Pergi ke kandungan

Mohammad bin Salman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohammad bin Salman
Duli Yang Teramat Mulia
Putera Mahkota Arab Saudi
Perdana Menteri Arab Saudi
Putera Mahkota Arab Saudi
Pemerintahan21 Jun 2017 – kini
Didahului olehMuhammad bin Nayef
MonarkiSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Perdana Menteri Arab Saudi
Pemerintahan27 September 2022 – kini
Didahului olehSalman ibn Abdulaziz Al Saud
MonarkiSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi
Timbalan Perdana Menteri kedua Arab Saudi
masih menjabat29 April 2015 – 21 Jun 2017
Didahului olehMuhammad bin Nayef
Diikuti olehtiada
Menteri Pertahanan Arab Saudi
Pemerintahan23 Januari 2015 – 27 September 2022
Didahului olehSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Diikuti olehKhalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud
MonarkiSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Keputeraan (1985-08-31) 31 Ogos 1985 (umur 39)
Jeddah, Arab Saudi
PasanganSara binti Mashoor bin Abdul-Aziz Al Saud[1]
Nama penuh
Mohamed bin Salman ibn Abdulaziz ibn Abdul Rahman ibn Faisal ibn Turki ibn Abdullah ibn Mohammed ibn Saud
KerabatAl Saud
AyahandaSalman ibn Abdulaziz Al Saud
BondaFahda binti Falah bin Sultan bin Hathleen
AgamaIslam

Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Mohammad bin Salman Al Saud, Perdana Menteri Arab Saudi (Arab: محمد بن سلمان بن عبد العزيز آل سعود; dilahirkan pada 31 Ogos 1985) merupakan Putera Mahkota Arab Saudi dan Perdana Menteri Arab Saudi.[2][3] Beliau juga merupakan ketua hakim bagi Mahkamah Diraja Al Saud dan seorang pengerusi Lembaga Ekonomi dan Pembangunan Arab Saudi. Beliau menjadi lebih terkenal berikutan di bawah pemerintahan ayahandanya, Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud.[4] Beliau dinaikkan pangkat menjadi Putera Mahkota Arab Saudi pada 21 Jun 2017 berikutan ayahandanya telah memecat Putera Mahkota Muhammad bin Nayef Al Saud untuk semua kedudukan rasmi di dalam monarki Arab Saudi. Dengan tindakan ini, Muhammad bin Nayef Al Saud disingkirkan secara rasmi sebagai pewaris takhta Raja Arab Saudi dan tempat beliau digantikan oleh sepupunya, Mohammad bin Salman Al Saud.[5][6][7]

Beliau dikenali kerana memiliki kawalan ketara terhadap kerajaan Saudi sehingga dianggap sebagai ketua Arab Saudi secara de facto berbanding ayahandanya. Dalam pemerintahan Salman, beliau dikenali dengan reformasi-reformasi bersangkutan liberalisasi hak asasi, termasuk pengehadan kuasa Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar,[8] perluasan hak-hak wanita, terutamanya penghapusan larangan wanita untuk memandu, dan perluasan wanita dalam sektor hiburan dan pekerjaan, serta pembukaan Arab Saudi terhadap pelancong asing.

Walau bagaimanapun, pemerintahannya juga dicemari pencabulan-pencabulan hak asasi manusia dan sekatan hak bersuara melalui kekerasan dan pembunuhan.[9] Beliau disebut-sebut sebagai dalang utama pembunuhan Jamal Khashoggi, seorang wartawan pengkritik monarki Saudi terkemuka.[10] Selain itu, bin Salman turut dikatakan bertanggungjawab dalam konflik-konflik tempatan, termasuk peperangan di Yaman[11] dan Syria, serta krisis diplomasi Qatar pada 2017.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Muhammad bin Salman Al Saud diputerakan pada 31 Ogos 1985.[12] Beliau ialah putera Raja Salman dari isteri ketiganya,[13] Fahda binti Falah bin Sultan bin Hatsliin.[14] Fahda adalah cucu dari Rakan bin Hitsalain, yang merupakan kepala suku Al Ajman.[15]

Muhammad bin Salman ialah anakanda sulung dalam adik-beradik sebelah bonda, dan merupakan anakanda kelapan serta putera ketujuh dari sebelah ayahanda;[13] dengan saudara kandungnya termasuk Turki bin Salman, mantan ketua Kelompok Kajian dan Pemasaran Saudi, dan Khalid bin Salman. Bin Salman memperoleh sarjana undang-undang dari Universiti Raja Saud.[16]

Awal kerjaya

[sunting | sunting sumber]

Setelah lulus tamat pengajian, bin Salman menghabiskan beberapa tahun dalam sektor swasta sebelum menjadi pembantu peribadi ayahandanya. Beliau bekerja sebagai penasihat Jawatankuasa Ahli; bekerja bagi pihak kabinet Saudi.[17]

Pada 15 Disember 2009, pada usia 24 tahun, Muhammad bin Salman memasuki dunia politik sebagai penasihat khas ayahandanya selaku gabenor Provinsi Riyadh.[18] Pada saat ini, bin Salman mulai menjawat pelbagai jawatan seperti setiausaha agung Dewan Persaingan Riyadh, penasihat khas dalam Yayasan Kajian dan Arkib Raja Abdulaziz dan anggota Lembaga Albir di wilayah Riyadh.[19]

Pada Oktober 2011, Putera Mahkota Sultan bin Abdul Aziz meninggal dunia, dan Raja Salman saat ini mulai naik ke tampuk kekuasaan dengan menjadi Wakil Perdana Menteri Kedua dan Menteri Pertahanan pada November 2011. Ketika itu, Muhammad bin Salman diangkat sebagai penasihat peribadinya.[20]

Pemerintahan Raja Salman

[sunting | sunting sumber]

Dengan mangkatnya Raja Abdullah ibn Abdulaziz Al Saud pada 23 Januari 2015, Salman ditabalkan sebagai Raja Saudi. Bin Salman kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan[21] dan setiausaha agung Mahkamah Diraja.[22] Beliau turut mengekalkan jawatannya sebagai menteri dalam negeri.[23]

Pada 29 April 2015, bin Salman menjadi Timbalan Putera Mahkota lalu menggantikan Muhammad bin Nayef.[24]

  1. ^ "Profile: Saudi crown prince Mohammed bin Salman". www.aljazeera.com.
  2. ^ "Mohammad bin Salman named new Saudi Crown Prince". TASS (dalam bahasa Inggeris). Beirut. 21 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-22. Dicapai pada 22 Jun 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Mohammed bin Nayef kingpin in new Saudi Arabia: country experts". Middle East Eye. 1 Februari 2015. Dicapai pada 1 Februari 2015.
  4. ^ Transcript: Interview with Muhammad bin Salman The Economist, 6 Januari 2016.
  5. ^ CNN, Nicole Chavez, Tamara Qiblawi and James Griffiths. "Saudi Arabia's king replaces nephew with son as heir to throne". CNN.
  6. ^ Raghavan, Sudarsan; Fahim, Kareem (21 Jun 2017). "Saudi king names son as new crown prince, upending the royal succession line". The Washington Post. Dicapai pada 21 Jun 2017.
  7. ^ "Saudi royal decrees announcing Prince Mohammed BinSalman as the new crown prince". The National. Abu Dhabi: Abu Dhabi Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-21. Dicapai pada 21 Jun 2017.
  8. ^ Mazzetti, Mark; Hubbard, Ben (Oktober 16, 2016). "Rise of Saudi Prince Shatters Disades of Royal Tradition". The New York Times. m/s. A1. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2016. Dicapai pada 17 Oktober 2016.
  9. ^ "Critics cite worsening Saudi repression two years after journalist's gruesome slaying". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). 2020-10-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2021. Dicapai pada 2021-07-18.
  10. ^ Hubbard, Ben (2019-01-03). "Saudi Arabia Seeks Death Penalty for 5 Suspects in Khashoggi Killing". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2022-09-27.
  11. ^ "The war in Yemen is disastrous. America is only making things worse". The Guardian. 11 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oktober 2018. Dicapai pada 20 Oktober 2018.
  12. ^ Simon Tisdall (24 Jun 2017). "Mohammed bin Salman al-Saud: The young hothead who would be king". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Oktober 2017. Dicapai pada 2 Januari 2018.
  13. ^ a b David D. Kirkpatrick (6 Jun 2015). "Surprising Saudi Rises as a Prince Among Princes". The New York Times. Riyadh. Dicapai pada 29 Oktober 2015.
  14. ^ "Profile: Crown Prince Mohammed bin Salman". Al Jazeera. 21 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2017. Dicapai pada 2 Januari 2018.
  15. ^ Mustafa Al Labbad (27 Januari 2016). "The new Saudi power triangle". Al Monitor. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2017. Dicapai pada 24 April 2017.
  16. ^ "Council of Ministers: Membership". Embassy of Saudi Arabia, Washington DC. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2011. Dicapai pada 25 Januari 2015.
  17. ^ Profile of Prince Mohammed bin Salman – Defense Minister of Saudi Arabia. Retrieved 30 Mac 2015
  18. ^ "HRH Prince Mohammed bin Salman bin Abdulaziz to inaugurate Cityscape Riyadh 2011". AMEinfo. 31 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2011. Dicapai pada 2 Mac 2013.
  19. ^ "Chairman of the Board". MISK.org.sa. MISK Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2015. Dicapai pada 25 Januari 2015.
  20. ^ "Prince Sultan arrives to Bahrain to attend Bahrain Grand Prix". Bahrain News Agency. 22 April 2012. Dicapai pada 23 April 2012.
  21. ^ "Saudi King Abdullah passes away". Al Arabiya. 23 Januari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2015. Dicapai pada 23 Januari 2015.
  22. ^ "Saudi Prince Mohammad bin Salman named defense minister". Al Arabiya English (dalam bahasa Inggeris). 2015-01-23. Dicapai pada 2022-09-16.
  23. ^ "Profile: Prince Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud". Al Arabiya. 27 Januari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 28 Februari 2015.
  24. ^ "Saudi king replaces crown prince in cabinet reshuffle". Al Jazeera. 29 April 2015.
  25. ^ "Royal Family Directory". www.datarabia.com. Dicapai pada 22 Jun 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Jawatan politik
Didahului oleh
Putera Muhammad bin Nayef
Timbalan Perdana Menteri pertama Arab Saudi
21 Jun 2017 – kini
Diikuti oleh:
Incumbent
Didahului oleh
Putera Muhammad bin Nayef
Timbalan Perdana Menteri kedua Arab Saudi
29 April 2015 – 21 Jun 2017
Diikuti oleh:
Kosong
Didahului oleh
Putera Salman bin Abdulaziz Al Saud
Menteri Pertahanan Arab Saudi
23 Januari 2015 – kini
Diikuti oleh:
Masih menjabat
Didahului oleh
Khaled al-Tuwaijri
Ketua hakim Mahkamah Diraja
23 Januari 2015 – kini
Diikuti oleh:
Masih Menjabat
Kerabat diraja Arab Saudi
Didahului oleh
Putera Muhammad bin Nayef
Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi
29 April 2015 – 21 Jun 2017
Diikuti oleh:
Kosong
Didahului oleh
Putera Muhammad bin Nayef
Putera Mahkota Arab Saudi
21 Jun 2017 – kini
Diikuti oleh:
Masih Menjabat