Monopoly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Monopoly

Monopoly adalah satu permainan papan yang paling laris jualannya di dunia. Dalam permainan ini, pemain berlumba untuk mengumpulkan kekayaan melalui satu perlaksanaan satu sistem ekonomi mainan yang melibatkan pembelian, penyewaan dan pertukaran hartanah dengan menggunakan duit mainan. Pemain mengambil giliran untuk membalingkan dadu dan bergerak di sekeliling papan permainan mengikut bilangan yang diperolehi dengan balingan dadu tadi.

Permainan ini dinamakan bersempena konsep monopoli dalam teori ekonomi, iaitu penguasaan pasaran oleh peniaga tunggal tanpa ada apa-apa persaingan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Papan Monopoly Dipaten Oleh Clarence Darrow

Sejarah permainan monopoly boleh dituruti seawal tahun 1900-an. Dalam tahun 1904, seorang pencipta bernama Lizzie Magie mempatenkan satu permainan yang beliau harapkan dapat menerangkan sebahagian daripada idea ekonomi yang diutarakan oleh Henry George. Permainan beliau dikenali sebagai The Landlord's Game (Permainan Tuan Punya Tanah), dikeluarkan secara komersial beberapa tahun kemudian.

Lizzie Magie terus memperkembangkan permainannya dengan bantuan beberapa orang peminat. Dalam tahun 1924, Lizzie Magie mempatenkan permainan yang diperbaiki. Lain-lain permainan sepertinya menyusul. Pada awal tahun 1930-an, Parker Brothers menjual permainan Monopoly.

Menjelang tahun 1970-an, sejarah awal permainan monopoly terhapus. Riwayat popular menceritakan Monopoly dicipta oleh Charles Darrow menjadi cerita rakyat yang paling popular, dan disertakan dengan keterangan permainan Monopoly. Sejarah ini juga diceritakan dalam buku The Monopoly Book: Strategy and Tactics of the World's Most Popular Game, oleh Maxine Brady yang dicetak dalam tahun 1974.

Sejarah permainan Monopoly sekali lagi menjadi tumpuan apabila Profesor Ralph Anspach membuat tuntutan daripada Parker Brothers dan syarikat induknya General Mills, mengenai hak tanda perniagaan permainan Monopoly. Tuntutan ini berlarutan hingga pertengahan tahun 1980-an dan status perundangan hak milik perniagaan permainan Monopoly tergantung tanpa rumusan. Kini hak milik tanda perniagaan Monopoly masih kekal bersama Parker Brothers. Hasbro, syarikat induk Parker Brothers hanya mengiktiraf Charles Darrow untuk pengwujudan permiana Monopoly, tetapi tidak diberikan apa-apa ganjaran. Profesor Anspach menerbitkan buku mengenai penyelidikannya diberi tajuk The Billion Dollar Monopoly Swindle (Penipuan Monopoly Berbilion Dollar) di mana dia menghujahkan sejarah awal permainan Monopoly dan perkembangan permainan tersebut.

Anspach published a book about his researches, called, in which he makes his case about the purposeful suppression of the game's early history and development.

Papan Permainan[sunting | sunting sumber]

Papan klasik Monopoly mempunyai 40 petak, dengan 28 hartanah, 3 petak dugaan, 3 petak petak masyarakat, satu petak “Cukai”, satu petak ‘cukai Pendapatan’ satu petak “Jalan”, satu petak “Penjara” satu petak “Perkir Percuma” dan satu petak lagi “Pergi ke Penjara”. Hartanaha-hartanah dinamakan mengikut nama tempat-tempat tertentu di negara di mana permainan itu dikeluarkan.

Versi paling biasa dilihat di Malaysia adalah versi yang dikeluarkan oleh John Waddington Ltd. yang mengeksport permainan ini ke Malaya dan seterusnya sehinggalah selepas kewujudan Malaysia. Permainan Monopoly keluaran Waddingtons diedarkan ke banyak negara Komanwel kecuali di Kanada. Monopoly versi Malaysia dikeluarkan lewat tahun 1990-an dengan menggunakan nama-nama tempat di Kuala Lumpur. Ini dilihat sebagai menyahut saingan yang diberikan permainan Saidina yang dikeluarkan oleh Syarikat Permainan Malaysia Sdn. Bhd. yang menggunakan lokasi tempatan untuk hartanahnya.

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

  • Token - Setiap pemain diberikan satu token pewter yang digerakkan sekeliling papan permainan mengikut jumlah bilangan yang diperolehi dengan membalingkan dua buah dadu.
  • Dadu - Dua buah dadu disertakan dengan permainan Monopoly.
  • Kad geran tanah untuk setiap keping hartanah yang diterakan di atas papan permainan. Kad geran tanah diberikan kepada pemain yang membeli hartanah tersebut pada harga yang ditetapkan. Kad geran tanah boleh ditukar milik mengikut persetujuan pemain. Keempunyaan tanah membolehkan pemain mengutip sewa daripada pemain yang singgah di atas tapak hartanya mengikut kadar sewaan yang dituliskan di atas kad geran tersebut. Kad geran tanah memberikan harga (nilai) harta waktu dibeli, kos pembinaan rumah ataupun hotel di atas harta tersebut, harga sewaan yang bergantung kepada berapa banyak rumah ataupun hotel yang dibina di atas harta tersebut.
    • Hartanah meliputi 22 harta di jalan-jalan tertentu dibahagikan kepada 8 kumpulan mengikut warna dengan dua ataupun 3 harta bagi setiap kumpulan. Pemain mestilah melengkapkan harta dalam sesuatu kumpulan (ada “monopoly” bagi kumpulan warna itu) untuk membolehkan dia memajukan harta tersebut dengan pembinaan rumah ataupun hotel.
    • Pemain juga dikira menguasai “Monopoly” dengan mempunyai geran untuk kedua-dua syarikat utility (air dan elektrik) ataupun kesemua stesen kereta api semasa permainan. Syarikat utiliti dan stesen kereta api tidak boleh dimajukan dengan rumah ataupun hotel.
    • 4 stesen kereta api . Pemain mendapat kadar sewaan lebih tinggi jika mempunyai lebih daripada satu stesen kereta api.
    • 2 syarikat utiliti (air dan elektrik). Pemain akan mengutip sewaan pada kadar lebih tinggi sekiranya mempunyai kedua-dua syarikat utiliti.
  • Wang kertas Monopoly – jumlah wang yang boleh dikeluarkan oleh bank secara teorinya tidak had, dan jurubank boleh mengeluarkan surat kredit ataupun lain-lain cara untuk merekodkan kewangan (kebiasaannya jurubank mengeluarkan I.O.U. kepada pemain). Sesetengah kedai mainan ada menjual wang kertas Monopoly tambahan.
  • 32 buah rumah diperbuat daripada plastik dan 12 buah hotel juga diperbuat daripada plastik. Bilangan rumah tidak boleh ditambah semasa permainan, dan jika kesemua rumah sudah digunakan, pemain yang hendak memajukan hartanya tidak boleh membina rumah sehingga ada pemain lain yang menjual rumah mereka. Keadaan yang sama juga diguna pakai untuk pemain yang hendak memajukan hotel di atas harta mereka.
  • 16 keping cards “Chance” dan 16 keping kad “Community Chest”. Pemain membuka kad berkenaan apabila sampai ke tapak “Chance” ataupun “Community Chest” dan mengikut arahan yang tertera di atas kad berkenaan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman rasmi[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mainan PC[sunting | sunting sumber]

  • Monopoly 3 versi ketiga
  • Monopoly INT freeware Windows version
  • Online Monopoly like Yahoo games, Atari hosts an online lobby where players can play against other players, instead of computer opponents.

Versi lain[sunting | sunting sumber]

Teori permainan dan strategi[sunting | sunting sumber]

Kritikan permainan[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]