Mohd Nasuha Shamsuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Nasuha Shamsuddin
Kelahiran
Mohd Nasuha Shamsuddin

Warganegara Malaysia
Terkenal kerana
  • Rakyat Malaysia dan orang Malaysia termuda yang memijakkan kaki ke Gunung Everest

Mohd Nasuha Shamsuddin merupakan rakyat Malaysia yang juga merupakan salah seorang pendaki Gunung Everest termuda dari Asia Tenggara. Gunung Everest setinggi 8848 meter dari aras laut yang terletak di negara Nepal, utara Kathmandu berjaya ditawan oleh Nasuha pada 2013. Beliau adalah salah seorang yang terlibat di dalam Ekspedisi Everest Felda 2013 bersama-sama rakan pendaki yang lain. Nasuha yang ketika itu baru berumur 21 tahun telah berjaya menakluki puncak Gunung Everest pada 21 Mei 2013, 2.05 pagi waktu Malaysia [1].Pencapaian beliau menawan Gunung Everest itu secara tidak langsung mengulangi kembali kejayaan pendaki lagenda Malaysia M. Magendran dan N.Mohanadas yang menjadi orang pertama dan kedua menawan Gunung Everest pada 23 Mei 1997.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Nasuha menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (2005-2009) dan berjaya meraih 5A 4B 2C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (2009) . Seterusnya Nasuha menyambung pengajian beliau di Universiti Teknologi MARA selama 5 tahun (2010-2015) dalam aliran Sains sukan .[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bernama. "PM ucap tahniah anak Felda menawan Gunung Everest". 21 Mei 2013. Dicapai pada 11 Jun 2022.
  2. ^ Bernama. "Pendidikan dan pengalaman Mohd Nasuha". 21 Mei 2013. Dicapai pada 11 Jun 2022.