Hunter Biden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hunter Biden
Biden pada tahun 2023
Naib Pengerusi Amtrak
Dalam jawatan
26 Julai 2006 – 29 Januari 2009
PresidenGeorge W. Bush
Barack Obama
Digantikan olehDonna McLean
Butiran peribadi
LahirRobert Hunter Biden
(1970-02-04) 4 Februari 1970 (umur 54)
Wilmington, Delaware, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganKathleen Buhle (k. 1993; c. 2017)
Melissa Cohen
(k. 2019)
Anak-anak5
Ibu bapaJoe Biden (bapa)
Neilia Hunter (ibu)
SaudaraBeau Biden
Ashley Biden
PendidikanUniversiti Georgetown (BA)
Universiti Yale (JD)
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Laut Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan2013–2014
Pangkat Peninjau
UnitTentera Laut Simpanan Amerika Syarikat

Robert Hunter Biden (lahir 4 Februari 1970) adalah seorang peguam Amerika Syarikat dan penasihat pelaburan yang merupakan anak kedua kepada presiden terkini, Joe Biden.

Beliau adalah rakan pengasas syarikat pelaburan dan penasihat Rosemont Seneca Partners. Biden berkhidmat di lembaga Burisma Holdings, salah satu pengeluar gas asli swasta terbesar di Ukraine pada 2014 dan berkhidmat sehingga tempoh jawatannya berakhir pada April 2019.

Sejak awal bulan 2019, Hunter Biden dan ayahnya menjadi subjek teori konspirasi yang sudah dirungkai. Teori ini dipelopor oleh presiden AS Donald Trump dan sekutunya mengenai urusan perniagaan Hunter Biden dan usaha anti-rasuah Joe Biden di Ukraine bagi pihak Amerika Syarikat ketika beliau masih Naib Presiden.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Biden dilahirkan pada 4 Februari 1970[2] di Wilmington, Delaware. Beliau adalah anak kedua Neilia Biden (sebelum kahwinn: Hunter). seorang cikgu, dan Joe Biden, yang berkhidmat di Senat Amerika Syarikat dari tahun 1973 hingga 2009 dan sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat dari tahun 2009 hingga 2017.[3] Ibu dan adik perempuan Hunter Biden, Naomi terbunuh dalam suatu kemalangan kenderaan pada 18 Disember 1972.[4][5] Biden dan abangnya Beau juga cedera parah.[3] Hunter dan Beau kemudian mendorong ayah mereka untuk berkahwin lagi[6] dan Jill Jacobs menjadi ibu tiri mereka pada 1977.[3] Kakak tiri Biden, Ashley dilahirkan pada tahun 1981.[7]

Seperti ayah dan abangnya, Biden belajar di Archmere Academy, sebuah sekolah menengah Katolik di Claymont, Delaware.[3] Beliau lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Seni dalam Sejarah dari Universiti Georgetown pada 1992.[3] Selama setahun setelah beliau menamatkan kuliah, Biden bertugas sebagai sukarelawan Jesuit di sebuah gereja di Portland, Oregon dan bertemu dengan Kathleen Buhle di mana mereka berdua berkahwin pada 1993.[3] Setelah menamatkan pelajaran di Pusat Undang-undang Universiti Georgetown selama satu tahun, beliau berpindah ke Sekolah Undang-undang Yale dan lulus pada 1996.[3]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Selepas tamat belajar di sekolah undang-undang, Biden menerima jawatan di syarikat pegangan bank MBNA America dan menjadi penyumbang utama kempen politik ayahnya.[3] Menjelang tahun 1998, Biden telah dinaikan pangkat ke kedudukan sebagai naib presiden eksekutif[3][8] dan kemudian meninggalkan syarikat itu untuk berkhidmat di Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat hingga tahun 2001, dengan fokus pada dasar e-dagang.[9] Biden menjadi seorang pelobi pada 2001, mengasaskan syarikat Oldaker, Biden & Belair.[10] Menurut Adam Entous dari The New Yorker, Biden dan ayahnya menjalin hubungan di mana "Joe tidak akan bertanya kepada Hunter mengenai kliennya yang melobi, dan Hunter tidak akan memberitahu ayahnya tentang mereka."[3] Pada 2006, Biden dan pakciknya James Biden cuba membeli Paradigm, sebuah kumpulan dana terhad, tetapi perjanjian itu tidak pernah berlaku.[3] Pada tahun yang sama, Hunter Biden dilantik untuk penggal lima tahun di lembaga pengarah Amtrak oleh Presiden George W. Bush.[11] Biden adalah naib ketua dewan dari Julai 2006 hingga 2009; beliau mengundurkan diri pada Februari 2009,[12][13] meninggalkan kedua-dua peranan itu sejurus selepas ayahnya menjadi naib presiden. Biden mengatakan semasa kempen naib presiden bapanya bahawa sudah tiba masanya aktiviti lobi beliau berakhir.[3]

Pelabur dan pelobi[sunting | sunting sumber]

Biden adalah seorang profesional dalam pelaburan modal dengan minat untuk membiayai syarikat teknologi peringkat awal. Pada September 2008, Biden melancarkan syarikat perundingan bernama Seneca Global Advisors yang menawarkan untuk membantu syarikat berkembang ke pasaran asing.[14] Biden, Devon Archer, dan Christopher Heinz mengasaskan firma pelaburan dan penasihat Rosemont Seneca Partners pada 2009.[10] Beliau juga mengasaskan syarikat modal teroka Eudora Global.[7] Dia memegang jawatan sebagai penasihat di firma guaman Boies Schiller Flexner LLP pada tahun 2014.[3] Biden adalah dewan pengarah World Food Program USA, sebuah badan amal 501(c)(3) yang berpusat di Washington, D.C. yang menyokong kerja Program Makanan Sedunia PBB dari tahun 2011 hingga 2017; beliau berkhidmat sebagai ketua lembaga dari tahun 2011 hingga 2015.[15]

Kerjaya tentera laut[sunting | sunting sumber]

Permohonan Biden untuk jawatan di Tentera Laut A.S. diluluskan pada Mei 2013.[16] Pada usia 43 tahun, Biden diterima sebagai sebahagian daripada program yang membolehkan sebilangan pemohon dengan kemahiran yang diinginkan dapat menerima komisen dan berkhidmat di jawatan kakitangan.[17] Biden menerima pengabaian berkaitan dengan umur dan pengabaian kerana kejadian yang berkaitan dengan ubat-ubatan masa lalu; beliau dilantik sebagai pegawai komisen langsung.[16] Joe Biden menjalankan sumpah pentauliahannya dalam upacara Rumah Putih.[3]

Pada bulan berikutnya, Biden didapati positif kokain semasa ujian urinalisis dan kemudian diberhentikan secara pentadbiran.[18][19]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Hunter (tengah) bersama keluarga di pengkebumian abangnya Beau

Biden mengahwini Kathleen Buhle pada 1993[3] dan mereka mempunyai tiga orang anak Naomi, Finnegan, dan Maisy.[7] Pasangan ini berpisah pada 2015 dan bercerai pada 2017.[20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pelbagai sumber:
  2. ^ Phelps, Jordyn; Saenz, Arlette (25 Ogos 2015). "Hunter Biden Denies Ashley Madison Account Is His" (dalam bahasa Inggeris). ABC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2019. Dicapai pada 6 Oktober 2019.
  3. ^ a b c d e f g h i j k l m n o Entous, Adam (1 Julai 2019). "Will Hunter Biden Jeopardize His Father's Campaign?". The New Yorker (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Julai 2019. Dicapai pada 6 Oktober 2019.
  4. ^ Connelly, Kevin (28 Ogos 2008). "Biden shows more bark than bite" (dalam bahasa Inggeris). London, England: BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Oktober 2014. Dicapai pada 7 Mei 2014.
  5. ^ Broder, John M. (28 Ogos 2008). "Biden Opens New Phase With Attack on McCain". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Oktober 2014. Dicapai pada 17 Mei 2020.
  6. ^ Seelye, Katharine Q. (24 Ogos 2008). "Jill Biden Heads Toward Life in the Spotlight". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2008. Dicapai pada 17 Mei 2020.
  7. ^ a b c Newman, Meredith; Jagtiani, Sarika; Sharp, Andrew (26 September 2019). "Hunter Biden: Who is former Vice President Joe Biden's son mentioned in Ukraine-Trump call?". USA Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2019. Dicapai pada 6 Oktober 2019.
  8. ^ Yglesias, Matthew (1 Oktober 2019). "Hunter Biden, the black sheep who might accidentally bring down Trump, explained". Vox (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Oktober 2019. Dicapai pada 24 Oktober 2019. There's no reason to think that Biden backed MBNA's position because his son worked there—senators normally line up with their home state's major employers' policy priorities—it's more like Hunter got the job due to his dad's overall cozy relationship with the company.
  9. ^ Peligri, Justin (18 Oktober 2014). "Who is Hunter Biden?" (dalam bahasa Inggeris). CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2019. Dicapai pada 6 Oktober 2019.
  10. ^ a b Schrekinger, Ben (2 Ogos 2019). "Biden Inc". Politico Magazine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2019. Dicapai pada 25 September 2019.
  11. ^ Glass, Andrew (7 Februari 2007). "A Younger Biden Goes the Extra Miles for Amtrak". Politico (dalam bahasa Inggeris). Washington, D.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2019. Dicapai pada 16 November 2019.
  12. ^ Seitz, Amanda (21 Oktober 2019). "Hunter Biden didn't make millions off Amtrak". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2019. Dicapai pada 16 November 2019.
  13. ^ "Amtrak Board Names Thomas Carper of Illinois as Chairman: Former Chairman Donna McLean Becomes Vice Chairman" (PDF). pennfedbmwe.org (dalam bahasa Inggeris). Washington, D.C.: National Railroad Passenger Corporation. 30 Januari 2009. m/s. 1. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 20 Disember 2019. Dicapai pada 15 November 2019.
  14. ^ Yu, Sun; Williams, Aime; Olearchyk, Roman (9 Oktober 2019). "Hunter Biden's web of interests". www.ft.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2020. Dicapai pada 29 Oktober 2020.
  15. ^ Funke, Daniel; Dc 20036. "Fact-checking claims about charities linked to Hunter Biden and the Trump children". PolitiFact (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  16. ^ a b Nelson, Colleen McCain; Barnes, Julian E. (16 Oktober 2014). "Biden's Son Hunter Discharged From Navy Reserve After Failing Cocaine Test". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2019. Dicapai pada 17 Mei 2020.
  17. ^ Ziezulewicz, Geoff (October 25, 2019). "The people Priebus beat out to become an ensign". Military Times (dalam bahasa Inggeris). Springfield, VA. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2019. Dicapai pada 29 Disember 2019.
  18. ^ Homan, Timothy R. (29 September 2020). "Biden hits Trump over military 'losers' remark, defends son". TheHill (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2020. Dicapai pada 30 September 2020.
  19. ^ "Trump and Biden's debate claims fact-checked". BBC News (dalam bahasa Inggeris). September 30, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2020. Dicapai pada 1 Oktober 2020.
  20. ^ Marsh, Julia (14 April 2017). "Hunter and Kathleen Biden finalize divorce". Page Six (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2019. Dicapai pada 17 Mei 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]