Pergi ke kandungan

Mia Sara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mia Sara Nasuha)
Mia Sara
Mia Sara Nasuha pada 2022
Kelahiran
Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan

(2005-09-30) 30 September 2005 (umur 20)
Nama lainMia Sara Nasuha
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2008–kini
Ketinggian149 cm (4 ka 11 in)

Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan (lahir 30 September 2005) merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia.[1][2] Beliau juga telah bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2008 lagi.Antara drama dan filem popular yang telah dilakonkan oleh beliau termasuklah Strawberi & Karipap (2013–2016) serta Nur Kasih The Movie (2011).

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Tuduhan berdisko di sebuah pusat hiburan

[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2026, Mia Sara menjadi subjek perbincangan hangat di media sosial, terutamanya laman sosial Threads susulan penyebaran beberapa klip video yang melibatkan seorang wanita muda mirip pelakon tersebut di sebuah pusat hiburan.[3]

Kontroversi tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet, memandangkan beliau membawa perwatakan sebagai seorang yang solehah dan dekat dalam agama dalam beberapa filem dan drama yang dilakonkan olehnya sebelum ini.[4] Pihak pengurusan beliau turut meminta orang ramai agar berhenti membuat spekulasi liar yang boleh menjejaskan reputasi beliau sebagai seorang pelakon.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2011 Nur Kasih The Movie Mariam Kabir Bhatia Filem pertama
Sekali Lagi Amy Hashim Rejab
Papa I Love You Mia
2012 3 Temujanji Mia
2014 Tembus Zara Ahmad Idham
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah Athirah Sharad Sharan
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Adamaya Amani TV3
Epilog Syurga Cinta Mia
Tiramisu Ayesha
2011 Zoo The Series Sasha Astro Ceria
Cuak
Begitukah Cinta TV3
2012 Pulau Melly Amalin TV9
Cinta Buat Emelda Dania TV3
2013 Geng Bas Sekolah Orked Astro Ceria
Puasa Datang Lagi Cici
2013–2016 StrawberI & Karipap Nini
2014 Super Gameboy The Series Ayu
3 Campur 2 Mia/Maya
2016 i- Kids Mia
2019 Salam Squad Asnida
SMK Nana
2020 Salam Squad 2.0 Asnida
SMK Raya Dekat Jauh Nana
SMK Musim 2
2021 Salam Squad 3.0 Asnida
SMK Study Squad Nana
Ismi Solehah Solehah
SMK Musim 3 Nana
2022 SMK Musim 4
2024 SMK Musim 5

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Pengorbanan Terakhir TV9
2013 Miss Aliyah Sara/Maya Astro Ceria
Wira Ieka
Dee Mia
Strawberi & Karipap Nini
Super Game Boy Ayu
2014 Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris Nini
Balqis Mia TV3
2015 Jelmaan Lia Astro First Esklusif
Strawberi & Karipap Hello Gold Coast Nini Astro Ceria
2016 Super Game Boy Geng Fixie Ayu
2018 Kembarku Robot Tina
2019 Salam Squad Kambing Bekk Asnida
Super Game Boy - The Game Returns Ayu
2020 Sahabat Ke Syurga Nureen TV1
Tahun Tajuk Watak Pengarah Tempat
2023 Teater Muzikal Siti Di Alam Fantasi 2.0 Siti Hj. Lokman Bin Ab Ghani Panggung Seri, Kompleks JKKN Negeri Melaka

Anugerah dan Pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Sekali Lagi Menang
2015 Festival Filem Malaysia ke-27 Lagenda Budak Setan 3 Tercalon
  1. ^ Siti Athirah Dzulkifly (2 Julai 2017). Kasih keluarga tiada beza: Mia Sara Diarkibkan 2018-10-06 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Oktober 2017.
  2. ^ Muhammad Fandy Azam (4 Mac 2023). Siti Di Alam Fantasi 2.0 Imbau Kenangan Kanak-Kanak Malaysia Aktif. Diperoleh pada 4 Mac 2023.
  3. ^ Kefli, Nuha (24 Januari 2026). "Wanita mirip pelakon bertudung didakwa berseronok di kelab malam, teguk arak!". Oh My Media. Dicapai pada 24 Januari 2026.
  4. ^ [URL_SUMBER_RASMI "Kenyataan Rasmi Mia Sara"] Check |url= value (bantuan). Instagram. Dicapai pada 2026-01-24.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]