Mokhtaruddin Lasso

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mokhtaruddin Lasso merupakan bekas pejuang anti-Jepun dalam masa Perang Dunia II dan kemudian menjadi salah seorang pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya PKMM (Malay Nationalist Party).

Pada hari pengisytiharan dasar-dasar perjuangan PKMM pada 30hb November 1945 ia telah mengeluarkan lapan (8) resolusi yang dianggap oleh pihak kerajaan penjajah sebagai diinspirasikan oleh rancangan 'Sembilan Perkara' Parti Komunis Malaya. Di samping itu kegiatan-kegiatan PKMM yang anti-UMNO dan anti-penjajah sangat dicurigai oleh kerajaan penjajah.

Akibat pandangan-pandangan dan pendiriannya yang anti-penjajah itu maka pada pada 23.04.1950, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di bawah British telah menolak pendaftaran Parti Kebangsaan Melayu Malaya di bawah undang-undang pertubuhan yang sengaja diperkenalkan, dan beberapa pemimpinnya di penjarakan.[perlu rujukan]