Mohd Amin Jalaludin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Prof. Dato' Dr. Mohd Amin Jalaludin merupakan ahli akademik Malaysia. Beliau ialah bekas Naib-Canselor Universiti Malaya. Beliau mula menjawat jawatan itu pada 8 November 2013. Pada awal perlantikan, beliau telah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Otorhinolaryngologi di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya sejak Oktober 1996 hingga Januari 2000.Beliau juga merupakan Dekan Fakulti berkenaan dari 1-April 2002 hingga 31-Julai 2006.

Prof. Dato' Dr. Mohd Amin juga dilantik sebagai Pengarah bagi Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Jun 2000. Pada 1 Ogos 2006, beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (Akademik dan Antarabangsa) oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE).

Latar belakang pendidikan[sunting | sunting sumber]

Setelah tamat pengajian di Kolej Inggeris, Johor, beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya dengan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dari tahun 1977 hingga 1982. Kemudian menjadi pensyarah dalam bidanga akademik perubatan bidang Otorhinolaryngologi pada 1 September 1983. Universiti Malaya menghantar beliau untuk melanjutkan pelajaran ke Royal Infirmnary Edinburgh, Scotland dari tahun 1988 hingga 1990 dan mendapat status Fellowship of the Royal College of Surgeon, Edinburgh hanya dalam tempoh setahun yakni pada tahun 1989. Beliau kemudiannya mendapat pendidikan dari Prof. AG Maran untuk menjadi pakar Otorhinolaryngologi yang juga pakar dalam bahagian pembedahan kepala dan leher. Professor Dato' Dr. Mohd Amin Jalaludin telah menjalankan kajian dengan menjadi felo di Sekolah Perubatan Harvard pada 1994 dan menjadi Felo di Akademi Perubatan pada Jun 1996. Pada bulan Jun 2012, beliau telah diterima masuk sebagai Felo di Akademi Sains Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang pakar akademik, Prof Dato' Dr. Mohd Amin Jalaludin telah memberi sumbangan extensif dalam kajian berkaitan Perubatan. Beliau telah menjalankan banyak kajian dalam bidang Otologi (Pembedahan Kepala dan Leher), Laryngologi, dan Otorhinolaryngologi. Untuk kajian-kajian itu sahaja beliau telah menerbitkan naskhah kerja berjumlah 70 buah jurnal, 36 persidangan/seminar dan lain-lain penerbitan. Beliau juga sangat aktif melibatkan diri dalam komiti perubatan profesional dan sekarang ini merupakan Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia Pasifik (APACPH) dan Naib Presiden Persatuan Persekutuan Laryngectomee Asia (AFLA), dan Penasihat Perubatan Kehormat bagi Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan. Beliau juga kekal sebagai Felo Kolej Pembedahan DiRaja Edinburgh, Scotland, dan felo Akademi Otolaryngologi Pembedahan Kepala dan Leher Amerika Syarikat.

Diperingkat nasional, beliau diangkat menjadi Ketua Kluster Perubatan dan Sains Kesihatan dalam Majlis Profesor Negara. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Majlis Profesor Negara dilancar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-27. Dicapai pada 2015-05-27.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  1. Curriculum Vitae of Prof. Dato' Dr. Mohd Amin Bin Jalaludin. (2015) (edisi 1.). Kuala Lumpur. Dicapai dari http://umexpert.um.edu.my/aminj