Meg Wyllie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meg Wylie
Kelahiran
Margaret Gillespie Wyllie

(1917-02-15)15 Februari 1917
Meninggal dunia1 Januari 2002(2002-01-01) (umur 84)
Glendale, California, A.S.
Nama lainMeg Wylie
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1952-1995

Margaret Gillespie "Meg" Wyllie (15 Februari 1917 – 1 Januari 2002) merupakan pelakon Amerika Syarikat.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Honolulu, Hawaii, Wyllie telah dibesarkan di Filipina, di mana bapanya bekerja sebagai jurutera di ladang gula di Pulau Negros berdekatan Bacolod. Beliau menghadiri Sekolah Brent di Baguio sebelum berpindah ke Bandar Raya New York.[1]

Wyllie telah berlakon dengan Pasadena Playhouse, dalam Visit to a Small Planet (1958),[2] Two on an Island (1940)[3] dan All the Comforts of Home (1941).[4] Beliau sebelum itu pernah muncul dalam Dear Brutus dan Morning Glory.[3]

Beliau pernah terlibat dalam pementasan Broadway menerusi The First Gentleman.[5]

Wyllie muncul dalam banyak siri TVpopular sekitar lewat 1950an dan 1960an.[6]

Pada tahun 1960, beliau pernah muncul sebagai nenek di dalam Tightrope! (episod "Bullets and Ballet") [7] dan The Twilight Zone menerusiepisod "Night of the Meek" .[8] Pada tahun yang sama beliau turut berlakon sebagai Mrs. Shafer menerusi sitkom ketenteraan CBS Hennesey menerusi episod "The Captain's Dilemma".

Pada tahun 1962-1966, Wyllie turut membuat penampilan empat kali menerusi Perry Mason. Peranan terbesar beliau adalah sebagai Ninevah Stone menerusi episod "The Case of the Nebulous Nephew".[9] Beliau turut melakonkan watak Marguerite Keith pada tahun 1964 menerusi episod "The Case of the Ruinous Road".[10]

Pada musim tahun 1963-1964, Wyllie telah melakonkan watak sebagai Mrs. Kissel[11] dalam 18 episod siri The Travels of Jaimie McPheeters. yang turut dibintangi oleh pelakon kanak-kanak, Kurt Russell.

Star Trek merupakan peranannya yang pertama sebagai penjahat , pertama menerusi episod "The Cage" (1964)

Wyllie turut pernah muncul dalam General Hospital sebagai tiga watak yang berbeza. [12] Selain itu beliau turut pernah muncul menerusi The Golden Girls dan Designing Women.

Wyllie meninggal dunia pada 1 Januari 2002, pada usia 84 tahun di Glendale, California, kerana kegagalan jantung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ p. 140 in: Halsema, James J. Bishop Brent's Baguio School: The First 75 Years. Brent School, Baguio City, Philippines 247pp. OCLC 20331617
  2. ^ "Ticket Sale Begins at Playhouse". California, Covina. Covina Argus. September 18, 1958. m/s. 9. Dicapai pada April 28, 2016 – melalui Newspapers.com. penerbitan akses terbuka - percuma untuk dibaca
  3. ^ a b "Elmer Rice Play To Open in Pasadena". California, Santa Ana. Santa Ana Register. October 28, 1940. m/s. 10. Dicapai pada April 29, 2016 – melalui Newspapers.com. penerbitan akses terbuka - percuma untuk dibaca
  4. ^ "Comedy Will Be Chaffey Event". California, San Bernardino. The San Bernardino County Sun. March 15, 1941. m/s. 15. Dicapai pada April 29, 2016 – melalui Newspapers.com. penerbitan akses terbuka - percuma untuk dibaca
  5. ^ "Meg Wyllie". Playbill. Dicapai pada 30 April 2016.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan v tidak disediakan
  7. ^ "(photo caption)". California, San Rafael. Daily Independent Journal. May 28, 1960. m/s. 33. Dicapai pada April 29, 2016 – melalui Newspapers.com. penerbitan akses terbuka - percuma untuk dibaca
  8. ^ "(photo caption)". California, San Rafael. Daily Independent Journal. December 17, 1960. m/s. 42. Dicapai pada April 29, 2016 – melalui Newspapers.com. penerbitan akses terbuka - percuma untuk dibaca
  9. ^ "(TV listing)". Ohio, Salem. The Salem News. August 27, 1966. m/s. 7. Dicapai pada April 29, 2016 – melalui Newspapers.com. penerbitan akses terbuka - percuma untuk dibaca
  10. ^ "TV Previews". Ohio, Dover. The Daily Reporter. December 31, 1964. m/s. 14. Dicapai pada April 29, 2016 – melalui Newspapers.com. penerbitan akses terbuka - percuma untuk dibaca
  11. ^ "Indians Block Trail on Video Show". Utah, Provo. The Daily Herald. September 16, 1963. m/s. 17. Dicapai pada April 29, 2016 – melalui Newspapers.com. penerbitan akses terbuka - percuma untuk dibaca
  12. ^ Reichardt, Nancy M. (September 25, 1994). "'General Hospital' Update: Lila's Back To Her Former Self". Los Angeles Times. Dicapai pada 30 April 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]