Tunku Imran
Tunku Imran | |
---|---|
Tunku Muda Serting | |
![]() | |
Tunku Muda Serting Negeri Sembilan | |
Tempoh | 1976 - kini |
Didahului oleh | Tuanku Ja’afar |
Presiden Majlis Olimpik Malaysia | |
Tempoh | 1998 - 2018 |
Diikuti oleh | Mohamad Norza Zakaria |
Keputeraan | Tunku Imran ibni Tuanku Ja'afar |
Dinasti | Pagaruyung - Kerabat Yamtuan Raden |
Ayahanda | Tuanku Ja’afar |
Bonda | Tunku Ampuan Najihah |
![]() |
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 |
Tunku Tan Sri Imran ibni Tunku Ja'afar ialah bekas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Tunku Tan Sri Imran Tunku Ja'afar merupakan pengerusi Sukan SEA semasa Sukan SEA di Malaysia pada tahun 2001 dan beliau juga banyak berjasa dalam industri sukan di Malaysia .
Tunku Tan Sri Imran Tunku Ja'afar telah diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 September 2005 kerana gagal membayar hutang berjumlah RM154,742 kepada sebuah syarikat dari United Kingdom.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Bahagian Bankrapsi, Shazrill Ghazali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan syarikat Boult-Wade Tennant (BWT) yang beralamat di Verullam Gardens, 70 Gray's Inn Road, United Kingdom, terhadap Tunku Imran.
Syarikat itu memfailkan petisyen pemiutang terhadap Tunku Imran pada 9 Disember 2004 memohon supaya satu perintah penerimaan dibuat berhubung dengan harta pusaka beliau.
Petisyen pemiutang itu menyatakan bahawa Tunku Imran gagal mematuhi notis kebankrapan bertarikh 30 Julai 2004 yang menghendaki Tunku Imran membayar hutang berjumlah RM154,742 kepada syarikat BWT dalam masa tujuh hari selepas notis itu disampaikan kepadanya pada 20 September 2004.
Antara butir-butir tuntutan dalam notis kebankrapan yang dikemukakan oleh syarikat BWT ialah jumlah pokok sebanyak RM150, 694.05, faedah terhadap jumlah pokok itu pada kadar lapan peratus setahun sebanyak RM2,173.95 dan kos sebanyak RM1,874 yang kesemuanya berjumlah RM154,742.
Jumlah wang itu dituntut oleh BWT selepas syarikat itu berjaya mendapatkan perintah ingkar terhadap Tunku Imran di Mahkamah Sesyen pada 19 Mac 2004