Mont Saint-Michel
Le Mont Saint-Michel | |
---|---|
![]() Pemandangan Mont Saint-Michel dikelilingi air pada waktu petang | |
Koordinat: 48°38′10″N 1°30′41″W / 48.636°N 1.5114°WKoordinat: 48°38′10″N 1°30′41″W / 48.636°N 1.5114°W | |
Negara | Perancis |
Kawasan | Normandy |
Jabatan | Manche |
Kanton | Pontorson]] |
Interkomunaliti | Communauté de communes de Pontorson - Le Mont-Saint-Michel |
Kerajaan | |
• Datuk Bandar (2020–2026) | Jacques Bono |
Luas 1 | 0.97 km2 (0.37 batu persegi) |
Penduduk (2017)2 | 30 orang |
Zon waktu | UTC+1 (CET) |
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) |
INSEE/Poskod | 50353 /50116 |
Ketinggian | 5–80 m (16–262 ka) |
1Data Daftar Tanah Perancis, yang tidak termasuk tasik, kolam, glasier > 1 km² (0.386 m² atau 247 ekar) dan muara sungai. 2 Penduduk tanpa pengiraan dua kali: penghuni berbilang komun (misalnya, para pelajar dan kakitangan tentera) dikira sekali sahaja. |
![]() | |
![]() | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Le Mont-Saint-Michel |
Nama rasmi | Le Mont-Saint-Michel ![]() |
Kriteria | Cultural: i, iii, vi |
Rujukan | 80 |
Inskripsi | 1979 (sesi ke-3) |
Keluasan | 6,560 ha |
Zon penampan | 57,510 ha |
Laman sesawang | https://www.mairie-lemontsaintmichel.fr ![]() |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Manche, arrondissement of Avranches, Perancis |
Koordinat | 48°38′09″N 1°30′37″W / 48.6358°N 1.5103°W |
![]() | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Mont Saint-Michel (disebut [lə mɔ̃ sɛ̃ miʃɛl terdekat lĕ mong séng mi.syél]) ialah komun di jabatan Manche di barat-laut Perancis berdekatan muara sungai Couesnon, Avranches, Normandy di Perancis. Kawasan terdiri daripada sebuah bukit seluas 7 hektar (17 ekar) yang dikelilingi tanah rendah di mana ia senang digenangi air pasang lalu terbentuk menjadi seakan sebuah pulau. "Pulau" ini menempatkan suatu keabbasan yang menjadi titik tumpuan banyak penziarah Kristian serata benua Eropah.[2]
Petempatan pada "pulau" ini diduduki seramai 30 orang setakat tahun 2017.[1] Ia dan teluk berdekatan ia tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO.[3]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Pulau ini pada asalnya diberi nama Mont Tombe.
Pembinaan suatu di pulau ini menurut suatu cerita diabadikan dalam Revelatio ecclesiae sancti michaelis bertarikh 708 di mana diceritakan bahawa malaikat Mikail (nama dalam Perancis: Michel ) kononnya menampakkan diri kepada Santo Aubert, uskup pemerintah Avranches, dan mengarahkan membangun sebuah gereja dan biara di pulau tersebut. Dikatakan Aubert beberapa kali mengabaikan arahan ini sampailah malaikat tersebut menebuk lubang di tengkorak Aubert dengan sebatang jarinya.[4][5] Kompleks biara yang siap dibina ini ditahbiskan pada 12 Oktober 709.[5]
Pulau ini menyaksikan suatu pertempuran merebut kekuasaan terhadap antara askar-askar pimpinan William Longsword menentang Duci Bretagne pada tahun 933.

Pada 1067, para penduduk biara ini menyatakan sokongan kepada William dari Normandy yang menuntut takhta raja Inggeris. Oleh yang demikian, biara ini turut diberikan tanah termasuk sebuah pulau kecil di Penzance, barat Cornwall, England selepas kemenangan baginda di mana senibina biara ini meniru gaya Mount Saint-Michel dan dinamakan Gunung St Michael.
Selama Perang Seratus Tahun, pasukan Inggeris berulang kali melakukan penyerangan terhadap pulau ini tetapi tidak dapat merebutnya kerana pertahanannya yang kuat. Les Michelettes, dua meriam besi yang ditinggalkan orang Inggeris dalam penyerangan gagal mereka pada 1423-24 masih terjaga dekat tembok pertahanan luar.
-
Abad ke-10
-
Abad ke-11 sampai 12
-
Abad ke-17 sampai 18
-
Abad ke-20
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Téléchargement du fichier d'ensemble des populations légales en 2017, INSEE
- ^ "The ways of holy Michel mount". Les Chemins du Mont-Saint-Michel. Dicapai pada 27 Jun 2020.
- ^ "Mont-Saint-Michel and its Bay". World Heritage Convention. UNESCO. 13 Disember 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2011. Dicapai pada 31 Mei 2011.
- ^ Huddleston, Gilbert (1911). "Mont-St-Michel". The Catholic Encyclopedia. 10. New York: Robert Appleton Company. Dicapai pada 17 Ogos 2014.
- ^ a b "The archangel and the origins of the Abbey". Centre des monuments nationaux (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Mei 2021.