Pergi ke kandungan

Mencintaimu (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mencintaimu (drama TV3))
Mencintaimu
Poster drama
Genre
Dibangunkan oleh
Global Station Sdn Bhd
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Sharnaaz Ahmad
Zahirah MacWilson
Niezam Zaidi
Sarah Anne
Sasqia Dahuri
Lagu pembukaan'"Setia" nyanyian Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir
Lagu penutup"Setia" nyanyian Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir
PenggubahElizabeth Tan ft. Faizal Tahir
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod24 episod
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam (60 minit)
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3 Ch. 103
Julung kali ditayangkan di
Malaysia Malaysia
Siaran asal19 Ogos 2015
StatusTamat
Kronologi
MengikutiSyurga Nur
Diikuti olehHello, Mr. Perfect!

Mencintaimu merupakan sebuah drama yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Drama dibawah terbitan Global Station Sdn Bhd ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Drama ini menampilkan Sharnaaz Ahmad sebagai hero dalam slot Akasia dan akan bergandingan dengan pelakon baru, Zahirah MacWilson. Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Saksikan drama ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 7 petang di TV3.[1]

Mencintaimu mengisahkan perjalanan cinta antara Anissa (Zahirah MacWilson) dan Hisham Datuk Hanafi (Sharnaaz Ahmad).

Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti. Oleh itu, dia bekerja selama dua tahun untuk mengumpul duit.

Namun, ibunya, Juhara tidak menyokong tindakannya kerana lebih suka jika Anissa berkahwin dengan lelaki pilihannya.

Akhirnya, Anissa berjaya memulakan hidup baharu sebagai seorang mahasiswi dan mula menyukai Hisham secara diam-diam.

Anissa selalu memerhati Hisham dan mula meluat dengan perangai Hisham yang suka berfoya-foya, melepak, ponteng kelas dan banyak lagi. Perasaan suka terhadap Hisham semakin pudar. Lantas, Anissa menolak pelawaan Hisham mengajaknya keluar.

Sebenarnya, Hisham sudah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi (Niezam Zaidi) untuk mengajak Anissa keluar.

Malu dengan penolakan Anissa, Hisham mula merancang sesuatu untuk menyakitkan hati Anissa. Helmi memberi tempoh satu semester kepada Hisham untuk membuatkan Anissa jatuh cinta kepadanya.

Hisham mula berbaik-baik dengan Anissa. Anissa mudah lembut hati dan dia sudah memaafkan Hisham yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berubah. Hisham dan Anissa semakin rapat. Hisham akhirnya berubah selepas berkawan rapat dengan Anissa dan menjadi serius dalam pelajaran dan semakin rajin ke kelas.

Kawan-kawannya sering mengejek Hisham bahawa dia telah terjatuh dalam perangkap Anissa. Kerana ego, Hisham mengatakan bahawa rancangan tetap diteruskan untuk mengenakan Anissa walaupun dia sebenarnya mula menyukai Anissa.

Akhirnya, permainan Hisham mula menyebabkan detik hitam berlaku dalam hidup Anissa. Anissa dihujani dengan pelbagai dugaan dan dihalau oleh ibunya serta diberhentikan oleh pihak universiti.

Anissa membuat keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di luar negara atas pembiayaan biasiswa sebuah syarikat. Selepas lima tahun, Anissa pulang ke tanah air.

Anissa lebih matang dan lebih teliti dalam membuat keputusan. Hisham pula dibelenggu rasa bersalah selepas Anissa menghilangkan diri.

Atas desakan keluarga, Hisham bertunang dengan Tengku Asyikin (Sarah Anne). Dia juga telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab.

Apakah akan terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali?

Pelakon Watak Diskripsi
Zahirah MacWilson Anissa Zali Main female protagonist, Bercinta dengan Hisyam,anak Dato Hanafi
Sharnaaz Ahmad Hisyam Dato Hanafi Main male protagonist, Bercinta dengan Anissa Zali
Niezam Zaidi Helmi Main villain, Kawan baik kepada Hisyam, musuh Anissa
Sarah Anne Tengku Asyikin Main villain, bekas tunang Hisyam , bercinta kepada Helmi
Sasqia Dahuri Aimi Kawan baik Anissa Zali
Fikhree Bakar En Muaz bos kepada Anissa, bercinta kepada Anissa
Mustapha Kamal Dato Hanafi Bapa kepada Hisyam
Aleza Shadan Datin Aida Emak kepada Hisyam
Nina Juren Puan Sri Mel Emak kepada Asyikin
Nurfadilah

Anuar

Ain faranisha Adik kepada Anissa zali

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Drama Mencintaimu mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 7:00 petang
Sebelumnya Mencintaimu Berikutnya
Syurga Nur Hello Mr Prefect