Menantu Ting Tong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menantu Ting Tong
GenreDrama
Cinta
Komedi
Ditulis olehEja Lorena
PengarahNazir Jamaluddin
Dibintangi oleh
Ruhainies
Azrel Ismail
Ben Amir
Tash Yong
Lagu pembukaan"Keliru" oleh Sissy Imann
Lagu penutup"Menantu Ting Tong" oleh Oja
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Ismail Hassan Ali
Rahmatun Nisa Abd Wahab
PenerbitZainuddin Ismail
PenyuntingElson Tommas
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Enuja Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal15 Julai 2016 – 27 Ogos 2016
Kronologi
MengikutiMr Tanda Soal
Diikuti olehBibik-Bibikku

Menantu Ting Tong ialah sebuah siri drama televisyen komedi romantik Malaysia 2016 arahan Nazir Jamaluddin, dibintangi oleh Ruhainies dan Azrel Ismail, bersama-sama dengan Ben Amir dan Tash Yong.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana Slot Dahlia TV3 bermula 15 Julai 2016 hingga 27 Ogos 2016 menggantikan Mr Tanda Soal.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang kekecohan dan konflik yang berlaku antara dua buah keluarga iaitu keluarga Tuan Mazlan dan Puan Rozie serta keluarga Encik Ismail dan Puan Latifah. Dua buah keluarga yang berbeza status dan darjat serta cara kehidupan. Keluarga Tuan Mazlan adalah dari golongan ‘high class’ dan sudah terbiasa dengan kehidupan mewah manakala keluarga Encik Ismail pula dari golongan sederhana dan sangat berjimat cermat dengan perbelanjaan harian.

Konflik bermula apabila Marsha, anak bongsu pasangan Tuan Mazlan dan Puan Rozie telah jatuh cinta dengan Luqman anak lelaki Encik Ismail dan Puan Latifah. Puan Rozie sangat menentang keras perkahwinan mereka kerana baginya Luqman tidak layak untuk Marsha apatah lagi lepas kahwin Marsha kena tinggal bersama keluarga mertuanya. Marsha yang sudah biasa tinggal di bangle mewah yang serba lengkap kini terpaksa tinggal di kawasan perumahan kos rendah yang sangat sempit dan hanya ada satu bilik air untuk dikongsi bersama keluarga .

Berkali-kali Puan Rozie pujuk Luqman dan Marsha untuk tinggal di banglo mewah bersama mereka. Namun, Luqman menolak dengan baik kerana dia tidak mahu mengambil kesempatan atas kemewahan keluarga isterinya serta mahu berusaha yang terbaik untuk menyediakan kelengkapan hidup selepas berkahwin.

Marsha yang tidak pernah melakukan kerja-kerja rumah sebelum ini sering dileteri oleh Puan Latifah. Marsha cuba mengambil hati ibu mentuanya dengan belajar memasak, menanam dan mencuci tetapi ada sahaja yang tak kena. Jadi, bermulalah perang dingin antara Puan Latifah dan Puan Rozie. Bagaimanakah Luqman dan Marsha menyelesaikan konflik tersebut?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Ben Amir sebagai Mikhail
  • Tash Yong sebagai Fatihah
  • Amyza Aznan sebagai Puan Latifah
  • Aleza Shadan sebagai Puan Rozie
  • Zulkifli Mohd Salleh sebagai Mazlan
  • Ain Sufia sebagai Hawa
  • Ira Ghani sebagai Suzanna
  • Natashah Ismail sebagai Doktor
  • Siti Ruwiyani sebagai Bibik
  • Elgy sebagai Abang Jem
  • Suzanne Roberto Ortiz sebagai Bos Mikail
  • Arriff Sumbu sebagai Atok Ismail

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Menantu Ting Tong (TV3) My Infotaip (14 Julai 2016). Dicapai pada 15 Julai 2016.
  2. ^ Menantu Ting Tong (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
: Slot Dahlia, Setiap Jumaat- Ahad, 6:58 Petang
Sebelumnya Menantu Ting Tong Berikutnya
Mr Tanda Soal Bibik-Bibkku (ulangan)