Mylan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Mylan N.V.
Nama dahulu
Milan
Awam (di bawah undang-undang Belanda)
ISINNL0011031208
IndustriFarmasi
Ditubuhkan1961; 61 tahun yang lalu (1961) di White Sulphur Springs, Virginia Barat, Amerika Syarikat
PengasasMilan Puskar
Don Panoz
Ibu pejabatCanonsburg, Pennsylvania, Amerika Syarikat
Tempat diberi khidmat
Seluruh dunia
Tokoh penting
Heather Bresch, CEO
KeluaranFarmasi generik dan khusus, serta bahan farmasi aktif
Hasil AS$11.434 bilion (2018)[1]
AS$906 juta (2018)[1]
AS$353 juta (2018)[1]
Jumlah aset AS$32.735 bilion (2018)[1]
Jumlah ekuiti AS$12.167 bilion (2018)[1]
Bilangan kakitangan
~35.000 (Disember 2018)[1]
Meda
Famy Care
Laman web rasmi
mylan.com

Mylan N.V. ialah pengeluar farmasi generik dan khusus yang berpangkalan di Belanda, dengan pejabat eksekutifnya berada di Hatfield, Hertfordshire, United Kingdom[2] dan sebuah "Pusat Global" di Canonsburg, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Pada tahun 2007, Mylan memperoleh majoriti saham Matrix Laboratories Limited daei India, pengeluar bahan farmasi aktif terkemuka untuk ubat generik,[3] dan perniagaan generik Merck KGaA dari Jerman.[4] Melalui pengambilalihan tersebut, Mylan berkembang dari pengeluar generik dan farmasi terbesar ketiga di Amerika Syarikat menjadi pengeluar generik dan farmasi terbesar kedua di dunia.[5]

Mylan tersenarai secara rasmi di pasaran OTC pada Februari 1973.[6] Sahamnya diperdagangkan di NASDAQ,[7] dan sahamnya merupakan komponen dari Indeks Bioteknologi NASDAQ[8] serta indeks S&P 500.[9]

Syarikat ini membangunkan dan menghasilkan ubat untuk pelbagai disiplin perubatan, termasuk onkologi, anafilaksis, antiretroviral, kardiovaskular, pernafasan, dermatologi, imunologi, anestesi dan pengurusan penyakit, penyakit jangkitan, gastroenterologi, diabetologi/endokrinologi, dan penjagaan kesihatan wanita.[10]

Pada tahun 2016, harga Mylan untuk produk EpiPen, sebuah autosuntik epinefrin, menjadi kontroversi dan secara meluas disebut sebagai "kenaikan harga". Akibatnya, penyelidikan dilancarkan untuk mengetahui adakah Mylan tersilap mengklasifikasikan EpiPen di bawah Program Rebat Ubat Medicaid, bentuk penipuan farmasi yang biasa. Pada Oktober 2016, Mylan berdamai dengan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, bersetuju untuk membayar $465 juta dan menandatangani perjanjian integriti syarikat mengenai program rebat. Dalam laporan yang diterbitkan pada 12 Jun 2017, Institutional Shareholder Services mengkritik Mylan kerana "pampasan berlebihan" kepada para pengarahnya. Bekas CEO Mylan, Robert Coury menerima pakej gaji $98 juta pada 2016, walaupun nilai saham Mylan telah menurun dan terdapat kontroversi mengenai EpiPen. Laporan ini juga mendorong para pemegang saham Mylan untuk memberhentikan semua pengarah Mylan pada masa kini.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Mylan N.V. 2018 Annual Report (Form 10-K)". last10k.com. U.S. Securities and Exchange Commission. February 2019.
  2. ^ Mylan NV 10-K for the Fiscal Year Ended December 31, 2015
  3. ^ "Mylan buys part of drug maker". Pittsburgh Business Times. December 30, 2013.
  4. ^ "Mylan Laboratories To Acquire Generics Business Of Merck KGaA For 4.9 Billion Euros". Medical News Today. May 26, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-24. Dicapai pada 2021-04-20.
  5. ^ "Pharmaceutical giants tracking Mylan's prosperity". The Pittsburgh Tribune-Review. Ogos 13, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada September 8, 2008.
  6. ^ "History of Mylan Laboratories Inc. – FundingUniverse". www.fundinguniverse.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-11.
  7. ^ "Mylan N.V." MarketWatch. Dicapai pada 2018-06-11.
  8. ^ "iShares Nasdaq Biotechnology Index Fund (IBB)". NASDAQ.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-11.
  9. ^ "Market Realist". marketrealist.com. Dicapai pada 2018-06-11.
  10. ^ "Therapeutic Innovation". www.mylan.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-08.
  11. ^ Egan, Matt. "EpiPen maker faces revolt over exec's $98 million pay package". CNN Money.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]