Syarikat Permainan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syarikat Permainan Malaysia Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahPersendirian
IndustriPermainan dalam
Ditubuhkan1976
Ibu pejabatSelangor, Malaysia Malaysia
Tokoh pentingTing Sie Bing, Pengasas dan Pengarah
Ting Ted Sun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
KeluaranKarom
Catur
Congkak
Dam
Ular dan tangga
Permainan suku kata, Sahibba
Permainan papan, Saidina
Tapak webwww.spmgames.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Syarikat Permainan Malaysia Sdn. Bhd. merupakan syarikat permainan dalaman yang terbesar di Malaysia dengan hasil jualan tahunannya mencecah 300,000 set. Syarikat ini menghasilkan lebih kurang 60 jenis permainan dalaman.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini ditubuhkan pada 26 Jun 1976 oleh pereka kelahiran Perak, Ting Sie Bing.

Penubuhan syarikat ini bermula ketika beliau menjadi guru salah sebuah institut latihan berkaitan industri.

Satu hari, beliau melihat beberapa pelajar beliau menyusun suku kata dalam Bahasa Melayu walhal permainan yang dimainkan adalah permainan suku kata, Scrabble yang khusus untuk Bahasa Inggeris. Beliau menyedari terdapat beberapa baki jubin abjad setelah permainan tamat. Sebagai contoh, huruf "A" muncul tiga kali lebih kerap dalam Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris.

Menyedari keadaan tersebut, beliau mula mereka cipta permainan tersebut dalam versi Bahasa Melayu. Sebelum itu, beliau mengambil langkah drastik dengan mempelajari kamus Bahasa Melayu untuk menentukan kekerapan sesuatu abjad diperlukan bagi menjayakan edisi bahasa tersebut. Bekerja separuh masa, beliau mengambil masa selama 4 tahun untuk melakukan kajian tentang permainan tersebut.

Beliau tidak menghiraukan segala kritikan daripada orang ramai yang menganggap kajian beliau sebagai sesuatu yang pelik dan beliau menganggap ini adalah satu cabaran. Akhirnya, beliau telah berjaya memajukan permainan suku kata dalam versi Bahasa Melayu, Sahibba dan seterusnya menubuhkan syarikat ini.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Dianugerahkan oleh
1987 Product Excellence Award Kerajaan Malaysia
1997 G-Mark Award Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
1998 Design Excellence Special Award Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
1999 Industry Award for Innovation Kerajaan Selangor
G-Mark Award Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
2000 Design Excellence Special Award Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Pautan luar[sunting | sunting sumber]