Buzz Aldrin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Buzz Aldrin
Buzz Aldrin di Bulan

Buzz Aldrin (lahir Edwin Eugene Aldrin, Jr.; 20 Januari 1930) adalah seorang jurutera dan angkasawan Amerika Syarikat. Bersama Neil Armstrong, dia menjadi manusia pertama mendarat di Bulan melalui misi Apollo 11. Beliau juga seorang kolonel dan Command Pilot bersara dalam Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF).

Pada 20 Julai 1969 mereka berdua mendarat dengan pesawat "Eagle" yang dipandu Aldrin di permukaan Bulan selama 1 hari dan selamat kembali ke Bumi. Beliau sendiri menjejak kali ke Bulan pada 03:15:16 (UTC) 21 Julai 1969. Sejak itu, antara 1969-1972 ada 6 misi mendarat di Bulan.[1]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Edwin Eugene Aldrin Jr. dilahirkan pada 20 Januari 1930 di Mountainside Hospital, Glen Ridge, New Jersey.[2][3]

Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik; gelaran "Buzz" yang diberikan kepadanya daripada kakak keduanya, Fay Ann, yang pelat memanggilnya "buzzer" (brother - "adik")[4][5] - beliau menjadikan nama itu sebagai nama rasminya dalam surat sumpah pada tahun 1988.[6]

Ayahnya mahukannya belajar di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat di Annapolis, Maryland, malah turut mendaftarkannya di sebuah sekolah persediaan bernama Severn School.[7] Buzz memasuki sekolah tersebut pada tahun 1946,[8] namun beliau mula mengalami mabuk laut sehingga mula bertukar minat. Beliau memujuk ayahnya agar beliau dipindahkan ke Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point, New York,[7] beliau berjaya juga ke West Point pada tahun berikutnya.[9]

Kerjaya tentera[sunting | sunting sumber]

Kerjaya sebagai angkasawan[sunting | sunting sumber]

Rancangan Gemini[sunting | sunting sumber]

Jim Lovell dan Aldrin dipilih sebagai komander dan penerbang untuk Gemini 10 pada asalnya sebagai pasukan simpanan. Walau bagaimanapun, anak kapal utama Gemini 9 iaitu Elliot See dan Charles Bassett terkorban dalam suatu kemalangan pesawat Northrop T-38 pada 28 Februari 1966 menyebabkan kedudukan mereka dipindahkan ke Gemini 9 lalu layak menjadi anak kapal utama Gemini 12.[10][11]

Rancangan Apollo[sunting | sunting sumber]

Lovell dan Aldrin ditugaskan ke suatu kru Apollo bersama Neil Armstrong di mana Armstrong dilantik sebagai komander, Lovell sebagai juruterbang modul perintah manakala Aldrin dijadika juruterbang modul lunar. Tugasan mereka sebagai kru simpanan Apollo 9 diumumkan secara rasminya pada 20n November 1967.[12] Pemindaan jadual dalam perekaan dan pembuatan modul lunar mereka menyebabkan Apollo 8 dan Apollo 9 bertukar kru mereka lalu pasukan Armstrong ditugaskan kepada Apollo 8. Armstrong kemudiannya dijangka mengendalikan kru Apollo 11 mengikut giliran kru.[13]

Apollo 11[sunting | sunting sumber]

Apollo 11 berlepas menggunakan sebuah roket Saturn V dari Launch Complex 39 di Pusat Angkasa Kennedy pada 16 Julai 1969 jam 13:32:00 UTC (jam 9:32:00 waktu tempatan),[14] dan memasuki orbit Bumi 12 minit kemudian. Pelancaran tersebut ditonton secara langsung di 33 buah negara seluruh dunia termasuk ditonton 25 juta orang di Amerika Syarikat sahaja.[15][16]

Buzz kembali berkhidmat di Angkatan Tentera Udara A.S setelah racangan tersebut berakhir.[17]

Pasca-Program Apollo[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Disember 2016, Buzz terlibat dalam suatu lawatan ke Stesen Kutub Selatan Amundsen–Scott di Antartika di mana beliau merupakan orang tertua yang melawat kawasan tersebut pada usia 86 tahun. Waalau bagaimanapun, beliau jauh sakit di sana sehingga terpaksa dipindahkan ke Stesen McMurdo dan kemudiannya ke Christchurch, New Zealand.[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pengembaraan Manusia Ke Bulan: 39 Tahun Berlalu Bernama
  2. ^ "To the Moon and beyond". The Record (Bergen County). 20 Julai 2009. Diarkibkan daripada asal pada 16 Mei 2011. Dicapai 20 Julai 2009. 
  3. ^ Hansen 2005, m/s. 348.
  4. ^ Chaikin 2007, m/s. 585.
  5. ^ Hansen 2005, m/s. 349.
  6. ^ Engineer, Cyrus (June 26, 2018). "How old is Buzz Aldrin, what's his net worth, what has he said about aliens and UFOs and when did he walk on the moon?". The Sun. Dicapai 4 November 2018. 
  7. ^ a b Hansen 2005, m/s. 351.
  8. ^ "Buzz Aldrin to Speak at Severn School". Severn School. Dicapai November 5, 2018. 
  9. ^ Redd, Nola Taylor (23 Jun 2012). "Buzz Aldrin & Apollo 11". Space.com. Dicapai 14 April 2018. 
  10. ^ Hacker & Grimwood 1974, m/s. 323–325.
  11. ^ Chaikin 2007, m/s. 51.
  12. ^ Brooks, Grimwood & Swenson 1979, m/s. 374.
  13. ^ Hansen 2005, m/s. 312–313.
  14. ^ Loff, Sarah (21 Disember 2017). "Apollo 11 Mission Overview". NASA. 
  15. ^ Bilstein 1980, m/s. 369–370.
  16. ^ Benson & Faherty 1978, m/s. 474.
  17. ^ Aldrin & Abraham 2009, m/s. 81–87.
  18. ^ McCann, Erin (1 Disember 2016). "Buzz Aldrin Is Evacuated From the South Pole After Falling Ill". The New York Times. Dicapai 1 Disember 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]