Mohamad Sabri Haron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohamad Sabri Haron

DPMT (Terengganu); PhD (Jordan)
Mufti Terengganu
Memegang jawatan
1 April 2021
Dilantik olehSultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu
Didahului olehDato' Dr. Haji Zulkifly Muda
Butiran peribadi
Lahir (1964-05-04) 4 Mei 1964 (umur 59)
Terengganu
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Jordan

Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Mohamad Sabri bin Haron (lahir 4 Mei 1964) ialah Mufti Terengganu ke-18 yang telah dilantik pada 1 April 2021. Semasa dilantik, beliau merupakan Felo Kanan Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Felo Kanan Institut Kajian Malaysia (IKMAS) dan profesor madya di Pusat Citra Universiti UKM.

Latar belakang dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mohamad Sabri dilahirkan pada 4 Mei 1964 di Terengganu. Beliau memperoleh Diploma pengajian Islam dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pada 1985. Beliau menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh Sarjana Muda Pengajian Islam pada 1988. Kemudian, beliau menyambung pengajian sarjana dan memperoleh Sarjana Perbandingan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1993. Selanjutnya, beliau memperoleh ijazah doktor falsafah Undang-undang Islam dari Universiti Jordan pada 1998[1].

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Curriculum Vitae Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron" (PDF). International Conference on Research and Practices in Science, Technology and Social Sciences (I-CReST 2021). 2021. Dicapai pada 4 Oktober 2021.