Kementerian Hal Ehwal Ugama (Brunei)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) merupakan sebuah badan kementerian dalam kerajaan Brunei yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam, seperti urusan permit halal, urusan jemaah Haji dan Umrah dan sebagainya. Sebelum mencapai kemerdekaan, kementerian ini dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Ugama, dan sebelumnya pernah digabungkan dengan Jabatan Adat Istiadat dan Kebajikan sebelum tahun 1959.[1] Pada masa ini, jawatan Menteri Hal Ehwal Ugama dipegang oleh Awang Badaruddin bin Awang Othman.[2] Menteri Hal Ehwal Ugama

Bahagian dan jabatan[sunting | sunting sumber]

Bahagian Keugamaan, Dasar dan Syiar

  • Jabatan Pusat Dakwah Islamiah
  • Jabatan Hal Ehwal Syariah
  • Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan
  • Bahagian Antarabangsa dan MABIMS
  • Bahagian Kemajuan Syiar Islam

Bahagian Pendidikan

  • Jabatan Pengajian Islam
  • Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
  • Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah
  • Lembaga Peperiksaan

Bahagian Undang-undang dan Penguatkuasaan

  • Unit Perundangan Islam
  • Jabatan Hal Ehwal Masjid
  • Jabatan Majlis Ugama Islam
  • Jabatan Urusan Haji
  • Bahagian Penguatkuasaan Agama
    • Jabatan Hal Ehwal Syariah

Bahagian Korporat dan Perkhidmatan

  • Jabatan Pentadbiran
  • Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan
  • Bahagian Perhubungan Awam
  • Bahagian Teknologi Maklumat
  • Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait
  • Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong
  • Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong
  • Unit Audit Dalaman

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Utama - Sejarah". www.mora.gov.bn. Dicapai pada 17 November 2019.
  2. ^ "Utama - Menteri". www.mora.gov.bn. Dicapai pada 17 November 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]