Neil Armstrong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Neil Armstrong
Gambar Neil Armstrong, Julai 1969, dalam sut angkasa lepas dengan topi keledar dipegang
Armstrong pada 1969
Neil Armstrong Signature.svg
Angkasawan NASA
Nama lainNeil Alden Armstrong
KewarganegaraanAmerika Syarikat
Lahir(1930-08-05)5 Ogos 1930
Wapakoneta, Ohio, A.S.
Meninggal25 Ogos 2012(2012-08-25) (umur 82)
Cincinnati, Ohio, A.S.
Pekerjaan lepasPenerbang tentera laut, juruterbang ujian
Masa di angkasa8 hari, 14 jam, 12 minit dan 30 saat
Pemilihan1958 Man In Space Soonest
1960 Dyna-Soar
1962 NASA Group 2
Jumlah EVA1
Jumlah masa EVA2 jam 31 minit
MisiGemini 8, Apollo 11
Lencana misiGe08Patch orig.png Apollo 11 insignia.png
AnugerahTemplat:Presidential Medal of Freedom Templat:CS Medal of Honor

Neil Alden Armstrong (5 Ogos 1930 – 25 Ogos 2012) adalah angkasawan Amerika Syarikat, dan orang pertama yang menjejakkan kaki di Bulan. Beliau juga seorang jurutera ruang angkasa, juruterbang tentera laut, juruterbang ujian dan pensyarah universiti. Mulanya bekerja dengan Tentera Laut Amerika Syarikat, beliau berkhidmat dalam Perang Korea. Selepas perang, beliau menjadi juruterbang ujian NACA.

Armstrong menyertai NASA pada 1962. Penerbangan pertamanya ialah misi Gemini 8 pada 1966, sebagai juruterbang perintah, menjadi antara orang awam A.S. pertama ke angkasa lepas. Penerbangan kedua dan terakhirnya ialah sebagai komander misi Apollo 11 yang mendarat di Bulan pada 20 Julai 1969. Dalam misi ini, Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat di Bulan dengan kenderaan udara kecil, yang telah dihantar ke Bulan dengan roket Saturn V dan menghabiskan masa 2½ jam menjelajah, manakala Michael Collins kekal di orbit dalam Modul Perintah. Jutaan orang menonton peristiwa ini melalui TV. Ucapannya yang terkenal ialah:

Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia, sebuah langkah besar bagi kemanusiaan.

Armstrong meninggal dunia di Cincinnati, Ohio, pada 25 Ogos 2012, pada usia 82 tahun akibat komplikasi arteri koronari tersekat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]