Salleh Kamil
Salleh Kamil | |
---|---|
![]() Salleh pada tahun 1960an. | |
Kelahiran | Salleh bin Abdullah 24 April 1924 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 4 Julai 1998 Yishun, Singapura | (umur 74)
Sebab kematian | Sakit tua |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1951–1968 |
Pasangan | Zahrah Pagi Jumini Simin |
Anak | 18 |
Saudara | 40 cucu dan tujuh cicit |
Haji Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Salleh Kamil (24 April 1924–4 Julai 1998) ialah seorang pelakon Singapura. Beliau mendapat pendidikan di Madrasatul Muqtabian sebelum mula bekerja di Studio Jalan Ampas di Singapura sebagai pemandu, Salleh diangkat sebagai pelakon menerusi filem pertamanya, Patah Seribu.[1][2][3][4]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Watak berdialog pertamanya ialah melalui filem Miskin arahan K. M. Basker pada 1952 sebagai pelawak, diikuti filem Sedarah (S. Ramanathan) memegang peranan jahat.[5]
Minatnya berputik selepas berkenalan dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Watak pertamanya hanyalah sebagai seorang penari.[5] Ketika itu, Salleh muncul dalam filem Penghidupan arahan L. Krishnan. Beliau juga pernah melakonkan watak baik dalam filem Lela Manja serta watak lawak dalam filem Tiga Abdul yang membawa watak Kassim Patalon, seorang peguam batu api yang berkomplot dengan Sadiq Segaraga (lakonan Allahyarham Ahmad Nesfu).[5]
Selain berlakon, Salleh turut menjadi tenaga pengajar babak pergaduhan kepada beberapa pelakon termasuk Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud.[5]
Pada 1968, Salleh muncul dalam filem Raja Bersiong arahan Jamil Sulong.[5] Walaupun MFP ditutup tahun itu, beliau terus menetap di Boon Teck Road sehingga 1973.[5]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Beliau berkahwin sebanyak dua kali dengan isteri pertama Zahrah Pagi, dan isteri kedua Jumini Simin. Mempunyai 18 orang anak, 40 cucu dan tujuh cicit.[5]
Kematian[sunting | sunting sumber]
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 4 Julai 1998 pada usia 74 tahun akibat sakit tua,[6][7][8] selain itu Allahyarham juga menderitai angin ahmar selama sembilan tahun.[9] Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang.[10][11]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1951 | Penghidupan | Filem pertama | |
1952 | Tas Tangan Wanita | ||
Sedarah | |||
Anjoran Nasib | Kamal | ||
Miskin | |||
1953 | Istana Impian | ||
Putus Harapan | Ismail | ||
Ibu | |||
Siapa Salah? | Salleh | ||
1954 | Panggilan Pulau | Shukur | |
1955 | Roh Membela | Bakar | |
Penarek Becha | Ghazali | ||
1956 | Semerah Padi | Borek | |
1957 | Kembali Seorang | ||
Sarjan Hassan | Buang | ||
1958 | Matahari | Hitam | |
Sumpah Orang Minyak | Buyong | ||
Masyarakat Pinchang | |||
Taufan | Hamid | ||
1959 | Batu Belah Batu Bertangkup | Datuk Hitam Pahlawan | |
Raja Laksamana Bentan | Nakhoda Haridjah | ||
Puteri Gunong Banang | Toba | ||
1960 | Lela Manja | Sang Naka | |
Pertarongan | Datuk Berang | ||
Isi Neraka | Wira | ||
1961 | Si Tanggang | Linggi | |
Mas Merah | Datok Panglima | Penampilan khas | |
1963 | Darah Muda | ||
1964 | Tiga Abdul | Tuan Penasihat Kassim Patalan | |
1965 | Dayang Senandong | Raja Shamsir | |
Pusaka Pontianak | Hambali | ||
1966 | Sri Andalas | Orang Kaya Tedung | |
Gerak Kilat | Komander Jeeman | ||
1967 | Jebak Maut | ||
1968 | Ibulah Syurga | ||
Raja Bersiong | Perompak Sang Tuai | Filem terakhir |
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
- Pelakon Pembantu Terbaik dalam Penarek Becha (1955) dengan mendapat gelaran The Leading Crook Actor.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Nota kaki
- ^ Sisi antagonis beri impak buat industri.
- ^ Akmaliah Razak (4 September 2013). Lakonan Salleh sukar ditandingi. Sinar Harian. Diperoleh pada 5 September 2013.
- ^ "Salleh Kamel kesal lakonkan watak menidakkan Tuhan", Berita Harian, 8 April 1993.
- ^ Azura M.N. "Crook filem Melayu kecundang", Bacaria, 25 Mei 1991.
- ^ a b c d e f g Mimbarkata, Sang Antagonis 2014.
- ^ Zurina Waji. "Salleh Kamil meninggal dunia", Utusan Malaysia, 5 Julai 1998.
- ^ "Pelakon veteran Salleh Kamil meninggal", Berita Harian, 5 Julai 1998.
- ^ "Veteran actor Salleh Kamil dies", New Straits Times, July 5, 1998.
- ^ "Salleh Kamil semakin uzur akibat angin ahmar", Utusan Malaysia, 30 Jun 1998.
- ^ "Jenazah Salleh Kamil selamat dikebumikan", Harian Metro, 6 Julai 1998.
- ^ "Salleh Kamil’s remains laid to rest", New Straits Times, July 6, 1998.
- Bibliografi
- "Mengenang Salleh Kamil, Sang Antagonis". Mimbarkata. 2 Oktober 2014. Dicapai pada 2 Oktober 2014.