Naratif Ogonshoto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Naratif Ogonshoto ialah sebuah karya novel yang menghimpunkan 12 buah cerpen tulisan Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan yang mengisahkan sebuah negara kepulauan yang menjadi mangsa salah laku ekonomi dan politik. Cetakan pertama Naratif Ogonshoto diterbitkan oleh Matahari Books pada tahun 2001[1], manakala cetakan kedua pula giliran pada tahun 2006.[2]

Kulit buku edisi bahasa Rusia. Pereka bentuk Shady Eshgi

Am[sunting | sunting sumber]

Menurut Dr. Anwar, beliau mendapat ilham untuk mengarang Naratif Ogonshoto dari krisis kewangan dan kemelut politik Dato Seri Anwar Ibrahim yang melanda Malaysia pada tahun 1998[3], maka terhasilnya "naratif politik" yang bukan sahaja menyentuh perkembangan politik di negara ini, bahkan juga di mana-mana negara yang mengalami kemelut politik dan ekonomi. Beliau mengarang kebanyakan isi kandungan buku ini ketika menjadi Professor Pelawat di Universiti Bahasa Asing di Tokyo[4], selebihnya di Kuala Lumpur.[5] Nama Ogonshoto, ihsan seorang kenalan Dr. Anwar di Jepun, dipetik dari bahasa Jepun iaitu ōgon shotō (黄金諸島) yang bermaksud "kepulauan emas."[6]

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

Naratif Ogonshoto diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan tajuk Tales of Ogonshoto pada tahun 2004[7], dan juga ke bahasa Rusia oleh Victor Pogadaev dengan tajuk Bili i nebili ostrovov Ogonsoto (Были и небыли островов Огонсото) pada tahun 2006[8].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anwar Ridhwan (2001). Naratif Ogonshoto. Matahari. ISBN 9834056702. Dicapai pada 25 Oktober 2009.
  2. ^ Anwar Ridhwan (2006). Naratif Ogonshoto. Arsalia. ISBN 9833768032. Dicapai pada 25 Oktober 2009.
  3. ^ Sia, Andrew (25 Oktober 2009). "Raising the literary bar". The Star. Dicapai pada 25 Oktober 2009.
  4. ^ "Naratif Ogonshoto". Dari Jiwa Rasa …. 7 Januari 2007. Dicapai pada 25 Oktober 2009.
  5. ^ "Sembang Buku: Naratif Ogonshoto". Bicara Pak Kebun. 11 Julai 2006. Dicapai pada 25 Oktober 2009.
  6. ^ "Rahsia di sebalik penulisan 'NO'". Berita Harian. 22 Februari 2005. Dicapai pada 25 Oktober 2009.[pautan mati kekal]
  7. ^ Tales of Ogonshoto. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004. ISBN 9836283951. Dicapai pada 25 Oktober 2009.
  8. ^ Victor A. Pogadaev. Naratif Ogonshoto: Sebagai Hasil Pencarian Intelektual Anwar Ridhwan - in: Sastera.Net, N3 , 2007