirafan Nama lain Imej
Azawakh Mali FCI
Borzoi Rusia FCI, AKC Grehaun pemburu Rusia
Anjing Chippiparai India KCI
Cirneco Etna Itali
Grehaun Hungary Hungary FCI
Grehaun Inggeris England FCI, AKC
Grehaun Itali Itali FCI, AKC Grehaun kecil Itali
Grehaun lama Croatia Bosnia dan Herzegovina, Croatia
Grehaun Patagonia[10] Argentina Grehaun berjanggut Patagonia
Grehaun Poland Poland
Grehaun Rampur India
Grehaun Sardinia Itali
Grehaun Sepanyol Sepanyol FCI
Hortaya borzaya Rusia
Anjing Kaikadi India
Kanni India KCI
Anjing pemburu Afghan Afghanistan FCI, AKC
Anjing pemburu firaun Malta FCI, AKC Kelb tal-fenek
Anjing pemburu Kriti Greece
Anjing pemburu Mudhol India KCI
Anjing pemburu rusa Scotland Scotland FCI, AKC
Anjing pemburu Sarail[11] Bangladesh
Anjing pemburu serigala Ireland Ireland FCI, AKC
Saluki Timur Tengah FCI, AKC
Sloughi Afrika Utara FCI Grehaun Arab
Taigan Kyrgyzstan VDH
Tazy Kazakhstan Kazakhstan
Whippet England FCI, AKC
Windhound sutera Amerika Syarikat
Xigou China CKU

Jenis anjing pemburu penglihatan baka silang

[sunting | sunting sumber]
Nama Asal Baka digunakan Imej
Longdog Campuran sesama anjing pemburu penglihatan
Lurcher Anjing pemburu penglihatan + anjing gembala atau terier
Anjing pemburu kanggaru Australia Grehaun Inggeris, anjing pemburu rusa Scotland, anjing pemburu serigala Ireland, borzoi, saluki
Anjing pemburu rusa Amerika Amerika Syarikat Grehaun Inggeris, anjing pemburu rusa Scotland, anjing pemburu serigala Ireland, borzoi, saluki, whippet

Baka yang dianggap berkontroversi kerana pada asalnya tidak mempunyai fungsi anjing pemburu penglihatan

[sunting | sunting sumber]

Sebilangan baka atau jenis anjing yang tidak berburu semata-mata dengan kelajuan dan penglihatan, serta sebilangan baka bukan pemburu, kini diiktiraf sebagai anjing pemburu penglihatan, sama ada secara formal atau tidak formal[12] oleh kelab-kelab kenel, atau kelab coursing umpan atau langsung. Ini termasuk:

Pengelasan kelab kenel

[sunting | sunting sumber]

Apabila bertanding dalam pertunjukan pengakuran, kebanyakan kelab kenel berbahasa Inggeris, termasuk American Kennel Club dan The Kennel Club (United Kingdom), mengelompokkan baka anjing pemburu penglihatan pedigri bersama-sama dengan anjing pemburu bau dalam Kumpulan Hound,[13][14] Persekutuan Kinologi Antarabangsa mengelompokkannya dalam Kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan yang dikhususkan,[15] manakala United Kennel Club mengelompokkannya mereka dalam Kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan dan Paria.[16]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Zaldívar-López, Sara; Marín Torres, Liliana Marcela; Iazbik, Maria Cristina; Westendorf-Stingle, Nicole; Hensley, S.; Couto, C. Guillermo (24 Oktober 2011). "Clinical pathology of Greyhounds and other sighthounds" [Patologi klinikal grehaun dan anjing pemburu penglihatan lain]. Veterinary Clinical Pathology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 40 (4): 414–425. doi:10.1111/j.1939-165X.2011.00360.x. ISSN 1939-165X. PMC 3816276. PMID 22092909. S2CID 20859642.
  2. ^ Roberts, Taryn; McGreevy, Paul Damien; Valenzuela, Michael J. (26 Julai 2010). Linden, Rafael (penyunting). "Human Induced Rotation and Reorganization of the Brain of Domestic Dogs" [Pergiliran dan Penyusunan Semula Cetusan Manusia bagi Otak Anjing Bela Jinak]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 5 (7). Bibcode:2010PLoSO...511946R. doi:10.1371/journal.pone.0011946. ISSN 1932-6203. PMC 2909913. PMID 20668685. S2CID 2272689. Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  3. ^ Miller, Paul E.; Murphy, Christopher J. (15 Disember 1995). "Vision in dogs" [Penglihatan pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 207 (12): 1623–1634. doi:10.2460/javma.1995.207.12.1623. ISSN 1943-569X. PMID 7493905. S2CID 14957262.
  4. ^ McGreevy, Paul Damien; Grassi, Tanya Denise; Harman, Alison M. (19 Disember 2003). "A Strong Correlation Exists between the Distribution of Retinal Ganglion Cells and Nose Length in the Dog" [Korelasi Kuat Wujud Antara Taburan Sel Ganglion Retina dengan Panjang Hidung pada Anjing]. Brain, Behavior and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Karger Publishers. 63 (1): 13–22. doi:10.1159/000073756. ISSN 1421-9743. PMID 14673195. S2CID 24772865.
  5. ^ Clutton-Brock, Juliet (1989). "A Dog and a Donkey Excavated at Tell Brak" [Seekor Anjing dan Seekor Keldai yang Diekskavasi di Tell Brak]. Iraq (dalam bahasa Inggeris). British Institute for the Study of Iraq. 51: 217–224. doi:10.2307/4200305. ISSN 2053-4744. JSTOR 4200305. S2CID 162582583.
  6. ^ Schoenebeck, Jeffrey J.; Hamilton-Dyer, Sheila; Baxter, Ian L.; Schwarz, Tobias; Nussbaumer, Marc A. (23 Mei 2020). "From head to hind: Elucidating function through contrasting morphometrics of ancient and modern pedigree dogs" [Dari kepala ke punggung: Menerangkan fungsi melalui morfometrik berkontras bagi anjing purba dan anjing pedigri moden]. The Anatomical Record (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 304 (1): 63–77. doi:10.1002/ar.24412. hdl:20.500.11820/9a0c4602-fa46-411a-a479-2ce3d78a0970. ISSN 1932-8494. PMID 32445504. S2CID 218858892.
  7. ^ Svobodová, Hana; Bartoš, Milan; Nývltová Fišáková, Miriam; Kouřil, Pavel (2015). "Genetic analysis of possibly the oldest greyhound remains within the territory of the Czech Republic as a proof of a local elite presence at Chotěbuz-Podobora hillfort in the 8th–9th century AD" [Analisis genetik bagi tinggalan grehaun yang mungkin tertua di dalam wilayah Republik Czech sebagai bukti kehadiran golongan elit tempatan di kubu bukit Chotěbuz-Podobora pada abad ke-8–ke-9 M]. Acta Musei Nationalis Pragae. Series B – Historia Naturalis (dalam bahasa Inggeris). Muzium Negara (Praha). 71 (1–2): 17–24. doi:10.14446/AMNP.2015.17. ISSN 2570-6853. S2CID 134618493.
  8. ^ Li, Wulue; Liu, Yanhu; Li, Jinxiu; Ding, Mengting; Adeola, Adeniyi Charles; Isakova, Jainagul Tolonovna; Aldashev, Almaz Abdulkhayevich; Peng, Minsheng; Huang, Xuezhen; Xie, Guoli; Chen, Xi; Yang, Weikang; Zhou, Weiwei; Amiri Ghanatsaman, Zeinab; Olaogun, Sunday Charles; Sanke, Oscar J.; Dawuda, Philip Makama; Hytönen, Marjo Kristiina; Lohi, Hannes Tapani; Esmailizadeh Koshkoiyeh, Ali; Poyarkov, Andrey Dmitrievich; Savolainen, Carl Peter Olavi; Wang, Guodong; Zhang, Yaping (11 Julai 2023). Falush, Daniel (penyunting). "Multiple Origins and Genomic Basis of Complex Traits in Sighthounds" [Berbilang Asal Usul dan Dasar Genomik bagi Trait-trait Kompleks pada Anjing Pemburu Penglihatan]. Molecular Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 40 (8). Bibcode:2023MBioE..40D.158L. doi:10.1093/molbev/msad158. hdl:10138/574041. ISSN 1537-1719. PMC 10401622 Check |pmc= value (bantuan). PMID 37433053 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 259831846 Check |s2cid= value (bantuan). Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  9. ^ Fogle, Bruce (2000). The New Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Baharu Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780751304718. OCLC 1442269308.
  10. ^ "Estándar GALGO BARBUCHO PATAGONICO" [Piawaian GREHAUN BERJANGGUT PATAGONIA] (dalam bahasa Sepanyol). Kennel Club Argentino. 28 Jun 2015. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  11. ^ Billah, Masum (2 Februari 2021). "Two Bangladeshi Brothers Are Trying to Save This Dog From Extinction" [Dua Bangladesh Bersaudara Sedang Mencuba untuk Menyelamatkan Anjing Ini daripada Kepupusan] (dalam bahasa Inggeris). Vice. Dicapai pada 28 Mac 2025.
  12. ^ Bengtson, Bo (2014). "How Many Sighthound Breeds? Would you believe more than 50?" [Berapa Baka Anjing Pemburu Penglihatan? Percayakah anda tentang lebih daripada 50?]. Sighthound Review (dalam bahasa Inggeris). Jil. 5 no. 4.
  13. ^ "Hound Group" [Kumpulan Hound] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  14. ^ "Breed Information Centre: Hound" [Pusat Maklumat Baka: Hound] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2019. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  15. ^ "FCI breeds nomenclature: Group 10 : Sighthounds" [Tatanama baka FCI: Kumpulan 10: Anjing Pemburu Penglihatan] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  16. ^ "Breed Group Designations" [Ketetapan Kumpulan Baka] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 27 Mei 2024.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkaitan Sighthounds di Wikimedia Commons