Pergi ke kandungan

Mei (dinosaur)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mei long)

Mei
Julat zaman: Batu Kapur Awal, 125 Ma
Holotip
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Superorder:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Mei

Xu & Norell, 2004
Species

M. long Xu & Norell, 2004 (contoh)

Mei (dari bahasa Cina 寐 mèi tidur nyenyak) ialah satu genus dinosaur troodontida sebesar itik yang ditemui oleh para ahli paleontologi di Liaoning, China pada tahun 2004. Makhluk Mei hidup pada Zaman Batu Kapur Awal. Nama saintifiknya, Mei long (Bahasa Cina: 寐 mèi dan 龙 lóng) bererti naga lelap. Mei merupakan salah satu nama genus yang paling pendek bagi dinosaur, di samping genus alvarezsaurida Kol dari Mongolia.

Pemulihan hidup contoh jenis muda.
Saiz holotip berbanding dengan manusia.

Fosil contohnya merupakan seekor makhluk muda yang tingginya sekitar 40 cm, lengkap dan diawet dengan baik dalam butiran tiga matra, dengan muncungnya yang tersendeh di bawah salah satu tangannya, serupa dengan posisi bertenggek burung zaman sekarang. Postur ini memberikan satu lagi kaitan kelakuan antara burung dan dinosaur.[1]

  1. ^ Xing Xu & Mark A. Norell (2004). "A new troodontid dinosaur from China with avian-like sleeping posture". Nature. 431 (7010): 838–841. doi:10.1038/nature02898. Dicapai pada 2012-10-20.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]