Matthew Bellamy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Matthew Bellamy
Flickr - moses namkung - Muse-2.jpg
Persembahan Bellamy bersama Oracle Arena di Oakland, California, pada 12 December 2009
Latar belakang
Nama lahirMatthew James Bellamy
Kelahiran (1978-06-09) 9 Jun 1978 (umur 41)
Cambridge, England
GenreRock alternatif, Rock progressif, Rock electronic, Rock symphoni, Meltal alternatif, prog-metal
Pekerjaanpemuzik, produser rakaman, penyanyi, penulis lirik, komposer, penggubah
InstrumenVokal, gitar, gitar synth, piano, keyboards, keytar, mandolin, organ
Tahun aktif1991–sekarang
Syarikat rakaman
Warner Bros., Mushroom, East West, Helium 3, Taste
Kegiatan berkaitan
Muse
Laman sesawang
muse.mu


Matthew James "Matt" Bellamy (dilahirkan pada 9 Jun 1978) adalah seorang pemuzik serba boleh, penyanyi, penulis lirik, komposer berbangsa inggeris. Beliau dikenali sebagai vokalis utama, gitaris utama, pemain piano, and penulis lirik untuk sebuah kugiran rock bernama Muse. Sebagai penghibur, beliau terkenal dengan persona kawalan pentas yang bersifat eksentrik, nada vokal tenor yang luas, kehebatan beliau dalam bermain gitar dan piano[1][2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Bapa Bellamy, George, berasal dari Sunderland merupakan gitaris untuk kugiran pop, The Tornados pada era 1960-an, yang juga merupakan kugiran pertama dari British pernah memegang carta lagu nombor satu di Amerika Syarikat , dengan judul lagu "Telstar".[3] "Knights of Cydonia", single Muse dari album Black Holes and Revelations, sering diperkatakan sebagai penghormatan terhadap lagu tersebut, termasuklah dengan gaya bunyi space rock and bertemankan video bertemakan aksi koboi melalui landskap makhluk asing. Ibu Bellamy, Marilyn, dilahirkan di Belfast, telah berpindah ke England pada 1970-an. Hari pertamanya di England telah dipertemukannya dengan George, yang pada masa itu bekerja sebagai pemandu teksi. Mereka kemudia berpindah ke Cambridge dimana abang sulung Matthew, Paul dilahirkan, selang beberapa tahun kemudia, Matthew dilahirkan. di pertengahan 1980-an, keluarga ini berpindah Teignmouth, Devon. Selepas penceraian orang tua Bellamy, beliau tinggal bersama ibu dan abangnya. Bellamy mula bermain piano seawal usia 6 and gitar pada umur 11 tahun. Persembahan muzikal sulung beliau adalah pada Jun 1991, diusia 12, bermain piano dihadapan pelajar Kolej Komunity Teignmouth.[4]

Muse[sunting | sunting sumber]

Persembahan Bellamy di Lollapalooza, 2007

Bakat awal Muse dikesan di Teignmouth, Devon di Kolej KomunitiTeignmouth, dimana Bellamy telah menyertai pelbagai kugiran termasuklah Carnage Mayhem and Gothic Plague dengan seorang drummer Dominic Howard. Apabila ada ahli kumpulan Gothic Plague pergi meninggalkan kumpulan, Bellamy and Howard meminta Wolstenholme untuk turut serta. Pada 1994, menggunakan nama Rocket Baby Dolls, mereka berjaya memenangi "Battle of the Bands" peringkat sekolah yang mana membuatkan mereka lebih serius di dalam industri ini. Mereka memutuskan untuk menukar nama kumpulan kepada lebih "professional", dan Muse telah dilahirkan. kumpulan ini terdiri dari (sehingga sekarang) Matthew Bellamy, Christopher Wolstenholme (gitar bass and suara latar) and Dominic Howard (drum dan perkusi). Muse telah bersusah payah untuk menempah nama diawal tahun penglibatan mereka, hasilnya mereka telah dikenali di seluruh pelusuk dunia. Muse menggabungkan unsur alternative, art rock, rock experimental, rock progressif, muzik klasikal, electronika dan pelbagai lagi. Kumpulan ini terkenal dengan persembahan konsert yang energetik and visual yang mempersonakan.[5] Pada 16–17 Jun 2007, Muse merupakan kumpulan pertama berjaya menghabiskan jualan tiket persembahan bertempat di Wembley Stadium di London.[6] Muse telah menghasilkan sebanyak tujuh album studio, Showbiz (1999), Origin of Symmetry (2001), Absolution (2003), Black Holes and Revelations (2006), The Resistance (2009), The 2nd Law (2012) and Drones (2015). Muse juga menghasilkan dua album live, HAARP (2008) dan Live at Rome Olympic Stadium (2013), dan juga album kompilasi. Kompilasi berjudul Hullabaloo (2002) mengandungi dua CD dan direka untuk turut bersama DVD Hullabaloo. CD pertama mengandungi 10 lagu B-sides yang dirakam antara Mac 1999 and Oktober 2001. CD kedua menampilkan 11 lagu live yang dirakam pada 28–29 Oktober 2001 bertempat di 'Le Zenith' di Perancis. Album terbaru mereka, Drones, telah dikeluarkan pada Jun 2015.

Kritikan dan pujian[sunting | sunting sumber]

Persembahan Bellamy di Virgin Festival bertempat Toronto menggunakan Gitar Manson; Chrome Bomber Manson.

Bellamy diletakkan di No. 19 oleh Gigwise's di dalam senarai The 50 greatest Guitarist Ever.[7] Pembaca Total Guitar telah mengundi dan meletakkan Bellamy ditangga No. 29 di senarai Top 100 Guitarists of All Time. Riff gitar dari lagu "Plug in Baby" diletakkan di No. 13 oleh Total Guitar's poll dalam senarai Top 100 Riffs of All Time.

Pada tahun 2005, Majalah Kerrang! meletakkan beliau ditangga No. 28 dalam"50 Sexiest People in Rock". Cosmopolitan juga memilih beliau sebagai rocker paling seksi pada tahun 2003 and 2004. Majalah NME  beliau sebagai 14th Greatest Rock 'n' roll Hero of all time, mendahului John Lennon and Bob Dylan. Bellamy memenangi anugerah Sexiest Male Award di 2007 NME Awards.[8] Beliau menang berturut-turut bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2013 2014 hanya tercalon 2012. Bellamy, bagaimanapun, menyatakan bahawa beliau "terlalu pendek untuk kelihatan seksi" (dengan ukuran 5' 7"), dan anugerah tersebut sepatutnya diberikan kepada Dom Howard, drummer kepada Muse. Pada 2001 and 2012 di NME awards, Bellamy memenangi "Hero of the year award".

Pada 26 September 2008, University Plymouth ahli kumpulan Muse dianugerahkan ijazah doktor kehormat dalam bidang seni bagi mengiktiraf jasa mereka dalam industri muzik[9]

Dalam satu edisi Total Guitar pada Januari 2010, Bellamy dinamakan sebagai "Guitarist of the Decade" dan diisytiharkan sebagai "the Hendrix of his generation".[10] Dalam Guinness Book of World Records 2010, Bellamy memegang rekod dunia sebagai gitaris yang paling banyak memusnahkan gitar ketika konsert. Rekod ke-140 dicatat di Absolution Tour. Pada April 2010, Bellamy telah dinamakan sebagai ke-8 terbaik antara ketua kumpulan sepanjang masa oleh majalah Q.[11] Pada Disember 2010, pembaca MusicRadar mengundi Bellamy sebagai the 9th Greatest Lead Singer of all time.[12] Pada 2010, BBC Radio 6 menjalankan sebuah tinjauan dan menempatkan Matt Bellamy ditempatkan ke-3 antara gitaris terhebat sepanjang 30 tahun.[13]

Peralatan[sunting | sunting sumber]

Pada September 2009, Bellamy mengumumkan penggunaan yang extensif terhadap penguat jenis Dickinson dalam pembikinan album The Resistance.[14] Bellamy memiliki banyak gitar berjenama Manson, dimana semuanya direka oleh Hugh Manson kecuali the Mirror Kaoss, Doubleneck, Keytar and Matt Black II yang telah direka oleh Tim Stark. Kesemua gitar yang direka untuk Bellamy, kecuali Gitar 7 String E, mempunyai bentuk yang direka bersama dengan Hugh Manson beberapa tahun dahulu, dipanggil Mattocaster. Bentuk Mattocaster hasil daripada Bellamy yang meginginkan gitar yang "berbentuk seperti Fender Telecaster dan tona bunyinya seperti Les Paul".[15] Bellamy juga terkenal dengan penggunaan Zvex Fuzz Factory,  yang digunakan untuk menghasilkan tona signature popular beliau, seperti yang dapat didengar di solo permulaan lagu "Plug in Baby". Beliau turut menyatakan  Vox AC30 menjadi teras dalam penghasilan tona gitarnya

Pandangan politik[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan lagu beliau mengambarkan pandangan revolusioner beliau revolutionary disamping kebencian nya terhadap rasuah dalam politik. "Assassin" dan "Uprising" antara dua lagu yang ketara dengan sentimen revolusionernya. Dalam satu wawancara dengan majalah Q, beliau cenderung terhadap fahaman  Libertarianisme.[16][17] Pada 2006 Bellamy percaya bahawa serangan 9/11 attacks berpunca dari "kerja dalaman".[18] Bagaimanapun, pada 2009 dalam Rolling Stone beliau menyangkal: "Terdapat banyak bahan di Internet menyatakan 9/11 berpunca dari orang dalam. Tetapi ini bukan kepercayaan saya."[19]

On 17 September 2009 Bellamy membincangkan beliau terpengaruh dengan politik selepas membaca Confessions of an Economic Hitman tulisan John Perkins. Beliau menjelaskan bahawa buku ini menjadi sumber inspirasi dalam pembikinan lagu "Uprising" and beliau merasakan bawaha para pelobi membawa pengaruh yang melampau terhadap ahli politik termasuklah sistem politik itu sendiri. Beliau turut menyatakan "apabila seseorang itu berkuasa mereka sering mengabaikan pendapat umum."[20]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Bellamy menjadi pembantu penulis diakhir kredit dalam sebuah filem berjudul The International pada tahun 2009. beliau menulis lagu "Soaked", yang muncul dalam album debut Adam Lambert, For Your Entertainment. Bellamy muncul sebagai salah satu karekter dalam permainan video Guitar Hero 5, bersama lagu "Plug in Baby".[21] Pada April 2014, Bellamy diumamkan sebagi salah seorang penyumbang dalam pembikan album ke-2 artis dari New Zealand, Kimbra dalam album The Golden Echo.[22][full citation needed]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Selama9 tahun, Bellamy telah bertunang dengan ahli psikologi Itali bernama Gaia Polloni (berpisah ~ 2009). Beliau mula mengadakan janji temu dengan pelakon Amerika  Kate Hudson dalam sekitar musim 2010.[23] Bellamy dan Hudson bertunang April 2011.[24] Anak mereka, Bingham Hawn "Bing" Bellamy,[25] telah dilahirkan pada Julai 2011 di Los Angeles.[26] Pada Disember 2014, Bellamy and Hudson mengumumkan penceraian.[27] Bellamy adalah seorang atheist dan menyatakan bahawa: “menjadi seorang atheist bermakna anda sedar apabila anda mati, itulah yang sebenarnya. Anda perlu membuat sebahagian besar apa yang anda dapat di sini dan menyebarkan pengaruh sebanyak yang anda boleh. Saya percaya yang anda hidup atas dasar pengaruh yang telah anda sebarkan, samada ia bermaksud dalam menghasilkan zuriat atau penghasilan lagu...saya tidak percayakan syurga dan neraka, saya tidak percaya versi tersebut.”[28] Sejak Februari 2015, Bellamy telah mengadakan temu janji dengan seorang Model and pelakon Elle Evans, yang membintangi sebuah video muzik "Mercy", salah sebuah lagu dalam album terbaru mereka Drones. [29]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pictures of The greatest guitarists alive today – Photos". NME. 11 August 2010. 
  2. ^ Greater New Orleans. "Trying to make sense of Muse at Voodoo Fest". NOLA.com. 
  3. ^ "Revelation on stage". London Evening Standard. Dicapai 28 February 2012. 
  4. ^ "Matt Bellamy, Muse, age 12". YouTube. Dicapai 15 December 2012. 
  5. ^ "Muse play supermassive free show". NME News. 26 June 2006. Dicapai 27 January 2008. 
  6. ^ Dan Martin (16 June 2007). "Muse play Wembley Stadium mega gig". NME. 
  7. ^ "The 50 Greatest Guitarists... Ever!". Gigwise. 18 February 2008. Dicapai 28 February 2012. 
  8. ^ "Kate Rocks NME Awards – Sky Showbiz". BSkyB. Dicapai 28 February 2012. 
  9. ^ "University honour for rock stars Muse". The Herald. 26 September 2008. Dicapai 8 June 2009. 
  10. ^ "Muselive". Muselive. Dicapai 28 February 2012. 
  11. ^ "Q 286 – Featuring The 100 Greatest Frontmen". 
  12. ^ "The 30 greatest lead singers of all time | Martha Reeves (Martha And The Vandellas) | Guitar News". MusicRadar. Dicapai 2014-08-24. 
  13. ^ "6Music – The Axe Factor". BBC. 1 January 1970. 
  14. ^ "Muse Messageboard". Board.muse.mu. Dicapai 2014-08-24. 
  15. ^ "Manson Guitars – MuseWiki: Supermassive wiki for the band Muse". Musewiki.org. 2014-01-28. Dicapai 2014-08-24. 
  16. ^ [dead link]
  17. ^ "Muse: 'We like pushing it as far as we can'". The Guardian. 29 September 2012. 
  18. ^ "CMU Daily – on the inside". Complete Music Update. 13 October 2006. Diarkibkan daripada asal pada 20 November 2008. 
  19. ^ "MUSE Matt Bellamy Rolling Stone Interview". 15 October 2009. 
  20. ^ [dead link]
  21. ^ "MuseLive UK Exclusive: Bellamy Features in GH5". Muselive.com. Dicapai 28 February 2012. 
  22. ^ "NME News Muse's Matt Bellamy to feature on new Kimbra album". Nme.Com. 2014-04-11. Dicapai 2014-08-24. 
  23. ^ "Bellamy Confirms Hudson Romance Rumours 3 July 2010". Contactmusic.com. Dicapai 12 July 2010. 
  24. ^ "Kate Hudson Is Engaged". People. 27 April 2011. 
  25. ^ "Muse's Matt Bellamy and Kate Hudson name newborn son Bingham". NME. 14 July 2011. Dicapai 14 July 2011. 
  26. ^ Byrne, Alla (2011-04-27). "Kate Hudson, Matthew Bellamy Have Baby". People.com. Dicapai 2014-08-24. 
  27. ^ Steiner, Amanda Michelle (2014-12-08). "Kate Hudson and Matt Bellamy Call Off Engagement". People.com. Dicapai 2014-12-08. 
  28. ^ "Matt Bellamy is an Atheist". goodreads.com. Dicapai 25 May 2015. 
  29. ^ "Matthew Bellamy and Elle Evans Dating". The Daily Mail. Dicapai 25 June 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]