Azrel Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azrel Ismail
Kelahiran (1984-01-16) 16 Januari 1984 (umur 40)
Pusat pendidikanKolej Taylor, Kampus Rasmi Sydney[1]
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2008–kini
Ketinggian5 ft 9.5 in (1.77 m)
IbuMat Som
BapaIsmail bin Shafie
SaudaraNajib bin Ismail (abang)

Azrel Ismail (lahir 16 Januari 1984) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau pernah menyertai Pertandingan Lelaki Maskulin pada tahun 2008/2009. Selain itu wajahnya juga seiras dengan pelakon terkenal, Remy Ishak.[2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 16 Januari 1984 di Taiping, Perak kepada pasangan Ismail bin Shafie dan Mat Som. Beliau mempunyai seorang abang yang bernama Najib Ismail. Beliau merupakan pelajar di Kolej Taylor, Kampus Rasmi Sydney di Sydney, Australia.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Azrel Ismail memulakan kerjaya lakonan pada 2011, pada usia 27 tahun; dua tahun selepas menyertai Pertandingan Lelaki Maskulin 2008/2009 yang turut disertai oleh Mustaqim Bahadon. Penampilan pertamanya di televisyen ialah menerusi drama seram, Santau Merasuk, kemudian diikuti oleh watak sampingan sebagai Dr. Hakimi dalam drama romantik Cinta Buat Emelda.

Azrel kemudian melakonkan peranan sampingan dalam filem aksi 8 Jam arahan Ahmad Idham lakonan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Setahun berikutnya, beliau menjadi pelakon undangan dalam salah satu episod siri televisyen keislaman, Zikir Hati, "Dendam" yang bersiaran pada bulan puasa Ramadhan di TV3,

Beliau mendapat penghargaan meluas dalam kerjaya lakonan menerusi gandingannya bersama Janna Nick dalam siri drama Syurga Nur untuk siaran di Slot Akasia TV3, memegang watak sebagai Dr. Haris. Azrel kemudian berlakon di samping Adi Putra dan Diana Danielle dalam filem drama epik Hanyut arahan U-Wei Hj Saari, berdasarkan daripada novel Almayer’s Folly karya Joseph Conrad.[5]

Azrel digandingkan bersama Ruhainies dalam drama komedi romantik, Menantu Ting Tong yang bersiaran di TV3. Kemudian beliau digandingkan bersama Raysha Rizrose dalam Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, turut berlakon ialah Idris Khan.

Beliau memegang watak sebagai Omar dalam filem drama sejarah Pulang arahan Kabir Bhatia, yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Puteri Aishah. Filem ini ditayangkan pada 26 Julai 2018.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 8 Jam Azrel Filem pertama, pelakon sampingan
Aku Terima Nikahnya
2013 Laki-Laki Azman
2016 Hanyut Azrel
2017 Mendidih Bro Adi Putra
2018 Blok 404 Penampilan khas
Pulang Omar
2020 Bikin Filem Ijam Min
2022 Biko Izwan
2023 Eva ‘Take Me As I Am’ Tertuduh
2024 Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Tok Janggut
Jangan Lupa Aku Cinta Padamu
Saadiah: Bekal Kasih Merdeka

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011–2012 Santau Merasuk Damawi TV3 Drama pertama
2012 Cinta Buat Emelda Dr. Hakimi
2013 Aroha Awan Putih TV1
Zikir Hati: Dendam TV3
2014 Apam Lemak Manis Aril TV1
Lembayung Kasihmu Raif TV2
2015 Fajar Di Bukhara Fahim TV1
Syurga Nur Dr. Haris TV3
Si Montel Haris Unifi TV
2016 Isteri vs Tunang Irfan Fakhrul Astro Ria
Bodyguard Rayyan TV3
Ahli Mesyuarat Tingkap Azmel
Mak Cun (Musim 2) Haidar
Gondola Cinta Di Venice Faris TV2
Satu Cinta Faris TV1
Lelaki Macam Dia Fahmi Nazrul Ain Astro Ria
Menantu Ting Tong Luqman TV3
2017 Cucu Tauke Beras Harris
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Sharul Nizam
2018 Doa Ku Mohon Azrel
Cik Sempurna Hadi
Cinta Koko Coklat Faizal NTV7
Isteri Dalam Sangkar Tengku Iskandar Hypp Sensasi
Raisha 2 Azlan TV3
2019 Setelah Cinta Itu Pergi Adam
Hola Hermosa Aaron TV1
Entiti Mistik: Patung Rubiah Yazid Astro Prima
Cetera Hati Diya Zakuan TV3
Puteri Yang Ditukar Rizwan Astro Prima
Mama Papa Ekspres Emir TV3
Dia Pengantinku Kamil TV1
2020 Korban Kasih Jamil
Bicara Cinta Saddiq TV3
Halim Halima Halim Awesome TV
Janda Kosmopolitan Madee
2021 Melastik Ke Hatimu Azzam Daniel TV3
2022 La Luna Joe TV2
Kerana Hafsanya Setia Ali TV1
Remang Danial TV3 Episod "Dendam Saka"
Episod: "Tangkal"
Terima Kasih Cinta Razman
Jodoh Duda I Fariq Awesome TV
2023 Kau? C.E.O Aku? Daniel Firdaus TV1
Kerasnya Takdir Athif TV3
Jangan Ambil Kerja Tuhan Saiful TV2 Episod 12
Melastik Ke Hatimu 2 Azzam Daniel TV3
Sempurnakah Cinta Kita? Ariz Awesome TV

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Wasilah Cinta Hisyam TV2 Telefilem pertama
2015 Nasi Ayam Duda Jimi
Calon Isteri TV1
Takdir Cinta Dr. Faiz TV AlHijrah
2016 Jangan Ambil Anak Aku Nabil TV2
Calon Menantu Khairi TV1
Misiku Sado Iqbal TV9
Aku Kata A, A! Amin TV3
Misiku Kubur Fakir
2017 Katakan Tidak Pada Cinta Zaharin TV2
Amnesia Pelamin Erina Rizal
Imamkan Aku Fakhri TV9
Jasmine Zaman
2018 Check In Farid ntv7
Maya Mila Harris
Pinggan Tak Rentak, Nasi Tak Dingin Raya Sharul Nizam TV3
Retak Iskandar
Nadi Luna Amri
2019 Rezeki Tanpa Alamat Sharul
27 Hari Mencari Mustafa Mustafa Astro Citra
2020 Janin Tak Berdoaa Firman Awesome TV
2021 Syurga Tanpa Dosa Hisham TV2
2022 Doktor Idaman Doktor Mal TV3
Bukan Khadijah Azlan TV1
2023 Raya Tahun Depan Papa Shuib TV3

Web drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2015 Oscar, I Miss You[7]  Armand Pro Diet Web

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Melodi Artis jemputan TV3 bersama Idris Khan dan Raysha Rizrose (23 Julai)
Pop TV TV9 bersama Idris Khan (15 Ogos 2017)
2018 I Can See Your Voice Malaysia (musim 1) NTV7
2021 Hotspot Pengacara TV2 bersama Haiza

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016
Anugerah MeleTOP Era ke-3
Artis Baharu MeleTOP Tercalon
2017
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-4
Aktor Pilihan Menantu Ting Tong Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Ruhainies) Tercalon
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tinta Di Jemariku (30 September 2015). Biodata Azrel Ismail Diarkibkan 2017-02-28 di Wayback Machine 28 Februari 2017.
  2. ^ Azrel Ismail akui sukar kekalkan nama dalam bidang hiburan Astro Awani (30 Julai 2018). Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (9 Januari 2018). Terima tawaran ikut kemampuan Harian Metro. Diperoleh pada 13 Ogos 2018.
  4. ^ Zaidi Mohamad (26 Julai 2018). Saya pelakon tak ada kontroversi: Azrel Ismail Berita Harian. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  5. ^ Israr Khalid (13 October 2016). "Hanyut akhirnya sangkut". Astro Awani. Astro Awani Network Sdn. Bhd. Dicapai pada 21 October 2016.
  6. ^ Fatin Farhana Ariffin (28 April 2018). Pulang mampu angkat martabat filem tempatan Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  7. ^ Nor Atieyah Yusoff (Januari 7, 2015). "Oscar, I Miss You" (dalam bahasa Melayu). Sinar Harian. Dicapai pada Januari 8, 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]