Pergi ke kandungan

Raden Zaharatul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raden Zaharatul
Kelahiran
Raden Zaharatul Maisarah binti Afzzal Reehan

(1999-04-09) 9 April 1999 (umur 26)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2018–kini

Raden Zaharatul Maisarah Afzzal Reehan (lahir 9 April 1999) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pelakon tambahan, beliau mendapat kejayaan komersial dengan menjadi salah seorang peserta rancangan Fit for Action di TV3 dan merangkul gelaran juara bagi kategori wanita.[1][2]

Raden Zaharatul memulakan kerjaya lakonan dengan melakonkan watak tambahan dalam filem Busker (2018) arahan Syed Khairul Fariz lakonan Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Anas Ridzuan dan Lia Natalia.[3] Namun beliau meninggalkan kerjaya lakonan untuk seketika kerana mahu memberi tumpuan kepada pelajarannya.

Beliau menyertai rancangan realiti TV3 Fit for Action bersama 11 peserta lain. Beliau dinobatkan sebagai juara bagi kategori wanita, manakala Muaz Zabir menjadi juara bagi kategori lelaki.[4][5]

Selepas tamat rancangan itu, Raden kembali bergiat aktif dalam bidang lakonan dan membintangi beberapa drama TV termasuk Mencari Kiblat Cinta, Inspektor Babyface dan Hawt Fellas.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Pengarah Terbitan Catatan
2018 Busker Dirinya sendiri Syed Fariz Tayangan Unggul Sdn Bhd Filem pertama
2025 Harimau Merah: Konflik Bermula Nabila Silver Chung Multimedia Entertainment Sdn Bhd
Tahun Tajuk Watak Pengarah Terbitan Saluran TV Catatan
2018 Mencari Qiblat Rashid Sibir Rashbir Media Sdn Bhd TV3 Drama pertama
Rahasia Kasih Jamal Khan Suhan Movies & Trading ntv7
2018–2019 Ghaib Ng Ken Kin Orangetree Production Sdn Bhd Tonton
Aku Cinta Dia Bahri Uma Saphire Screen Sdn Bhd TV3
2021 Mencari Kiblat Cinta Liyana Jo Yusof NS Star Sdn Bhd TV Okey
Single Terlalu Lama Syida Ungku Ismail Aziz Radius One Sdn Bhd TV3
Hello, Jangan Tapau Cintaku Idora Abdul Rahman Mache All Star United Sdn Bhd
2022–2023 Kerana Cinta Itu Ada Dayyan Azri Izhar Global Station Sdn Bhd
2023 Pemburu Rahsia Bella Feroz Kader Zeel Production Sdn Bhd
Inspektor Babyface Pika Liza Yusof Knack Knack Studios Sdn Bhd TV2
2024 Hawt Fellas Flora Eoon Shuhaini Country & Universal Sdn Bhd TV3
Helo, Saya Anak Uncle! Mira Idora Abdul Rahman Creative Skill Solution Sdn Bhd
Mentua Sherina Zamri Zakaria Orangetree Production Sdn Bhd
Hai Cinta, Dengarkanlah Nazilla Eoon Shuhaini A10 Alliance Sdn Bhd
2025 Game Over Romeo Tiya Zul Huzaimy Marzuki A. Aida Productions Sdn Bhd Salam HD
Nikmat Hanya Sesaat Rita Izuan Mokhtar Art Ornament SDN BHD TV3
Oh! Seragam Cinta Cassandra Azhar Khalid (Apache) Million Pictures Sdn Bhd TV Okey
Boleh Saya Bantu? 2 Saleha Shuhaimi Lua Tanah Beris Film Production Sdn Bhd TV3 Pelakon jemputan; Episod 10
Perempuan Tidak Ternikah Juliana Eoon Shuhaini Shas Media Sdn Bhd
TBA Cinta Kedua Bella Ammara Idora Abdul Rahman Creative Skill Solution Sdn Bhd

Drama web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Pengarah Terbitan Aplikasi Catatan
2024 Kuih Muah Ruhana Joon Goh Cult Film Sdn Bhd Tonton Drama web pertama

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Pengarah Terbitan Saluran TV Catatan
2024 Hentian Gerik Hana Aziz M. Osman Arie Zaharie Production Sdn Bhd Astro Warna Telefilem pertama

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2022 Fit for Action TV3 Peserta; juara
  1. ^ Norhayati Nordin (4 November 2022). "'Seksi saya masih ada 'limit' - Raden Zaharatul". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  2. ^ Norhayati Nordin (23 November 2022). "Raden cuba elak kontroversi, gosip". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  3. ^ Hasif Idris (13 November 2022). "Raden kagumi Bront Palarae". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Januari 2023.
  4. ^ Amirul Asraf (9 Oktober 2022). "Muaz Zabir & Raden Rangkul Gelaran Juara Fit For Action". Oh Bulan!. Dicapai pada 6 Januari 2023.
  5. ^ Norhayati Nordin (3 Januari 2023). "Ruang seni Muaz, Raden". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]