Mohamad Norza Zakaria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YBhg Tan Sri Dato' Sri (Dr.)

Mohamad Norza Zakaria

PSM; SSAP (Pahang); SMW (WP); DJMK (Kelantan); DIMP (Pahang); SMP, AMP (Perlis)
Presiden
Majlis Olimpik Malaysia
Memegang jawatan
5 Mei 2018
Didahului olehTunku Imran
Presiden
Persatuan Badminton Malaysia
Memegang jawatan
29 April 2017
Didahului olehTengku Mahaleel Tengku Ariff
Mohd Al-Amin Abdul Majid (memangku)
Butiran peribadi
Lahir (1966-08-29) 29 Ogos 1966 (umur 57)
Alor Gajah, Melaka
PekerjaanPengerusi Eksekutif & Presiden
ProfesionAkauntan

Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria (lahir pada tahun 1966) adalah seorang akauntan bertauliah Malaysia dan seorang Felo CPA Australia. Beliau kini merupakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia[1] (MOM) dan juga memegang jawatan Presiden Persatuan Sukan Komanwel Malaysia.

Seorang pemain polo yang tegar, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza juga bermain tenis dan minatnya dalam badminton membawanya ke dalam pentadbiran sukan di mana beliau telah dipilih sebagai Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur pada tahun 2010.

Setelah menyumbang di peringkat akar umbi dengan Persatuan Badminton Kuala Lumpur, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza telah dipilih untuk menjadi Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM)[2] pada tahun 2017 - jawatan yang masih dipegangnya hingga hari ini.

Kepimpinannya di BAM telah memacu Malaysia ke persada badminton dunia. Semasa beliau menjadi Presiden BAM, Malaysia memenangi gelaran Kejuaraan Dunia pertama dalam badminton melalui pasangan beregu lelaki[3], Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Satu lagi kejayaan adalah apabila pasangan pasangan beregu wanita, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan, mencipta sejarah dengan menjadi pasangan beregu wanita Malaysia pertama yang memenangi gelaran Terbuka Perancis sejak penubuhannya pada tahun 1908[4].

Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza juga merupakan Ahli Lembaga Majlis Sukan Negara (MSN) dan Pengerusi Jawatankuasa Audit MSN dari tahun 2018 hingga kini. Dalam usaha mencari pingat Emas Olimpik pertama Malaysia, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, menubuhkan Jawatankuasa Jalan ke Emas (RTG) yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan sokongan tambahan kepada atlet untuk membantu mereka mencapai tahap prestasi yang diperlukan bagi memenangi pingat Emas Olimpik di Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028. Bersama dengan Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza menjadi Pengerusi Bersama Jawatankuasa RTG[5].

Di peringkat Asia, pada 29 April 2023, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza menjadi orang Malaysia pertama yang dipilih sebagai Presiden Kehormat Badminton Asia bagi tempoh 2023 - 2027[6]. Pelantikan sebulat suara tersebut, yang dilakukan pada Mesyuarat Agung Tahunan Badminton Asia, adalah penghargaan dan pengiktirafan terhadap usaha yang telah dilakukan oleh Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza dalam badminton Malaysia.

Sumbangan Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza kepada sukan Malaysia juga diiktiraf oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) apabila beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Koordinasi Majlis Olimpik Asia (OCA) pada 4 Oktober 2023 bagi tempoh 2023 – 2027[7]. Pelantikan pada peringkat benua Asia ini merupakan satu pengiktirafan kepada sumbangan Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza sepanjang penglibatan beliau dalam arena sukan di Malaysia dan rantau Asia.

Antara jawatan lain yang telah / masih digalas adalah:

  1. Chef de Mission (CDM) Malaysia untuk Sukan Asia Tenggara ke-28 yang diadakan dari 5 hingga 16 Jun 2015 di Singapura. Jumlah pingat emas yang dicapai oleh kontinjen Malaysia di Singapura masih merupakan jumlah tertinggi hingga kini untuk Sukan SEA yang diadakan di luar Malaysia[8].
  2. Pengerusi Lembaga Institut Sukan Negara (Oktober 2013 - Mei 2017)
  3. Bendahari Persatuan Bola Sepak Malaysia (Mei 2014 - Mac 2017)
  4. Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA) (2021 - 2022)
  5. Presiden Kelab Polo Putra, Malaysia (Ogos 2015 – kini)

Antara anugerah Darjah Kebesaran lain yang diterima oleh Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza:

Tahun Anugerah Yang Diterima Negeri
2020 Panglima Setia Mahkota (PSM) Persekutuan
2016 Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) Pahang
2015 Seri Mahkota Wilayah (SMW) Wilayah Persekutuan
2006 Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) Kelantan
2004 Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) Pahang
2002 Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) Perlis
2001 Darjah Ahli Mahkota Perlis (AMP) Perlis

Latar belakang pendidikan & kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza adalah seorang anak pasangan cikgu yang dilahirkan di Melaka dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Setelah menamatkan pembelajaran di Sekolah Tuanku Jaafar di Kuala Pilah, beliau telah menerima Sijil Sekolah Tinggi dari Randwick Boys High School di Australia pada tahun 1985.

Seorang akauntan bertauliah (CA) yang diiktiraf oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) dari segi profesion, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam Perakaunan yang diterima dari Universiti Wollongong di Australia dari 1986 - 1988.

Pada tahun 2008, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza telah memperolehi kelayakan sebagai Felo Akauntan Bertauliah Australia (FCPA) yang diiktiraf oleh CPA Australia Ltd.

Latar belakang profesional[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang akauntan bertauliah, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza memulakan kerjayanya dengan Arthur Andersen & Co., dan telah memegang jawatan di peringkat pengurusan, eksekutif dan pengurusan atasan di Bank Negara Malaysia, Petronas, SPK Sentosa, Mun Loong Berhad dan Gabungan Strategik Sdn Bhd.

Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza kini menganggotai Lembaga Pengarah sebuah syarikat yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia, Citaglobal Berhad, dan telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif & Presiden sejak Februari 2020[9]. Beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif & Presiden bagi kumpulan syarikat TIZA Global Sdn. Bhd. yang ditubuhkannya pada tahun 2008. TIZA Global Sdn. Bhd. mempunyai pegangan dalam pelbagai aktiviti perniagaan, antaranya bidang kejuruteraan, hospitaliti, pengangkutan dan teknologi media.

Sebelum menubuhkan TIZA Global Sdn. Bhd., Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza telah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan II dari 2004 - 2008.

Beliau pernah menganggotai Lembaga Pengarah bagi sebuah syarikat milik kerajaan di senaraian Bursa Malaysia iaitu Bintulu Port Holdings Berhad. [10]

Selain menjadi Pengerusi Jawatankuasa Audit bagi syarikat Bintulu Port Holdings Berhad, beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat subsidiari/bersekutu syarikat tersebut iaitu Samalaju Industrial Port Sdn Bhd.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di AirAsia Aviation Group Ltd., Lembaga Urusan Tabung Haji, Institut Terjemahan Negara Malaysia, PT XL Axiata Tbk (dahulu dikenali sebagai PT Excelcomindo Pratama Tbk), Pelikan International Corporation Berhad, TH Heavy Engineering Berhad, Tropicana Corporation Berhad, Tropicana Gold & Country Resort Berhad, RHP Saribas Sdn. Bhd., TH Heavy Engineering Berhad, TH Plantations Berhad, THHE Fabricators Sdn. Bhd. dan Biport Bulkers Sdn. Bhd.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Sebagai satu pengiktirafan terhadap kepimpinan Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Norza dalam bidang sukan, Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) telah memilih beliau sebagai penerima pertama Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan sempena Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2022 yang diadakan pada 5 September 2023[11].

Pada 20 November 2021, Norza dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Sukan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim sempena Majlis Konvokesyen ke-22 yang disempurnakan oleh Canselor Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim[12].

Di peringkat antarabangsa, Forum Ekonomi China Sedunia telah menganugerahkan beliau dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada 27 Disember 2021 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan sokongan beliau yang tidak ternilai untuk Forum Ekonomi Cina Sedunia 2021.

  1. ^ "OCM Home". Olympic Council of Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-02.
  2. ^ "The President | BAM". bam.org.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-02.
  3. ^ BERNAM (2022-08-28). "Keluarga Aaron-Wooi Yik bangga, anggap kejayaan hadiah Hari Kebangsaan". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-02.
  4. ^ www.astroawani.com https://www.astroawani.com/berita-sukan/pearlythinaah-cipta-sejarah-beregu-wanita-negara-pertama-juara-terbuka-perancis-388667. Dicapai pada 2024-04-02. Missing or empty |title= (bantuan)
  5. ^ www.astroawani.com https://www.astroawani.com/berita-sukan/pembentukan-road-gold-tindakan-proaktif-berani-presiden-mom-410451. Dicapai pada 2024-04-02. Missing or empty |title= (bantuan)
  6. ^ "Norza dilantik sebagai Presiden kehormat Badminton Asia". Sinar Harian. 2023-04-29. Dicapai pada 2024-04-02.
  7. ^ SINAR, WARTAWAN SUKAN (2023-07-13). "Norza dilantik ahli Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Asia". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-04-02.
  8. ^ stadiumastro.com https://stadiumastro.com/berita-sukan/lonjakan-luar-biasa-dalam-sukan-sea-singapura-35686. Dicapai pada 2024-04-02. Missing or empty |title= (bantuan)
  9. ^ "Key Senior Management". CITAGLOBAL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-02.
  10. ^ "Bintulu Port Holdings Berhad Board of Directors". Bintulu Port Holdings. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-13. Dicapai pada 6 October 2012.
  11. ^ KASSIM, AHMAD SYAHIR (2023-08-27). "Norza dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah SAM-100PLUS 2022". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-04-02.
  12. ^ Talkah, Helmi (20 November 2021). "UPSI anugerah Ijazah Kehormat kepada Norza".