Mohammed Ali Beshr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohammed Ali Beshr

Ph.D (CSU 1984)
Menteri Negara bagi Pembangunan Tempatan
Dalam jawatan
5 Januari 2012 – 4 Julai 2013
PresidenMohamed Morsi (FJP)
Perdana MenteriHesham Qandil (Bebas)
Didahului olehAhmed Abdeen (Bebas)
Digantikan olehAdel Labib
Butiran peribadi
Lahir (1951-02-14) 14 Februari 1951 (umur 73)
Kafr Al-Mansha, Quesna
KerakyatanMesir
Parti politikParti Kebebasan dan Keadilan (FJP)
Alma materUniversiti Menoufia
Colorado State University

Mohammed Ali Beshr (juga dieja, Bishr; lahir pada 14 Februari 1951) ialah seorang ahli politik Mesir dan bekas Menteri Negara bagi Pembangunan Tempatan dari 5 Januari hingga 4 Julai 2013. Beliau merupakan salah seorang anggota Parti Kebebasan dan Keadilan yang berkhidmat dalam Kabinet Qandil[1] era kepresidenan Mohamed Morsi. Beliau merupakan seorang tokoh penting dalam Ikhwan Muslimin di Mesir.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mohammed Ali dilahirkan di Kafr al-Mensha, Quesna, Wilayah Menoufia di Egypt, pada 14 Februari 1951.[2] Beliau memegang ijazah sarjana muda kejuruteraan yang diperoleh dari Universiti Menoufia pada 1974.[2] Beliau juga memperoleh ijazah sarkana kejuruteraan kuasa dari Universiti Shibin Al Koum Menoufia pada 1979 dan ijazah doktor falsafah dari Colorado State University pada 1984.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mohammed Ali ialah seorang ahli akademik. Beliau bekerja di Universiti Menoufia dan Universiti Shibin Al Koum Menoufia.[3] Beliau menyertai Ikhwan Muslimin pada 1979, dan menjadi ketua lajnah (jawatankuasa) hal ehwal pelajar, lajnah profesional dan lajnah pembangunan pentadbiran bagi pertubuhan tersebut.[3] Kemudiannya, beliau menjadi anggota majlis syura Ikhwan Muslimin dan salah seorang pemimpin kumpulan tersebut.[4][5] Mohammed Ali juga merupakan anggota jabatan pimpinan Ikhwan al-Muslimin sehingga 2008.[6]

Dari tahun 1990 hingga 1995, Mohammed Ali berkhidmat sebagai anggota parlimen bagi daerah pertama Menoufia.[7] Beliau juga merupakan anggota Dewan Perlembagaan Mesir pada 2012, yang bertanggungjawab merangka perlembagaan Mesir yang baharu.[8] Pada Julai 2012, Mohammed Ali dinamakan sebagai timbalan pelapor jawatankuasa pemerintah bagi Dewan Perlembagaan tersebut.[9] Pada 4 September 2012, Mohammed Ali dilantik sebagai Gabenor Menoufia.[7][10][11]

Beliau dilantik menjadi Menteri Negara bagi Pembangunan Tempatan dalam rombakan kabinet yang diketuai Perdana Menteri Hesham Qandil pada 5 Januari 2013.[1] Beliau menggantikan tempat Ahmed Abdeen yang sebelum ini menjadi menteri.[12] Mohammed Ali ialah salah seorang daripada lapan anggota FJP yang berkhidmat dalam kabinet selepas rombakan tersebut.[1] Beliau dan menteri FJP yang lain meletak jawatan pada 4 Julai 2013 berikutan rampasan kuasa yang berlaku di Mesir ketika itu.[13] Tempohnya secara rasmi berakhir pada 17 Julai 2013 apabila pemerintahan sementara telah dibentuk.[14]

Penahanan[sunting | sunting sumber]

Mohammed Ali pernah ditahan oleh tentera Mesir pada 1999.[3] Selepas dibicara di mahkamah tentera, beliau dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara disebabkan menjadi anggota Ikhwan Muslimin.[3][6][15] Beliau dibebaskan pada 8 Oktober 2002.[2] Pada 2006, he ditahan sekali lagi bersama-sama empat puluh penyokong Ikhwan disebabkan alsan yang sama.[7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mohammed Ali telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Mahmoud Fouly (6 Januari 2013). "Egypt's 10-minister cabinet reshuffle meets with opposition dissatisfaction". Xinhua. Cairo. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2013. Dicapai pada 3 Februari 2013.
  2. ^ a b c "Profiles of Some of MB Members Referred to Militarily Courts". Ikhwan Mısr. 11 February 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 February 2013. Dicapai pada 3 February 2013.
  3. ^ a b c d e f "Dr. Mohamed Ali Bishr, Life Full of Achievements". Ikhwan Web. 14 January 2007. Dicapai pada 3 February 2013.
  4. ^ Mohamed Hossam Eddin (8 June 2012). "Sunday's papers: A little more Shater with your Morsy?". Egypt Independent. Dicapai pada 3 February 2013.
  5. ^ Eric Trager; Katie Kiraly; Cooper Klose; Eliot Calhoun (September 2012). "Who's Who in Egypt's Muslim Brotherhood". The Washington Institute. Dicapai pada 3 February 2013.
  6. ^ a b Khalil Al Anani (3 June 2008). "The Muslim Brotherhood's Internal Elections". Daily News Egypt. Dicapai pada 3 February 2013.
  7. ^ a b c Mohamed Abdel Baky (6–12 September 2012). "Meet the new governors". Al Ahram Weekly. 1113. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2012.
  8. ^ "Constituent Assembly". Egypt State Information Service. Dicapai pada 3 February 2013.
  9. ^ Ahmed Almasry (2 July 2012). "Constituent Assembly committee heads named, Islamists dominate". Egypt Independent. Almasry Alyoum. Dicapai pada 3 February 2013.
  10. ^ "President Morsi Appoints Ten New Provincial Governors Across Egypt". Ikhwan Web. 5 September 2012. Dicapai pada 3 February 2013.
  11. ^ Eric Tragger (22 January 2013). "What Every American Should Know About Egypt's Muslim Brotherhood – Lecture". Eurasia Review. Foreign Policy Research Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 January 2013. Dicapai pada 3 February 2013.
  12. ^ "Egypt's new ministers sworn in". Xinhua. Cairo. 6 January 2013. Dicapai pada 3 February 2013.
  13. ^ "Egypt Brotherhood ministers present official resignations". Ahram Online. 4 July 2013. Dicapai pada 18 July 2013.
  14. ^ Abigail Hauslohner (16 July 2013). "Interim Egyptian cabinet sworn in". The Washington Post. Cairo. Dicapai pada 16 July 2013.
  15. ^ "Ministerial portfolios". Weekly Ahram. 9 Januari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2013. Dicapai pada 3 Februari 2013.