Mohd Zaman Khan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tan Sri Dato' Seri Mohd Zaman Khan merupakan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia (09 Februari 1994 - 31 Disember 1997).

Sebelum itu beliau adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jawatan terakhir beliau dalam PDRM ialah Pengarah Keselamatan Dalam Negeri.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Dato' Seri Mohd Zaman Hassan Rahim Khan lahir pada 21 Disember 1941 di Pasir Mas, Kelantan.

Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1959).

Isterinya Puan Sri Datin Seri Rosnah bte Ahmad dan mereka dikurniakan 5 orang anak.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Zaman Khan menghadiri Kursus Khas Polis di Amerika pada 1969. Kemudian Menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai Kadet ASP pada Jun 1962.

Beliau pernah menjadi OCPD di Batu Gajah, Grik, Klang dan Georgetown (1964-1972). Seterusnya menjadi Ketua Trafik, IPK Wilayah Persekutuan KL (1972-1974), OCPD di Petaling Jaya (1974), Ketua CID di Selangor (1974-1977), Ketua Polis Negeri Sembilan (1977-1979), Ketua Polis Pulau Pinang (1979-1984) lalu menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur (1984-Julai 1987) dan timbalannya ketika itu adalah SAC (B) Dato' Ahmad Tajuddin Bin Shahabudin.

Seterusnya, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Keselamatan Dalaman dan Ketenteraman Awam di Ibu Pejabat Polis (Ogos 1987-1989) dan ditukarkan sebagai Pengarah Bahagian Jabatan Penyiasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman (1989-1994) dan jawatannya yang terakhir dalam pasukan keselamatan adalah sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara (1994-1997).[1]

Polis Diraja Malaysia[sunting | sunting sumber]

Operasi Lalang dilancarkan oleh polis Malaysia pada 27 Oktober 1987 bagi menangkap 106 ahli politik dan aktivis sosial yang cuba mengeruhkan suasana politik di Malaysia. Ketika itu, Dato' Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri mahu perhimpunan UMNO yang lebih besar dibatalkan.Pada siaran waktu pagi, Dato' Zaman Khan mengumumkan di radio RTM tentang Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Pada Ogos 1988, beliau menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan menyiasat kes Pita video Lucah Vijandran iaitu melibatkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran.

Beliau turut terlibat dalam operasi menyelamat mangsa Tragedi Highland Towers.

Ketika itu kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor rebah menyembam bumi pada 11 Disember 1993.

Jabatan Penjara Malaysia[sunting | sunting sumber]

Apabila kekosongan berlaku di Jabatan Penjara Malaysia pada 1994, Zaman Khan dilantik sebagai Ketua Pengarahnya. Selepasnya itu beliau diganti oleh Dato' Omar bin Mohamed Dan.

Persatuan[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi AJK Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Antara pingat dan anugerah yang diterimanya ialah PSM, SPSK, PSD, SPMS, DSAP, DSNS, DSPN, AMP, BSK, KMN, PJK.

Rujukan[sunting | sunting sumber]