Mokhtar Dahari: Legenda Bola Sepak Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mokhtar Dahari: Legenda Bola Sepak Malaysia
Umum
PengarangZinitulniza Abdul Kadir
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
SubjekMokhtar Dahari
GenreAutobiografi, sukan
Penerbitan
Pelukis kulitDindaKanda Kreatif Sdn. Bhd.
PenerbitInstitut Terjemahan & Buku Malaysia
Tarikh penerbitan
31 Oktober 2013
Jenis media
Cetakan
Halaman244
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789674303709

Mokhtar Dahari: Legenda Bola Sepak Malaysia[1] ialah sebuah buku autobiografi sukan yang memperincikan tentang kehidupan dan kerjaya pemain bola sepak terkenal Malaysia, Mokhtar Dahari. Buku ini ditulis oleh Zinitulniza Abdul Kadir dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia dan dilancarkan pada 31 Oktober 2013 dan dijual pada harga RM 180.[2] Buku setebal 244 muka surat itu turut mengandungi koleksi gambar dan kisah perjalanan hidup Allahyarham Mokhtar sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada 11 Julai 1991.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Buku ini mengumpul kronologi penting kehidupan Mokhtar yang lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh sepanjang kerjayanya dalam sukan bola sepak sehingga saat pemergian abadinya pada 11 Julai 1991. Istimewanya, ia ditulis dengan memetik tulisan Mokhtar di beberapa penerbitan sekitar 1980-an, sebelum disusun, digabung dan akhirnya menghasilkan pengkisahan terhadap banyak perkara yang selama ini tidak jelas diketahui umum serta peminat Mokhtar sendiri khususnya. Antara contoh, ramai beranggapan yang Mokhtar seumur hidupnya hanya pernah dilayangkan satu kad merah, sedangkan realitinya, dua kad pernah diterima wira bola sepak negara ini.

Lebih menarik, kad merah keduanya diterima pada 1981, tahun sama kontroversi kad merah pertamanya yang membangkitkan kemarahan penyokongnya di seluruh negara. Ringkasnya, buku ini menghurai banyak kisah sebalik tabir, termasuk kesalan Mokhtar bersara daripada pasukan kebangsaan pada 1979, dan dilema besar pada 1985 apabila dipujuk untuk bermain memimpin Malaysia menentang musuh tradisi, Korea Selatan dalam perlawanan pusingan kedua Pra-Piala Dunia di Seoul. Pernah dijulang sebagai penyerang terbaik Asia 1976, Mokhtar tidak terkecuali daripada zaman getir dan terpinggir. Pendek kata, tidak mudah menjadi Mokhtar Dahari. Justeru kepada yang pernah mengenali Mokhtar, juga kepada yang mahu mengenali Mokhtar, buku ini sarat dengan suka duka serta bahagia deritanya. Benar banyak yang telah diketahui mengenainya, namun masih banyak juga yang tidak pernah diketahui mengenainya.

Pelancaran[sunting | sunting sumber]

Majlis pelancaran buku ini diadakan pada 25 Oktober 2013 di Istana Alam Shah Klang dan disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd. Khair Ngadiron dan balu Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim.[2] Buku tersebut yang merupakan ilham baginda sendiri diterbitkan sebagai penghargaan kepada Allahyarham atau dikenali sebagai Supermokh selaku penyerang terbaik dalam sukan bola sepak tanah air yang pernah dilahirkan di negara ini.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mokhtar Dahari: Legenda Bola Sepak Malaysia Google Books. Diperoleh pada 12 Disember 2016.
  2. ^ a b Buku Mokhtar Dahari dilancar Diarkibkan 2016-12-20 di Wayback Machine Abdul Yazid Alias (26 Oktober 2013). Utusan Online. Diperoleh pada 12 Disember 2016.
  3. ^ Sultan Selangor lancar buku kisah Mokhtar Dahari Sinar Harian (25 Oktober 2013). Diperoleh pada 12 Disember 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]