Dayang Areeda
Dayang Areeda | |
|---|---|
دايڠ اريايد | |
| Kelahiran | Dayang Areeda binti Datu Abdul Razak 29 Januari 1994 |
| Pendidikan | Diploma Perniagaan |
| Pusat pendidikan | Akademi Binaan Negara Kuala Berang (ABM) |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 2014–kini |
Karya | Filemografi |
| Ketinggian | 1.7 m (5 ka 7 in) |
Dayang Areeda Datu Abdul Razak (lahir 29 Januari 1994) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula dikenali dengan watak antagonisnya sebagai Shiqin dalam drama Kekasih Paksa Rela.[1][2][3]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kudat, Sabah pada 29 Januari 1994. Beliau merupakan lulusan dalam bidang perniagaan di Akademi Binaan Negara Kuala Berang (ABM).
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2014, Dayang Areeda yang ketika itu berusia 20 tahun, mendaftarkan diri di Metrowealth Pictures milik penerbit David Teo dan memohon jawatan kerja sebagai pegawai pemasaran. Bermula dengan sesi temuduga, Dayang menerima tawaran sebagai pelakon. Minatnya dalam bidang lakonan mula berputik apabila Dayang terpaksa menangguhkan pelajarannya.[4] Beliau merupakan salah seorang bakat baru yang diperkenalkan oleh Metrowealth bersama-sama Julia Farhana Marin, Tengku Fiella dan Aizat Hassan.
Bakatnya dalam bidang lakonan mula bersinar apabila Dayang memegang watak pembantu sebagai Shiqin dalam drama Kekasih Paksa Rela lakonan Remy Ishak dan Intan Najuwa. Beliau juga berlakon bersama Kamal Adli dan Tiz Zaqyah dalam filem Kolestrol vs Cinta arahan Eyra Rahman.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Artis Baru Wanita Popular | Tercalon |
| 2025 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Aktres Pembantu TV Popular | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ramlah Zainal (16 Januari 2018). Dayang Areeda tak kisah dibenci Harian Metro. Diperoleh pada 19 Ogos 2018.
- ^ Ardini Sophia Sina (22 Februari 2018). Makin seronok jadi jahat Harian Metro. Dicapai pada 12 September 2018.
- ^ Ardini Sophia Sina (22 Julai 2019). Areeda belum terdesak Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2019.
- ^ Farhan Ikram (26 Julai 2018). "Minta kerja pejabat, tapi tiba-tiba jadi artis" - Dayang Areeda mStar Online. Dicapai pada 19 Ogos 2018.