Merbau air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Merbau air
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Fabales
Keluarga: Fabaceae
Genus: Intsia
Spesies:
I. palembanica
Nama binomial
Intsia palembanica
Miq., 1861

Pokok Merbau merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botani pokok ini ialah Intsia palembanica Miq.[1] Pohon ini dibezakan dengan pokok saudara, I. bijuga berdasarkan jumlah anak dedaun yang membentuk daun majmuk.[2]

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama saintifik bagi pokok ini, Instia palembanica, berasal daripada transliterasi Latin bagi India dan Palembang masing-masing, dengan Palembang merupakan tempat spesimen asal diambil.[3]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Spesies ini didapati secara alami di kawasan yang luas, merangkumi Bangladesh ke Papua New Guinea - ini termasuk Myanmar, Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatra, Borneo, Sulawesi, Kepulauan Sunda, Kepulauan Maluku dan New Guinea. Spesies ini ada dibawa ke Kepulauan Andaman.[4] Pokok ini ialah pokok hutan hujan tropika dan wujud dalam julat ketinggian besar, dari kawasan tanah rendah hingga kawasan pergunungan berketinggian lebih 1,000 meter.[5]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Merbau ialah sejenis pokok saka malar hijau dengan ketinggian boleh mencecah 50 meter. Daun majmuk pinat spesies ini lazimnya memiliki empat pasang anak daun, dengan daun majmuk berpasang dua, tiga atau lima jarang berlaku.[6] Bahagian kayu gubal adalah jelas dengan kelebaran mencapai tiga inci.[7]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kayu merbau lazim digunakan sebagai kayu bahan binaan, dan merupakan salah satu kayu-kayu balak utama Malaysia.[8] Antara ciri-ciri yang menyebabkan kayu ini masyhur sebagai bahan binaan termasuk ketahanan dalam pelbagai cuaca, kurang kecacatan serta kadar pengecutan kayu yang rendah.[7] Berdasarkan kajian saintifik, kayu ini juga memiliki ketahanan yang kuat terhadap serangan anai-anai.[9]

Terdapat beberapa kajian ilmiah yang melihat potensi bahan-bahan kimia dalam merbau seperti etil asetat dan sebatian flavonoid untuk digunakan dalam beberapa bidang seperti antioksidan,[10] agen pemutih kulit[11] dan pengekangan bakteria jerawat.[12]

Perlambangan[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Ogos 2019, pokok merbau telah diumumkan secara rasmi sebagai pokok kebangsaan Malaysia.[13][14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names
  2. ^ Tropical Legumes: Resources for the Future : Report of an Ad Hoc Panel of the Advisory Committee on Technology Innovation, Board on Science and Technology for International Development, Commission on International Relations, National Research Council. National Academies. 1979. m/s. 216. NAP:14318. Intsia bijuga and Intsia palembanica differ mainly in the number of leaflets that make up their compound leaves. Both are native to tropical rainforests in Southeast Asia and the islands of the southwest Pacific.
  3. ^ Gledhill, D. (2008). The Names of Plants (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 9780521866453.
  4. ^ "Intsia palembanica Miq". Plants of the World Online. Kew Science. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-23. Dicapai pada 2019-08-23.
  5. ^ "马哈迪宣布印茄树列国树". Malaysiakini (dalam bahasa Cina). 2019-08-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-23. Dicapai pada 2019-08-23.
  6. ^ "5183-巨港印茄木". 马来西亚植物资料库. hkcww.org. Dicapai pada 2019-08-23.
  7. ^ a b Kukachka, Bohumil Francis (1971). Properties of Imported Tropical Woods (dalam bahasa Inggeris). U.S. Forest Products Laboratory. m/s. 30.
  8. ^ "A geographical traceability system for Merbau (Intsia palembanica Miq.), an important timber species from peninsular Malaysia". Forensic Science International: Genetics (dalam bahasa Inggeris). 44. Januari 2010. doi:10.1016/j.fsigen.2019.102188.
  9. ^ "Resistance of the Indonesian Woods Bangkirai (Shorea laevis) and Merbau (lntsia palembanica) to Formosan Subterranean Termite Attack" (PDF). Sociobiology (dalam bahasa Inggeris). 45 (2): 503-509. 2005.
  10. ^ "Antioxidant Properties of the Ethyl Acetate Fraction of Intsia Palembanica (Merbau, Fabaceae)". Archives of Pharmacy & Pharmacology Research (dalam bahasa Inggeris). 2: 1–8. 2019 – melalui Scilit.
  11. ^ "Flavonoid from Intsia palembanica as skin whitening agent". Journal of Biological Sciences (dalam bahasa Inggeris). 11: 475–480. 2011 – melalui CAB Direct.
  12. ^ "Intsia palembanica wood extracts and its isolated compounds as Propionibacterium acnes lipase inhibitor" (PDF). Journal of Wood Science (dalam bahasa Inggeris). 60: 169–174. 2014 – melalui Springer.
  13. ^ "Merbau is Malaysia's national tree". Bernama (dalam bahasa Inggeris). The Edge Markets. 23 Ogos 2019. Dicapai pada 23 Ogos 2019.
  14. ^ Veena Babulal (23 Ogos 2019). "Merbau now Malaysia's national tree" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 24 Ogos 2019.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]