Mihai Tudose

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mihai Tudose
Mihai Tudose 2018.jpg
Perdana Menteri Romania ke-66
Dalam jawatan
29 Jun 2017 – 16 Januari 2018
PresidenKlaus Iohannis
Timbalan
Didahului olehSorin Grindeanu
Digantikan olehMihai Fifor (pemangku)
Menteri Ekonomi
Dalam jawatan
23 Februari 2017 – 29 Jun 2017
Perdana MenteriSorin Grindeanu
Didahului olehAlexandru Petrescu
Digantikan olehMihai Fifor
Dalam jawatan
17 Disember 2014 – 17 November 2015
Perdana MenteriVictor Ponta
Didahului olehConstantin Niță
Digantikan olehCostin Grigore Borc
Butiran peribadi
Lahir (1967-03-06) 6 Mac 1967 (umur 52)
Brăila, Romania
Parti politik
PasanganCorina Tudose
Alma materUniversiti Kristian Dimitrie Cantemir

Mihai Tudose (lahir 6 Mac 1967 di Brăila) ialah ahli siasah Romania, timbalan Parlimen Romania, Menteri Ekonomi di dalam kabinet Sorin Grindeanu. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Romania dari 29 Jun 2017 hingga 16 Januari 2018.

Kerjaya siasah[sunting | sunting sumber]

Mihai Tudose menyertai politik pada 1992 sebagai ahli Barisan Penyelamatan Kebangsaan Demokratik. Hari ini, Tudose merupakan ahli Parti Demokratik Sosial dan menjadi naib presiden parti tesebut sejak 2015.[1] Beliau memasuki Parlimen pada 2000 dan dipilih untuk lima penggal berturut-turut sebagai timbalan di kaunti Brăila.[2] Mihai Tudose merupakan Menteri Ekonomi sebanyak dua kali, di antara 2014 dan 2015 di dalam kabinet Ponta keempat dan di antara Februari hingga Jun 2017 di dalam kabinet Grindeanu.[3]

Beliau adalah salah seorang calon berpotensi untuk Perdana Menteri (PM) yang dibawa ke hadapan oleh gabungan majoriti yang diketuai oleh Parti Demokratik Sosial, menggantikan Sorin Grindeanu yang telah menerima usul tidak percaya oleh parti beliau yang diterima pakai di dalam Parlimen. Pada 26 Jun 2017, gabungan majoriti mencalonkan Tudose untuk jawatan Perdana Menteri dan Presiden Klaus Iohannis telah melantik beliau.[4] Beliau mula berkhidmat bersama dengan kabinetnya pada 29 Jun.[5]

Pada 15 Januari 2018, Tudose telah meletak jawatan sebagai PM setelah parti beliau menarik balik sokongan ke atasnya dalam satu undian besar-besaran, di mana ini menjadikan beliau PM kedua yang disingkirkan dalam masa tujuh bulan.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Jawatan politik
Didahului oleh
Sorin Grindeanu
Perdana Menteri Romania
2017–2018
Diikuti oleh:
Mihai Fifor
(pemangku)