Musalmah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Musalmah
Kelahiran (1925-07-25) 25 Julai 1925 (umur 94)
KediamanSingapura
WarganegaraSingapura
Pekerjaanpelakon, penyanyi
PasanganA. Razak
Kamsani
Anak5

Musalmah merupakan seorang pelakon filem melayu hitam-putih, yang sering muncul bersama P. Ramlee.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Musalmah pernah memegang watak seorang wanita penggoda yang ingin berusaha berkahwin dengan P. Ramlee, sungguhpun dia tahu bahawa P. Ramlee telah pun beristeri (seniwati Rokiah Jaafar) dan mempunyai anak dalam filem Antara Senyum dan Tangis (1952). Dalam filem ini P. Ramlee menyanyi lagu Merayu Asmara bersama Musalmah yang menggunakan suara Lena. Lagu ini dirakam dalam rekod DPE 8078 menggunakan suara P. Ramlee dan Momo Latif.

Selain itu Musalmah terus diberi peranan bersama P. Ramlee dalam filem Miskin yang turut memaparkan Jamil Sulong, Omar Rojik, Saamah dan Salleh Kamil. Musalmah sekali lagi diberi peluang membawa watak bersama P. Ramlee dalam filem Patah Hati, keluaran Ogos 1952 yang diarahkan oleh K.M. Basker. Dalam filem ini, Musalmah turut berlakon bersama Neng Yatimah, Hashim Nor, Ulong Jawa, Marliah, Ahmad Chetty, Fatimah, Saidi, dan R. Samiadji Widjaya.

Selain berlakon bersama P. Ramlee, Musalmah turut memegang peranan utama dalam beberapa buah filem seperti filem Gelora Hidup yang diterbitkan pada tahun 1954. Juga memegang peranan utama dalam Merana, Raja Sehari, Hati Iblis, Pawang, Semerah Padi, Shorga Dunia dan Rimba.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Seniwati Musalmah dilahirkan pada 25 Julai 1925 dan telah mendirikan rumah tangga bersama A. Razak, seorang penulis filem. Bersama A. Razak, dia mempunyai lima orang anak, dua lelaki dan tiga perempuan.

Tetapi rumah tangga mereka hanya kekal setakat 10 tahun sahaja. Musalmah berkahwin pula dengan seorang penyanyi, Kamsani. Sementara bekas suaminya A. Razak berkahwin pula dengan Maria Menado.[1]

Dua daripada anak Musalmah bersuamikan lelaki Inggeris dan menetap di Australia. Musalmah menetap di No. 271, Tembeling Road, Singapura. Suaminya Kamsani meninggal dunia pada bulan Ogos 1994 ketika berusia 69 tahun kerana sakit jantung dan dikebumikan di Pusara Aman.

Selain berlakon Musalmah dikenali sebagai seorang ahli perniagaan. Dia memiliki sebuah kedai solek dan dandanan.

Musalmah pernah menganjurkan satu pertunjukan gusti wanita yang diadakan di Stadium Happy World, Singapura yang dimodalinya sendiri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]