Pergi ke kandungan

Nenek kebayan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nenek kebayan ialah sebuah watak wanita tua dalam cerita rakyat masyarakat Melayu[1] yang. Dipercaya adalah seorang nenek yang memiliki rambut acak-acakan dan bermata merah dan memiliki kekuatan yang dapat mengendalikan hidup dan mati. Dan ada juga yang percaya bahwa nenek kebayan adalah seorang makhluk halus yang berubah menjadi sesosok nenek

Nama dan perwatakan

[sunting | sunting sumber]

Nenek kebayan 'Kamus Dewan Edisi Keempat ialah perempuan tua yang mistik dan misteri dalam cerita dongeng zaman dahulu. Nenek kebayan sering digambarkan sebagai sosok wanita tua yang sangat renta dengan rambut putih kusut dan baju lusuh. Matanya merah menakutkan dan membuat anak-anak menjerit[2]. Walau bagaimanapun, watak nenek kebayan dalam hikayat lama Melayu digambarkan sebagai seorang yang baik dan menjadi watak pembantu kepada watak utama hikayat-hikayat[1].

Pengkisahan

[sunting | sunting sumber]

Hikayat Indera Putera

[sunting | sunting sumber]

Nenek kebayan dalam Hikayat Indera Putera ialah seorang wanita tua yang baik yang menjaga dan membesarkan Putera Inderaputera – watak utama hikayat ini – dari kecil. Nenek kebayan menjaga Putera Inderaputera hingga dewasa bermula selepas Putera Inderaputera dijatuhkan oleh burung Merak Emas di taman bunga nenek kebayan ketika Putera Inderaputera masih kecil. Apabila dewasa, Putera Inderaputera berpisah dengan nenek kebayan. Putera Inderaputera mencari nenek kebayan yang menjaganya dari kecil sehingga baginda bertemu ayahandanya dan ditabalkan sebagai Paduka Sultan Mengindera.[1][3]

Hikayat Malim Deman

[sunting | sunting sumber]

Hikayat Malim Deman mengisahkan seorang putera raja dari sebuah negeri bernama Bandar Muar, Tuanku Malim Deman. Malim Deman diperihalkan sebagai seorang putera yang kacak, cukup budi pekertinya dan bijak dalam mengetahui segala hal dunia dan akhirat. Walau bagaimanapun, Malim Deman mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ketua negeri dan menghabiskan masa dengan bersabung ayam dan berfoya-foya dengan wanita. Baginda juga tidak mengendahkan permaisurinya yang merupakan puteri dari kayangan, Puteri Bongsu sehinggalah kelahiran puteranya, Tuanku Malim Dewana.

Dalam hikayat tersebut, Nenek Kebayan berperanan membantu Malim Deman mendapatkan Puteri Bongsu untuk diperisterikan Malim Deman. Malim Deman dan Puteri Bongsu dikahwinkan oleh Betara Guru di rumah Nenek Kebayan.[4]

Hikayat Parang Puting

[sunting | sunting sumber]

Dalam Hikayat Parang Puting, nenek kebayan muncul dalam pengakhiran cerita hikayat ini dengan menyerah cincin sakti kepada Awang yang telah ditabalkan menjadi raja dalam negeri Penambang Indera. Awang sebagai hero dalam hikayat tersebut telah dilantik menjadi raja dan dapat mengahwini puteri raja selepas mengalahkan naga dengan menggunakan parang puting milik nenek kebayan ditukarkan dengan cincin milik Awang. Oleh sebab itu, pengakhiran kisah ini Awang hidup bahagia setelah menolong nenek kebayan.[5]

Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin)

[sunting | sunting sumber]

Nenek kebayan diceritakan melalui kisah “Peminangan Puteri Gunung Ledang” dalam Sejarah Melayu. Nenek kebayan menjelma sebagai Dang Raya Rani, iaitu pengetua Puteri Gunung Ledang dan seorang perempuan bongkok tiga di puncak Gunung Ledang bertemu dengan Tun Mamat. Penjelmaan watak nenek kebayan tersebut ialah Puteri Gunung Ledang yang menyamar sebagai nenek kebayan menggunakan kuasa magis[1].

Dalam budaya masyhur

[sunting | sunting sumber]
  • Watak nenek kebayan muncul dalam filem Puteri Gunung Ledang, sebuah filem epik Malaysia tahun 2004, dilakonkan oleh Ruminah Sidek[6].
  • Nenek kebayan juga muncul dalam filem Magika, sebuah filem fantasi muzikal tahun 2010 yang menghimpunkan pelbagai watak cerita rakyat Melayu, dilakonkan oleh Ziana Zain[7]. Dalam filem ini, nenek kebayan yang berada di dunia lain telah menculik seorang kanak-kanak manusia untuk mendapatkan air matanya.
  • Nenek kebayan muncul dalam sebuah filem tahun 2020, Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda, dilakonkan oleh Dayang Areeda. Dalam filem ini, nenek kebayan mengubati wajah watak utama, Siti yang diserang penyakit misteri dan menyebabkan mukanya hodoh[8].

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Yama-uba, sebuah watak yang hampir sama dengan nenek kebayan, dalam cerita rakyat Jepun.
  • Baba Yaga, sebuah watak yang hampir sama dengan nenek kebayan, dalam cerita rakyat Slavia.
  • Muma Pădurii, sebuah watak yang hampir sama dengan nenek kebayan, dalam cerita rakyat Romania.
  1. ^ a b c d KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH. "Perwatakan Murni Nenek Kebayan dalam Hikayat Inderaputera". Klik Web DBP. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  2. ^ Tantri Setyorini (6 Julai 2018). "9 Legenda hantu nenek-nenek yang bikin bulu kuduk berdiri". Merdeka. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  3. ^ Khay Haridz (13 Julai 2018). "Nenek Kebayan Dalam Sastera Melayu". The Patriots. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  4. ^ Atiqah Abd Rahim. "Hikayat Malim Deman". Klik Web DBP. Dicapai pada 27 Januari 2022.
  5. ^ Norlizawati Md. Nor (2018). "Sastera Melayu zaman peralihan Hindu-Islam: satu kajian terhadap Hikata Shamsu'l Bahrain" (PDF). USM. Dicapai pada 27 Januari 2022.
  6. ^ "Filem Puteri Gunung Ledang Setelah 10 Tahun". Astro Awani. Ogos 30, 2014. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  7. ^ Budiey (27 November 2008). "Ziana Zain Jadi Nenek Kebayan Dalam Filem Magica". Budiey. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  8. ^ Budiey (4 Februari, 2020). "Tentang Filem RATU KALA JENGKING: PUTERI KERANDA". Budiey. Dicapai pada 28 Januari 2022. Check date values in: |date= (bantuan)