Angkasawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Angkasawan adalah seseorang yang dilatih untuk mengarah, memandu, berkhidmat sebagai krew penerbangan kapal angkasa lepas. Secara umumnya mereka adalah pengembara profesional pergi ke angkasa lepas. Ini termasuklah saintis, ahli politik, wartawan dan pelancong.

Angkasawan Piers J. Sellers semasa misi STS-112

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Sehingga 2003, para angkasawan ditaja dan mendapat latihan secara ekslusif daripada kerajaan, sama ada tentera, pegawai awam atau kaki tangan agensi angkasa lepas. Tetapi mulai 2004, menerusi biaya pihak swasta, SpaceShipOne 2004, angkasawan perdagangan telah diwujudkan. Dengan adanya kapal angkasa pelancongan, NASA dan Agensi Kapal Angkasa Rusia telah sama-sama bersetuju membentuk kerjasama lebih bermakna .

Kriteria tentang penerbangan angkasa lepas telah berubah. Fédécatu Aéronautique Internationale (FAI) memberi definisi sebagai mana-mana kapal angkasa yang melepasi 100 km dari bumi. Di Amerika Syarikat pula, pegawai profesional, tentera, para angkasawan perdagangan yang melepasi 80 km boleh dianugerah sayap angkasawan.

Pada 4 Oktober 2007, seramai 463 orang dari 34 negara , 415 lelaki dan 48 perempuan telah menjejakkan kaki di orbit bumi paling rendah atau lebih tinggi. Seramai 26 orang telah melepasi orbit bumi , pergi ke orbit lunar atau menjejakkan kaki ke permukaan bulan. Menurut garis panduan FAI, 466 dikira layak dan menepati definisi Amerika Syarikat.Pengembara angkasa lepas telah menggunakan 30,400 tenaga manusia, bersamaann 83 tahun di angkasa lepas.

Pada 2007, Sergei K. Krikalev menghabiskan masa 803 hari, 9 jam dan 39 minit atu 2.2 tahun berada di angkasa lepas. Sunita L. Williams merupakan wanita yang berada di angkasa lepas selama 195 hari.

Istilah[sunting | sunting sumber]

Barat[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, seseorang profesional yang mengembara ke angkasa lepas dipanggil astronaut. Bahasa Greek menyatakan ástron sebagai bintang dan nautes bermaksud kelasi. Orang yang pertama menggunakan istilah astronout ialah Neil R. Jones dalam cerita pendek 'The Death's Head Meteor' pada 1930.

NASA menggunakan istilah ini untuk para angkasawannya yang melepasi sempadan bumi (orbit).

Rusia[sunting | sunting sumber]

Rusia mengunakan istilah cosmonaut. Istilah ini berasal dari cosmos (alam semesta) dan nautes (kelasi). Kedua-dua istilah mempunyai makna yang sama tetapi digunakan kerana faktor politik.

Pada 14 Mac 1995, angkasawan Norman Thagard menjadi rakyat Amerika pertama menaiki kapal angkasa Russia dan digelar cosmonaut Amerika.

China[sunting | sunting sumber]

China menggunakan istilah "yǔhángyuán" (宇航员) or "hángtiānyuán" (航天员) untuk istilah angkasawan. Bagaimanapun, media Barat menggunakan istilah taikonaut untuk angkasawan China.

Republik Rakyat China pernah menghantar angkasawan ke angkasa lepas. Negara-negara lain tidak berminat atau tidak berupaya menyertai perlumbaan ke angkasa lepas ini.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Malaysia menggunakan istilah Angkasawan bagi mereka yang melepasi graviti. Angkasawan pertama Malaysia merupakan Sheikh Muszaphar Shukor yang dilancarkan dibawah Program Angkasawan Negara.

Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Manusia pertama mengembara ke angkasa lepas ialah Yuri Gagarin pada 12 April 1961 menaiki kapal angkasa Vostok 1. Wanita pertama ialah rakyat Russia bernama Valentina Tereshkova pada Jun 1963 menaiki Vostok 6.

Alan Shepard menjadi orang Amerika dan orang ketua ke angkasa lepas pada 5 Mei 1961. Wanita Amerika pertama ke angkasa lepas ialah Sally Ride yang menaiki kapal angkasa Chalenger misi STS-7 pada 18 Jun 1983.

Misi pertama pergi ke orbit bulan ialah Apollo 8 yang dipandu oleh William Anders . Beliau lahir di Hong Kong dan menjadi orang Asia pertama menjadi angkasawan pada 15 Oktober 2003. Yang Liwei menjadi rakyat China pertama menjadi angkasawan menerusi kapal angkasa Shenzhou 5.

Russia menerusi program Intercosmos telah membenarkan ramai rakyat dari negara-negara sosialis pergi ke angkasa lepas. Contohnya Vladimir Remek menjadi rakyat Czech pertama ke angkasa lepas menerusi roket Russia, Soyuz. Pada 23 Julai 1980 , Pham Tuan menjadi rakyat Vietnam pertama menjadi orang Asia Tenggara ke angkasa lepas menerusi Soyuz 37. Pada 1980 , rakyat Cuba bernama Arnaldo Tamayo Méndez menjadi orang keturunan Afrika pertama ke angkasa lepas. Kelahiran Afrika pertama ke angkasa lepas ialah Patrick Baudry.

Faktar menarik[sunting | sunting sumber]

Umur[sunting | sunting sumber]

Angkasawan termuda ialah rakyat Russia bernama Gherman Titov berumur 25 tahun menerusi kapal angkasa Vostok 2. Beliau juga orang pertama mendapat penyakit di angkasa. Angkasawan tertua ialah John Glenn yang ketika itu berumur 77 tahun , menaiki STS-95. Tinggal paling lama di angkasa lepas iaitu selama 438 hari ialah rakyat Russia, Valery Polykov.

Kapal angkasa yang pergi paling jauh ialah Apollo 13 , sejauh 401,056 km.

Bukan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Angkasawan bukan tajaan kerajaan pertama ialah Byron K. Lichtenberg seorang penyelidik dari Institut Teknologi Massachusett yang terbang menerusi STS-9 pada 1983. Pada Disember 1980 , Toyohiro Akiyama menjadi orang pertama membayar pengembaraan ke angkasa lepas . Beliau ialah wartawan dari Sistem Penyiaran Tokyo , melawat Mir dengan kos $12 juta USD. Beliau dipanggil 'angkasawan penyelidik'. Malangnya beliau menderita sakit sepanjang ke angkasa lepas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]