Monarki Sepanyol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Raja Sepanyol
Rey de España
Coat of Arms of Spanish Monarch.svg
Penjawat kini
Felipe VI 2015 (cropped).jpg
Felipe VI dari Sepanyol
sejak 19 Jun 2014
Butiran
Raja pertama Charles I
Pembentukan 1516; dipulihkan pada tahun 1978
Persemayaman Istana Diraja Madrid (rasmi)
Istana Zarzuela (persendirian)
Laman sesawang The Spanish Monarchy

Monarki Sepanyol (Bahasa Sepanyol: Monarquía de España, dikenali juga sebagai la Corona atau Monarquía Hispánica[1], adalah sejenis institusi berperlembagaan bagi negara Sepanyol.[2]

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Monarki negara Sepanyol terdiri daripada raja atau ratu yang memerintah, keluarga kerabat baginda serta organisasi keluarga diraja yang menyokong serta membantu raja dalam menjalankan tugas-tugasnya.[3][4] Monarki ini pada masa ini diwakili oleh Raja Felipe VI, isterinya Ratu Letizia, dan anak-anak perempuan mereka iaitu Leonor, Puteri Asturias dan Infanta Sofia.

Perlembagaan Sepanyol tahun 1978 telah membangunkan semula sistem raja berperlembagaan sebagai bentuk kerajaan yang sah untuk negara tersebut selepas tamatnya pemerintahan diktator Francisco Franco, di mana ia mengesahkan peranan Raja Sepanyol sebagai lambang Negara Sepanyol dan simbol perpaduan Sepanyol yang berkekalan. Mengikut perlembagaan ini juga, Raja Sepanyol merupakan ketua negara dan panglima tertinggi Angkatan Tentera negara Sepanyol.[5] Raja Sepanyol juga memainkan peranan penting dalam menjalinkan hubungan yang sihat antara Sepanyol dengan negara-negara lain yang mempunyai warisan bersejarah yang sama". Raja Sepanyol turut berfungsi sebagai presiden Pertubuhan Negara-Negara Ibero-Amerika, konon mewakili lebih 700,000,000 orang dalam 24 negara-negara ahli (yakni juga termasuk bekas tanah jajahan Kerajaan Sepanyol) di seluruh dunia. Pada tahun 2008, Juan Carlos I telah dianggap pemimpin paling popular pemimpin dalam semua Ibero-Amerika.[6]

Kerabat diraja Sepanyol mempunyai asal usulnya daripada Kerajaan Visigoth yang diasaskan di Sepanyol dan Aquitania[7] pada abad ke-5 serta negeri-negeri Kristian selepasnya yang terlibat dalam pertempuran Reconquista berikutan penaklukkan dinasti Umayyad terhadap  Hispania pada abad ke-8. Perkahwinan dinasti antara Isabel I dari Castilla dengan Fernando II dari Aragón telah menyatukan kesemua negeri-negeri Sepanyol pada abad ke-15.[8]

Empayar Sepanyol menjadi salah satu kuasa dunia yang pertama di bawah naungan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand yang membiayai penjelajahan Christopher Columbus ke seberang Lautan Atlantik. Penjelajahan tersebut membawa kepada penemuan benua Amerika, yang menjadi tumpuan kerajaan Sepanyol ketika itu.

Istana Madrid, kediaman rasmi Kerabat Diraja Sepanyol

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Istilah-istilah ini kerap digunakan untuk merujuk kepada Empayar Sepanyol sebelum Sepanyol disatukan pada awal kurun ke-18.
  2. ^ Powell, Charles, Juan Carlos of Spain; Self Made Monarch, St. Martin's Press, INC 
  3. ^ Título II.
  4. ^ CPerlembagaan Sepanyol 1978, Tajuk II, Perkara 56, Subseksyen 2 dengan pindaan Dikri Diraja 1368/1987, bertarikh 6 th November
  5. ^ Tajuk II, Perkara 56, Subseksyen 1
  6. ^ ibukota Kerajaan Visigoth m asalnya terletak di Toulouse yang dahulunya merupakan kawasan Aquitania
  7. ^ Norwich, John Julius, Byzantium — The Decline and Fall, p. 446.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Bibliografi

Sumber-sumber lain

Pautan luar[sunting | sunting sumber]