Syurga Nur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Syurga Nur
Poster Syurga Nur.jpg
Genre Drama
Cinta
Pengarah Azman Yahya
Dibintangi Janna Nick
Amar Asyraf
Azrel Ismail
Raja Ilya
Dayana Roza
Lagu pembukaan "Benar Cinta" nyanyian Aisha Hanim
Lagu penutup "Benar Cinta" nyanyian Aisha Hanim
Negara asal  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Penerbitan
Tempoh siaran Isnin - Khamis, 6:55 petang (mula ditayangkan: 1 Julai 2015)
Syarikat pengedaran JS Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asal Slot Akasia TV3
Siaran asal 1 Julai 2015

Syurga Nur ialah sebuah drama bersiri Malaysia yang disiarkan di TV3 menerusi Slot Akasia dengan tayangan perdananya bermula pada 1 Julai 2015.

Drama yang bukan adaptasi dari novel ini diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo. Drama ini menggandingkan pelakon Amar Asyraf dengan pelakon baru Janna Nick.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya akibat dibunuh oleh perompak. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka.

Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya bila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti.

Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Janna Nick memegang watak sebagai Nur Jannah dalam drama ini.
Pelakon Watak
Janna Nick Nur Jannah
Amar Asyraf Kamil
Azrel Ismail Dr. Haris
Raja Ilya Alin
Dayana Roza Siti
Erwin Dawson Adib
Sheila Rusly Pn.Sarina
Ammar Alfian Nik Safuan
Elin Sharliza Alia
Khairil Anwar Aman Dato Johar
Anne Abdullah Datin Mariam
Shajiry Said
Aidil Alias Ustaz Azim
Yaya Zahir Emma

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6:55 petang
Sebelumnya Syurga Nur Berikutnya
Dia Isteri Luar Biasa Mencintaimu (drama TV3)