Mohammad bin Abdul Rahman
Mohammad Abdul Rahman P.S.N.B., D.S.S.U.B | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei ke-2 | |||||||||||||||
Dalam jawatan 29 Mei 2010 – 22 Oktober 2015 | |||||||||||||||
Raja | Sultan Hassanal Bolkiah | ||||||||||||||
Timbalan | Bahrom Bahar | ||||||||||||||
Didahului oleh | Zain Serudin | ||||||||||||||
Digantikan oleh | Badaruddin Othman | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
Butiran peribadi | |||||||||||||||
Lahir | Pengiran Mohammad 1948 (umur 75–76) Menengah, Temburong, Brunei | ||||||||||||||
Alma mater | |||||||||||||||
Profesion | Ahli politik dan penulis |
Pengiran Mohammad (lahir 1948), nama pena Zairis M.S.,[1] ialah seorang ahli politik dan penulis Brunei yang sebelum ini pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Ugama dari 2010 hingga 2015,[2] dan Timbalan Menteri Pendidikan dari 2005 hingga 2010.[3]
Biografi
[sunting | sunting sumber]Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Pengiran Mohammad dilahirkan pada 1948,[4] di Kampong Menengah dalam Daerah Temburong. Beliau belajar di Sekolah Melayu Sultan Hasan dari 1956 hingga 1959; Kolej Sultan Omar Ali Saifuddien pada 1959; Madrasah Alsagoff Al-Arabiah Singapura pada 1959; Madrasah Aljunied Al-Islamiah Singapura dari 1960 hingga 1965; Kolej Islam Malaysia dari 1965 hingga 1968; Kolej Islam Malaya dari 1969 hingga 1970. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda Usuluddin dengan pengkhususan Aqidah dan Falsafah dari Universiti al-Azhar, Mesir dari 1975 hingga 1979; sarjana dalam pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1983 hingga 1986; dan Doktor Falsafah dari Universiti Malaya dari 1987 hingga 1992.[5]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kerjaya Pengiran Mohammad bermula sebagai seorang guru agama di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit pada 1971. Beliau juga berkhidmat di beberapa jawatan seperi pegawai agama pada 1979; pemangku Penguasa Dakwah dan Tabligh dari 1981 hingga 1983; Pengawai Agama Kanan pada 1985; timbalan pengarah Institut Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama pada 1991; Pengarah Institut Pengajian Islam pada 1996; Dekan Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien dari 1999 hingga 2002; Pegawai Tugas-Tugas Khas (Majlis Pendidikan Negara) Kementerian Pendidikan pada 2003; Timbalan Menteri Pendidikan dari 24 Mei 2005 hingga 29 Mei 2010; dan Pemangku Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali pada 2007.[5]
Pada 29 Mei 2010, Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei, mengumumkan peralihan kabinet baharu dan pelantikan baharu bagi penggal lima tahun kedua. Pengiran Mohammad telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama.[6][7].
Kehiodupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pengiran Mohammad berkahwin dengan Datin Hajah Alimah binti Mohd Taib.[8] Mereka dikurniakan 3 anak; 2 lelaki dan 1 perempuan (Dayangku Saadatul Hannan).[9] Selain itu, hobinya termasuklah membaca, menulis dan bermain ping pong.[3]
Buku
[sunting | sunting sumber]Beliau telah menghasilkan beberapa karya penulisan ilmiah dan puisi bersama-sama penulis dan pemuisi lain. Beliau turut mewakili Brunei di Festival Puisi Antarabangsa Ke-10 di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 2004.[3]
- Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, (Pengiran Haji) (1993). Harga waktu. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
- Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, (Pengiran Haji) (2001). Islam di Brunei Darussalam. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. ISBN 9789991701813.
- Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, (Pengiran Haji) (2001). Sastera Islam.
- Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, (Pengiran Haji) (2006). Salam takwa. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. ISBN 9789991704760.
- Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, (Pengiran Haji) (2006). Madah remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
- Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, (Pengiran Haji); Haji Othman, Badaruddin (2006). Madah remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
- Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, (Pengiran Haji) (2007). Islam di Brunei Darussalam zaman British, 1774-1984. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. ISBN 9789991705576.
- Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, (Pengiran Haji) (2008). Kupasan puisi pilihan. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. ISBN 9789991705620.
- M. S., Zairis (2008). Rinduku. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. ISBN 9789991705682.
- Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, (Pengiran Haji) (2011). Belia dan pendidikan Islam di Brunei Darussalam. Pusat Daʼwah Islamiah. ISBN 9789991755434.
- Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, (Pengiran Haji) (2011). Tamadun Melayu Islam di alam Melayu. Pusat Daʼwah Islamiah. ISBN 9789991755410.
- Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, (Pengiran Haji) (2011). 3 penyair pemikir Muslim. Pusat Daʼwah Islamiah. ISBN 9789991755427.
- Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, (Pengiran Haji) (2012). Kegemilangan Islam di Brunei Darussalam. Pusat Penerbitan.
- Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, (Pengiran Haji) (2012). Ikhtisar kefahaman Ahli sunnah wal jama'ah dan kesan-kesannya di Negara Brunei Darussalam. Pusat Da'wah Islamiah. ISBN 9789991755250.
- Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, (Pengiran Haji) (2014). Puisi dan intisari. Pusat Daʼwah Islamiah. ISBN 9789991762395.
- Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, (Pengiran Haji) (2015). Puisi dan intisari. Fajar Islam di Borneo. ISBN 9789991762685.
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Pengiran Mohammad menerima anugerah dan darjah kebesaran berikut:[5]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Penulis Asia Tenggara (30 September 2008)
- Finalis Anugerah Kesusasteraan Islam (5 November 2008)
Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Darjah Setia Negara Brunei Kelas Pertama (PSNB) – Dato Seri Setia (15 July 2011)[10]
- Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Kelas Kedua (DSSUB) – Dato Seri Setia
- Pingat Indah Kerja Baik (PIKB)
- Pingat Kerja Lama (PKL)
- Pingat Jubli Perak (5 Oktober 1992)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Utama - Pengiktirafan - Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A Write Award)". www.dbp.gov.bn. Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ Menteri-Menteri Kabinet
- ^ a b c "Pg Dato Dr Hj Mohammad". www.bruneiresources.com. Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ Sidhu, Jatswan S. (2009-12-22). Historical Dictionary of Brunei Darussalam (dalam bahasa Inggeris). Scarecrow Press. m/s. 149. ISBN 978-0-8108-7078-9.
- ^ a b c "Keluaran Khas Sempena Pelantikan Menteri-Menteri Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri" (PDF). Pelita Brunei. 12 June 2010. m/s. 6.
- ^ "Sultanate - News | Negara Brunei Darussalam | Sultan reveals major cabinet reshuffle". www.sultanate.com. Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "Brunei Cabinet Ministers 2010". www.bruneiresources.com. Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "Wives of senior gov't officials learn about funeral rites | The BT Archive". btarchive.org. Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "Gallery – Page 22 – UNISSA". unissa.edu.bn. Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "HM 65th Birthday Awards". HM 65th Birthday Awards. Dicapai pada 2023-08-26.
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Zain Serudin |
Menteri Hal Ehwal Ugama Ke-2 29 Mei 2010 – 22 Oktober 2015 |
Diikuti oleh: Badaruddin bin Othman |
Didahului oleh Ahmad Jumat |
Timbalan Menteri Pendidikan Ke-2 24 Mei 2005 – 29 Mei 2010 |
Diikuti oleh: Yussof Ismail |