Mulberi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kertau
Mulberi
Bebesaran
Mulberry larger.jpg
Mulberi ranum di pokoknya
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Morus

Species

Lihat teks (jika ada).

Buah Mulberi di Libya.
Kepelbagaian buah Mulberi yang sudah masak ranum.
Mulberi panjang
Kuntum bunga pokok Mulberi yang masih kuncup.
Bunga betina dengan kepelbagaian variasi.
Bunga Mulberi Hitam yang menunjukkan tanda-tanda keaktifan dengan reseptornya.

Kertau, bebesaran atau mulberi (Latin: Morus) adalah termasuk genus tumbuhan dari keluarga Moraceae dalam genus Ianya terdiri dari 10–16 spesies pohon Mulberi yang asli berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. Namun kebanyakan dari spesies asli Mulberi berasal dari benua Asia.

Pokok-pokok ini terkenal akan penggunaan dedaunannya yang digunakan sebagai makanan ulat sutera. Selain itu, andalas (Morus macroura), salah satu spesies Mulberi, batangnya sering digunakan untuk dibuat parket lantai rumah atau marbel kerana kuat dan keras.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Nama "kertau" merupakan nama setempat paling umum untuk genus Morus namun boleh merujuk kepada spesies-spesies berbeza sama ada dari jenis Morus indica, Morus macroura mahupun Morus alba.[2] Malah, ia sewarisan dengan nama kartan (di Kalimantan Utara,[3] kerto di Gayo serta kitau di Lampung.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Bidang ilmu taksonomi Morus sebenarnya sangat kompleks dan sukar untuk dirungkai. Sebenarnya terdapat hanya 150 spesies jenis keluarga Morus Mulberi sahaja didalam dunia ini yang telah dinamai. Namun kebanyakan daripada spesies yang tersenarai masih diperdebatkan sehingga ke hari ini.

Berikut adalah spesies-spesies Morus Mulberi yang diterima umum setakat ini:

Berikut adalah genus Morus Mulberi yang hidup disemua wilayah timur dan selatan Asia, dengan tambahan perakuan satu atau lebih kajian taksonomi; sinonimi, negara-negara yang membuat pengakuan dan kajian tersenarai dalam kotak braket:

  • Morus atropurpurea
  • Morus bombycis [M. australis]
  • Morus cathayana
  • Morus indica [M. alba]
  • Morus japonica [M. alba]
  • Morus kagayamae [M. australis]
  • Morus laevigata [M. alba var. laevigata; M. macroura]
  • Morus latifolia [M. alba]
  • Morus liboensis
  • Morus macroura [M. alba var. laevigata]
  • Morus mongolica [M. alba var. mongolica]
  • Morus multicaulis [M. alba]
  • Morus notabilis
  • Morus rotundiloba
  • Morus serrata [M. alba var. serrata], Mulberi Himalaya
  • Morus tillaefolia
  • Morus trilobata [M. australis var. trilobata]
  • Morus wittiorum

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok-pokok genus Morus cepat tumbuh ketika muda sehingga mencapai setinggi 24 meter (80 ka).[4][5] walaupun ditanam terus anak benih, namun pertumbuhan ini lama-kelamaan biasanya akan mula menjadi lambat. Dedaunnya tumbuh bersusun berurat jejala, bercuping dan bergerigi di sisi.[4][5]

Buah pokok kertau atau mulberi ini menggugus majmuk memanjang antara 2–3 cm (341 14 in).[4][5] Ia mula muncul berwarna putih, hijau atau kekuningan[5] di mana ia memerah semasa masak sehingga ranum berwarna ungu gelap atau hitam; buah masak ini mempunyai rasa enak manis.[4][5]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Daun[sunting | sunting sumber]

Daun-daun kertau putih merupakan bahan makanan yang diberikan kepada ulat sutera untuk membesar dan menghasilkan kepomopong berbenang sutera.[6][7]

Buah[sunting | sunting sumber]

Buah-buah kertau digunakan dalam pelbagai ramuan pencuci mulut.[4][5] Malah, buah pokok-pokok tersebut mengandungi antosianin[8] yang memberikan sifat warna cantik; maka buah-buah ini boleh dimanfaatkan sebagai bahan menghasilkan pewarna makanan yang efektif dalam industri makanan.[4][8][9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Morus L". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 2009-01-16. Dicapai pada 2009-03-11.
  2. ^ Berdasarkan perbandingan takrifan sumber di bawah:
    • kertau. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • kertau. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  3. ^ "Morus macroura". Tree Functional Attributes and Ecological Database.
  4. ^ a b c d e f "Morus nigra (black mulberry)". CABI. 20 November 2019. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  5. ^ a b c d e f "Mulberry". California Rare Fruit Growers. 1997. Dicapai pada 8 March 2020.
  6. ^ Ombrello, T. "The mulberry tree and its silkworm connection". Plant of the Week. Cranford, NJ: Union County College. Diarkib daripada yang asal pada 19 Oktober 2012. Dicapai pada 20 Oktober 2012.
  7. ^ "Mulberry silk". Central Silk Board, Ministry of Textiles - Govt of India. Dicapai pada 20 Oktober 2012.
  8. ^ a b James A. Duke (1983). "Morus alba L., Moraceae: White mulberry, Russian mulberry, Silkworm mulberry, Moral blanco". Handbook of Energy Crops. Diarkib daripada yang asal pada 28 Oktober 2012. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan efsa2010 tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]