Muaz Zabir
Muaz Zabir | |
|---|---|
معاذ زبير | |
| Kelahiran | Muaz bin Mohamad Zabir 29 November 1997 |
| Warganegara | Malaysia |
| Pekerjaan | Pelakon, model, jurulatih kecergasan, pengacara |
| Tahun aktif | 2022–kini |
Karya | Filemografi |
Muaz Mohamad Zabir (lahir 29 November 1997) ialah seorang pelakon, model, jurulatih kecergasan dan pengacara lelaki Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai jurulatih kecergasan, beliau mendapat kejayaan komersial dengan menjadi salah seorang peserta rancangan Fit for Action di TV3 dan merangkul gelaran juara bagi kategori lelaki.[1][2]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Muaz Zabir memulakan kerjaya sebagai jurulatih kecergasan selepas tamat pengajian. Beliau didekati oleh seorang klien yang meminta beliau menghadiri ujibakat lakonan di sebuah stesen televisyen. Muaz pernah menjadi pelakon tambahan, namun tidak diberikan skrip.[3]
Beliau menyertai rancangan realiti TV3 Fit for Action bersama 11 peserta lain. Sewaktu menyertai Fit for Action, beliau berada di bawah kedudukan peserta sebanyak 2 kali sebelum tersingkir. Akan tetapi, beliau diberi peluang kedua melalui imuniti dan diserap semula ke pertandingan ini. Beliau dinobatkan sebagai juara bagi kategori lelaki, manakala Raden Zaharatul menjadi juara bagi kategori wanita.[3][4][5]
Selepas tamat rancangan itu, beliau berlakon dalam beberapa drama TV termasuk Tentang Hati Dia dan Bukan Hanya Sekadar Cinta yang kedua-duanya disiarkan di TV3. Beliau juga menjadi pengacara rancangan Mbuzz.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau berasal dari Linggi, Negeri Sembilan. Beliau ialah graduan bidang pemasaran di Kolej Profesional MARA, Seri Iskandar, Perak.[3]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2025 | Anugerah Melodi Terhangat 2025 | Selebriti Newcomer Terhangat | Tercalon |
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Aktor Pembantu TV Popular | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Norhayati Nordin (4 November 2022). "Muaz Zabir tak ada bakat, tapi kacak..." Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2023.
- ^ Halimey Zamal (23 November 2022). "Bakat & Rupa Harus Selari, Pelakon Baharu Muaz Zabir Masih Mencari Tapak Dalam Industri". XTRA. Dicapai pada 13 Januari 2023.
- ^ a b c Muhammad Hasif Idris (20 November 2022). "Rezeki terpijak Muaz Zabir". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Januari 2023.
- ^ Amirul Asraf (9 Oktober 2022). "Muaz Zabir & Raden Rangkul Gelaran Juara Fit For Action". Oh Bulan!. Dicapai pada 6 Januari 2023.
- ^ Norhayati Nordin (3 Januari 2023). "Ruang seni Muaz, Raden". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2023.