Nina Juren

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Datin Seri
Nina Juren
KelahiranHaznina Juren binti Haniff
(1971-01-20) 20 Januari 1971 (umur 48)
Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1993–2008, 2015–kini
PasanganDato' Seri Ibrahim Md Nor (k. 2002)
Anak6

Datin Seri Haznina Juren binti Haniff (lahir 20 Januari 1971) atau lebih dikenali sebagai Nina Juren merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Sepanjang kerjayanya dalam bidang lakonan, beliau telah membintangi sebanyak puluhan filem, drama dan telefilem. Kemunculan beliau dalam dunia seni lakonan sezaman dengan Zizie Ezette, Shaheizy Sam, Nasrizal Ngasri, Anne Ngasri, Rusdi Ramli, Tasha Aziz, Ahmad Idham dan ramai lagi pelakon yang aktif sejak 1990an.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Datin Seri Nina dilahirkan sebagai Haznina Juren binti Hanif pada 20 Januari 1971 di Bangsar, Kuala Lumpur, beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik dalam keluarganya.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya lakonan Datin Seri Nina bermula pada 1993 ketika beliau berusia 22 tahun menerusi filem arahan Nahar Akbar Khan, Imigran, beliau menjayakan peranan sebagai Azura. Selepas muncul dengan Imigran, Nina dilamar oleh pengarah Aziz M. Osman bagi membintangi filem Femina (1994) yang mengangkat tema feminisme.

Pada tahun 1995, beliau merupakan salah seorang bintang tamu sitkom Cili Padi arahan Aziz. Dua tahun kemudian, beliau kemudiannya bekerja sekali lagi di bawah Aziz menerusi filem Puteri Impian yang dibintangi oleh Amy Mastura. Nina kemudiannya digandingkan bersama Eman Manan dan Rosyam Nor dalam filem drama aksi 1998, Lenjan arahan Ismail Yaacob dengan skrip tulisan Akhbar Hashim. Dalam filem ini, beliau melakonkan watak Zita, isteri kepada Amir lakonan Eman. Filem yang ditayangkan pada 2 Julai 1998 ini berjaya mengangkat nama Nina sebagai pelakon berbakat apabila namanya disenarai sebagai calon akhir Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-13 pada 1999.[3]

Nina menjadi sebahagian dari barisan pelakon drama Idaman termasuk Jalaluddin Hassan, Sean Ghazi, Rosyam Nor, Deanna Yusoff. Idaman mencipta sejarah sebagai Drama Melayu Paling Terpanjang di Dunia oleh The Malaysia Book of Records, beliau memegang watak sebagai Tasha; ia disiarkan di Astro Ria dari 1998 hingga 2001.[4][5]

Selepas sekian lama menyepi, pada tahun 2008, Nina kembali aktif berlakon, dengan membintangi drama Impak Maksima the Series, yang diadaptasi dari filem 2007 dengan tajuk sama arahan Ahmad Idham.[6]

Bekerja di bawah arahan pelakon Aaron Aziz, Nina muncul dalam filem sulung arahan Aaron, Romeo Kota (2015). Beliau juga muncul bersama Fattah Amin dan Neelofa dalam drama adaptasi novel, Suri Hati Mr. Pilot, memegang watak sebagai Puan Seri Nabihah.[7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Dato' Seri Ibrahim Md Nor pada 2002 dan dikurniakan enam anak, dua daripadanya ialah kembar. Anak-anak beliau ialah Heidi Ariana, Mira Sethina dan Myra Jasmine, Nina Melor, Seth Imran dan Nina Jasmine. Nina mengambil keputusan berehat daripada kerjaya lakonannya pada 2008 bagi menumpukan perhatian kepada keluarganya, beliau kembali aktif berlakon pada 2015[8] selepas 7 tahun menyepi.[9][10][11]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1993 Imigran Azura Filem pertama
1994 Femina
1997 Puteri Impian Puteri Nora Asyikin
1998 Kembara Diyanah
Lenjan Zita
1999 KLU
2000 Bintang 3
2001 Senario Lagi Pelakon Drama
2015 Romeo Kota, Kes Fail: Kriptik Cik Akila

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1995 Cili Padi (Musim 3) TV3 Pelakon undangan
1998 Idaman (Musim 2) Tasha Astro Ria
2002 Gadis 3 Sharifah TV3
2008 Impak Maksima The Series Anita
2015 Jangan Lafazkan Janji TV1
M.A.I.D Puan Sri Kirana Astro Ria
2016 Dia Semanis Honey Puan Sri Hartini
Dia Semanis Honeymoon
Suri Hati Mr. Pilot Puan Seri Nabihah
2017 Hero Seorang Cinderella
Tengku Shamiza
2018 Klik! Pengantin Musim Salju Astro Ria / Astro Ramadhan HD

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Dia Semanis Honey Raya Puan Sri Hartini Astro Ria
2017 Suri Hati Mr. Pilot Raya Puan Seri Nabihah

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1999 Festival Filem Malaysia ke-13 Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nina Juren returns New Straits Times (5 Januari 2015). Diperoleh pada 30 November 2016.
  2. ^ Nina aktif berpada-pada Harian Metro. Diperoleh pada 30 November 2016.
  3. ^ Lenjan filem suspens yang menarik Utusan Malaysia (3 Julai 1998). Dicapai pada 29 Januari 2015.
  4. ^ "Idaman 156 episod di Astro". Utusan Malaysia. 23 Januari 1998. Dicapai 17 Mac 2018. 
  5. ^ Kennneth Chaw (2 Julai 2015). "Idaman, a TV producer's dream soap opera". Star2.com. Dicapai 17 Mac 2018. 
  6. ^ Siti Azira Abd Aziz (15 Feb 2008). "Impak Maksima The Series lebih suspens dan menarik". mStar Online. Dicapai 24 Apr 2010. 
  7. ^ Farhana Fuad (1 November 2016). "Penangan Drama Suri Hati Mr.Pilot". EH!. Dicapai 19 Januari 2017. 
  8. ^ Nina Juren kembali aktif Sinar Harian. Diperoleh pada 30 November 2016.
  9. ^ Siti Athirah Dzulkifly (4 Januari 2015) Nina Juren selepas 7 tahun Utusan Online. Diperoleh pada 30 November 2016.
  10. ^ Nina Juren kembali selepas 7 tahun menyepi Media Hiburan (6 Januari 2015). Diperoleh pada 30 November 2016.
  11. ^ Izwan Md. Isa (Nina Juren kembali aktif berlakon Kosmo!. Diperoleh pada 30 November 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]