Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
Lokasi
Raub, 27600, KM 6 Jalan Lipis, Pahang Darul Makmur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berprestasi Tinggi Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah kerajaan
MotoIlmu Amal Budi
Ditubuhkan (1982-07-04) 4 Julai 1982 (umur 41)
Nombor sekolah09-3551600
Kod sekolahCEA6021 [1]
Pengerusi PIBGEn Murshid
PengetuaPn. Siti Mariam Binti Shamsudin @ Baharom
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Sumardi Bin Hassan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Shahrir Bin Hamzah
Penolong Kanan KokurikulumPn. Norhayati Binti Nor Badrin
Faks09-3553511
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (lebih dikenali sebagai SEMESTA), atau "Sekolah Menengah Sains Raub" (SEMESRA sebelum tahun 1989), merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Raub, Pahang. Penamaan nama baru sekolah dibuat bersempena dengan hari perasmian sekolah pada 4 Julai 1989 oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah. Moto sekolah iaitu Ilmu, Amal, Budi terus dijadikan pegangan oleh seluruh warga SEMESTA. SEMESTA telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2010 dan seterusnya menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada Tahun 2011 untuk Kohort Ke-2.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEMESTA dibangunkan dalam kawasan ladang getah seluas 16 hektar. Kompleks sekolah mula dibina dalam bulan Julai 1980 dan siap pada 1982. Kumpulan perintis sekolah yang terletak di kilometer 6, Jalan Lipis terdiri daripada 35 orang guru, 5 orang pekerja dan 280 orang pelajar yang mendaftar awal tahun 1983.

Pengetua pertamanya ialah En. Abdul Rahim bin Mohammad yang berkhidmat sehingga hujung tahun 1986. Sehingga kini SEMESTA telah dipimpin oleh sembilan orang pengetua yang berkaliber.

Dari segi pembangunan fizikal, SEMESTA telah menempuh satu dekad yang dipenuhi pelbagai perubahan. Dahulunya kawasan lapang tidak berpokok, kini dihiasi beraneka tanaman penyeri bumi. Dengan penambahan kemudahan asas seperti gimnasium, laluan berbumbung, pondok rehat, astaka dan surau.

Sejarah penubuhan dan perkembangan SEMESTA wajar dikenang. Selain kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM, SEMESTA telah meraih beberapa gelaran yang membanggakan.

SEMESTA terus mencipta kejayaan termasuk dari segi membina potensi pelajar dalam aspek akademik dan kokurikulum. Pencapaian 100% dalam peperiksaan awam terus dipertahankan dari tahun ke tahun, malah banyak usaha sedang dan akan dijalankan untuk meningkatkan kualiti peperiksaan. Segala cabaran ini akan dipikul bersama oleh seluruh warga SEMESTA.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah terletak di km 6, Jalan Lipis. Sekolah yang terletak di bahu jalan Raub-Lipis ini memang mudah dikesan kerana infrastrukturnya yang unik lagi menarik berbanding dengan bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar Raub. Papan tanda SEMESTA pula telah diperbaharui hasil cadangan tuan pengetua yang baru iaitu En. Hadi bin Mat Dain. Dari sudut pandangan atas pula, sekolah ini dapat dilihat dengan mudah kerana keluasannya mencecah 17 hektar persegi. Sekolah ini juga merupakan salah satu sekolah berasrama penuh yang terbesar di Malaysia.

ASTA - Alumni SEMESTA[sunting | sunting sumber]

ASTA bermaksud Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang Darul Makmur. Sekolah ini terdahulunya dikenali sebagai SEMESRA atau Sekolah Menegah Sains Raub sebelum ditukar nama sempena Tengku Mahkota Pahang,Tengku_Abdullah_ibni_Sultan_Ahmad_Shah pada tahun 1989. Sejak penubuhannya pada tahun 1983, terdapat lebih tiga ribu pelajar lepasan SEMESTA mewakili lebih daripada 30 buah batch.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • YBHG. Dato' Haji Abdul Rahim Haji Mohamad (1982 - 1986)
  • Tuan Haji Abu Bakar Haji Bachik (1987 - 1989)
  • Tuan Haji Sahari Kasmi (1989 - 1993)
  • Dato' Salleh Mohamad Husein (1993 - 1994)
  • Tuan Haji Mohamad Othman (1994 - 1995)
  • Tuan Haji MD Yussof Othman (1995 - 1996)
  • En. Mohamad Yahaya (1996 - 2003)
  • En. Said Manap (2004 - 2005)
  • En. Ali Haji Derus (2005 - 2006)
  • En. Hadi Mat Dain (2006 - 2009)
  • Hj. Kamaruddin Hj. Kassim (Ogos 2009 - 2011)
  • Pn. Wan Azizah Wan Abd Rafar (2012 - 2013)
  • Cik Hajah Kamsuri Ibrahim, AMP (2014 - 2015)
  • Tuan Haji Ali Alias (2016 - 2019)
  • En. Mohd Noor Hakim (2019-2021)
  • Pn. Siti Mariam Binti Shamsudin @ Baharom (2021- kini)

Matlamat[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan "guru" sebagai pendidik professional, berketerampilan, pakar dalam bidang masing-masing, berfikiran positif, strategik dan futuristik serta sensitif terhadap isu-isu dan halatuju pendidikan semasa.
  • Melahirkan "pelajar" cemerlang, berketerampilan, berilmu, berpengetahuan tinggi, mempunyai daya saing tinggi, ketahanan diri yang mantap, seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan setiap warga sekolah menghayati visi, misi, matlamat, objektif serta fokus tahunan diterjemahkan secara terperinci dalam bentuk projek, program, aktiviti dan tugasan harian.
  • Memastikan guru-guru berkepupayaan menerajui dan mengerakkan seluruh mekanisme dan sumber ke arah pencapaian visi, mengamalkan sistem komunikasi yang berkesan, memberi motivasi dan dorongan berterusan, memimpin kurikulum dan mengupayakan pelajar membangunkan diri menjadi pelajar yang berkesan.
  • Memastikan pengurusan maklumat yang cekap dan berkesan. Mempastikan pengurusan kelas yang cekap dengan mengambil kira kaedah yang strategik yang memfokuskan kepada pentadbiran, pengurusan kurikulum, keceriaan dan pembinaan insan.
  • Memastikan pengurusan penilaian yang cekap untuk mengenalpasti pencapaian secara "headcount".
  • Memastikan pencapaian pelajar adalah ditahap cemerlang dan mencapai target sekolah dan Standard Kualiti Minimum SBP.

Ikrar pelajar[sunting | sunting sumber]

Bahawasanya kami,
Pelajar SEMESTA,
Berikrar dan berjanji,
Dengan penuh semangat dan kesungguhan,
Akan menumpukan,
Sepenuh perhatian dan usaha kami,
Dalam mencapai,
Kecemerlangan akademik sahsiah dan disiplin,

Kami juga berikrar dan berjanji,
Akan memastikan prestasi kami,
Ke tahap yang terbaik,
Untuk mengekalkan kecemerlangan berterusan,
Sekolah yang kami sayangi,

Kami sayang SEMESTA.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Inilah sekolah yang tercinta,
SEMESTA itulah namanya,
Mendidik dan membina,
Anak-anak negara,
Mencapai segala cita-cita,

Kepada para guru semua,
Jasamu tiada tandingnya,
Bekerja dan berusaha,
Tidak mengenal masa,
Demi masa depan kita,

Berilmu, Beramal, Berbudi setiap masa,
Pada rukun negara,
Kami akan setia,
Oh Tuhan yang Maha Kuasa,
Jayakanlah kami semua,
Selamat dan sentosa,
Sihat setiap masa,

Berjaya SEMESTA Berjaya!!!


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]