Neilia Hunter Biden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Neilia Hunter Biden
Kelahiran
Neilia Hunter

(1942-07-28)28 Julai 1942
Skaneateles, New York, A.S.
Meninggal dunia18 Disember 1972(1972-12-18) (umur 30)
Sebab kematianKemalangan
DikebumikanGreenville, Delaware, A.S.
Pusat pendidikanUniversiti Syracuse
PekerjaanGuru
Terkenal keranaIsteri pertama Joe Biden
PasanganJoe Biden (k. 1966)
Anak-anak

Neilia Hunter Biden (née Hunter; 28 Julai 1942 - 18 Disember 1972) ialah seorang guru Amerika Syarikatdan isteri pertama Presiden Amerika Syarikat ke-46, Joe Biden. Beliau meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan maut pada tahun 1972. Anak perempuannya, Naomi yang berusia satu tahun turut meninggal dunia. Manakala dua lagi anak lelakinya, Beau dan Hunter, cedera parah namun terselamat.

Perkahwinan dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Neilia Hunter bertemu Joe Biden di Nassau, Bahama, semasa mereka berdua sedang bercuti pada musim bunga.[1] Tidak lama kemudian, Biden berpindah ke Syracuse dan melanjutkan pengasian di sekolah undang-undang. Pasangan ini berkahwin pada 27 Ogos 1966.[2] Selepas perkahwinan, mereka berdua berpindah ke Wilmington, Delaware. Mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Joseph R. "Beau" Biden III (1969-2015), Robert Hunter Biden (lahir 1970) dan Naomi Christina "Amy" Biden (1971-1972).

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Disember 1972, beberapa minggu selepas suaminya memenangi pilihan raya Senat AS, Neilia dan anak perempuannya yang berusia satu tahun, Naomi terbunuh dalam kemalangan semasa keluar membeli-belah untuk sambutan Krismas di Hockessin, Delaware. Kereta Neilia dilanggar oleh sebuah trak treler ketika beliau hendak keluar dari persimpangan. Anak lelaki mereka, Beau dan Hunter selamat dari kemalangan itu dan dibawa ke hospital dalam keadaan yang baik. Beau mengalami patah kaki dan luka lain dan Hunter telah patah tulang tengkorak kecil dan mengalami kecederaan kepala yang lain. Doktor kemudian berkata kedua-dua mereka akan sembuh sepenuhnya. Joe Biden hendak mengundurkan diri untuk menjaga mereka tetapi Ketua Majoriti Senat, Mike Mansfield memujuknya untuk tidak melakukannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Osnos, Evan (July 28, 2014). "The Evolution of Joe Biden". The New Yorker. Dicapai pada July 28, 2020.
  2. ^ "Joe Biden Was Married To His First Wife, Neilia Hunter, For Only 6 Years". Women's Health. May 13, 2020. Dicapai pada July 28, 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]