Ngũgĩ wa Thiong'o

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Ngũgĩ wa Thiong'o
Ngũgĩ pada tahun 2012
Info kelahiranJames Ngugi
(1938-01-05) 5 Januari 1938 (umur 83)
Kamiriithu, Jajahan Kenya
PekerjaanPenulis
BahasaBahasa Inggeris, Bahasa Kikuyu
Pusat pendidikanUniversiti Makerere
PasanganNjeeri
Laman sesawang
ngugiwathiongo.com

Ngũgĩ wa Thiong'o (disebut [ᵑɡʊɡi wá ðiɔŋɔ[1] terdekat ĕn.gu.gi wa dzio.ngo], lahir 5 Januari 1938) ialah seorang penulis intelektual dari Kenya.

Beliau banyak menulis mengenai kesan yang menimpa kolonialisme terhadap benua Afrika dalam abad ke-20; buku Decolonising the Mind dikarang beliau tahun 1986 sangat terkenal mengusulkan hubungan bahasa dengan pengalaman dan keperibadian lalu boleh menjadi senjata menangkis penjajahan yang mempengaruhi pemikiran diri. Beliau juga menulis cereka khususnya dalam bahasa Gikuyu, bahasa ibundanya.[2]

Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ngũgĩ lahir dengan nama baptisnya James Ngugi di Kamiriithu,[3] Kiambu tengah negara Kenya; beliau berketurunan Kikuyu. Keluarganya terlibat dalam Pemberontakan Mau Mau melawan British: abang tirinya merupakan seorang askar pemberontak, ibunya pula merupakan mangsa soal siasat dan seksa askar British.[4]

Beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Makerere sebelum mendapatkan biasiswa ke Universiti Leeds. Ketika dalam pengajian tinggi inilah beliau menulis 2 buah novel: Weep Not, Child (1964) dan The River Between (1965),[2] karya pertama in merupakan karya bahasa Inggeris format novel pertama dihasilkan dalam Afrika Timur.[5][6]

Kerjaya penulisan[sunting | sunting sumber]

Beliau mula mempelajari falsafah antikolonialis Frantz Fanon selama tempoh antara novel kedua dengan novel seterusnya. Pengarangan karangan novel ini iaitu A Grain of Wheat terus mendorong beliau menyingkirkan semua pengenalan yang dianggap berjiwa penjajahan termasuk membuang agama Kristiannya serta menukar nama yang kebaratan[7] kepada Ngũgĩ wa Thiong'o - "Ngũgĩ anak Thiong'o".[1]

Beliau melibatkan diri dalam suatu pementasan teater yang ditulis dalam bahasa Gikuyu bersama Ngugi wa Mirii iaitu Ngaahika Ndeenda; beliau bertujuan memilih bahasa jati mereka dengan niat membudayajatikan seni ini dalam kalangan warga Kenya serta melanggaskan daripada kekangan pendidkan yang dianggap terlalu borjuis.[8] Penulisan ini mendapat perhatian Daniel arap Moi, naib presiden Kenya dalam rejim ekaparti KANU pimpinan Jomo Kenyatta yang melihat ia mampu menggugat dan mencabar rejim mereka; Ngũgĩ dimasukkan ke dalam penjara keselamatan maksimum Kamiti.

Penahanan Ngũgĩ mengubah pemikiran beliau di mana beliau memutuskan lagi tidak menulis lagi dalam bahasa Inggeris.[2] Beliau mula menulis karya pertamanya dalam bahasa jatinya berjudul Caitaani mũtharaba-Inĩ pada tisu tandas.

Setelah beliau dibebaskan, beliau dan keluarganya masih diganggu para pegawai kerajaan; maka beliau memohon suaka di United Kingdom. Di sana, beliau melibatkan diri bersama Jawatankuasa Pembebasan Tahanan Politik Kenya yang berpangkalan di London dari 1982 hingga 1998.[9][10]

Senarai karya[sunting | sunting sumber]

Novel[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Inggeris

  • Weep Not, Child (1964)
  • The River Between (1965)
  • A Grain of Wheat (1967, 1992)
  • Petals of Blood (1977)

Dalam bahasa Gikuyu

  • Caitaani Mutharaba-Ini (1980)
  • Matigari ma Njiruungi (1986)
  • Mũrogi wa Kagogo (2004)
  • The Perfect Nine: The Epic of Gĩkũyũ and Mũmbi (2020)

Karangan[sunting | sunting sumber]

  • Homecoming: Essays on African and Caribbean Literature, Culture, and Politics (1972)
  • Writers in Politics: Essays (1981)
  • Decolonising the Mind: The Politics of Language in African Literature (1986)
  • Moving the Centre: The Struggle for Cultural Freedom (1993)
  • Penpoints, Gunpoints and Dreams: The Performance of Literature and Power in Post-Colonial Africa (The Clarendon Lectures in English Literature 1996), Oxford University Press, 1998.
  • Secure the Base: Making Africa Visible in the Globe (2016)

Bukan cereka[sunting | sunting sumber]

  • Detained: A Writer's Prison Diary (1981)
  • Dreams in a Time of War: a Childhood Memoir (2010)
  • In the House of the Interpreter: A Memoir (2012)
  • Birth of a Dream Weaver: A Memoir of a Writer's Awakening (2016)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Tania Adam (10 September 2019). "Ngũgĩ wa Thiong'o: "Europe and the West must also be decolonised"". CCCB. - sebutan didasarkan temubual dalam video
  2. ^ a b c Arjun Chaturvedi (26 September 2020). "Ngũgĩ wa Thiong'o: Anyone Living in a Colonial Society Can Relate to Black Lives Matter". Jacobin. Dicapai pada 21 Februari 2021.
  3. ^ "Biografski dodaci" [Biographic appendices]. Republika: Časopis Za Kulturu I Društvena Pitanja (Izbor Iz Novije Afričke Književnosti) (dalam bahasa SerboCroatia). Zagreb, SR Croatia. XXXIV (12): 1424–1427. December 1978.
  4. ^ Nicholls, Brendon (2010). Ngũgĩ wa Thiong'o, gender, and the ethics of postcolonial reading. m/s. 89.
  5. ^ Hans M. Zell, Carol Bundy, Virginia Coulon, A New Reader's Guide to African Literature, Heinemann Educational Books, 1983, p. 188.
  6. ^ James Currey, "Ngũgĩ, Leeds and the Establishment of African Literature", Leeds African Studies Bulletin 74 (December 2012), pp. 48–62.
  7. ^ https://web.archive.org/web/20131209002551/http://coursesite.uhcl.edu/HSH/Whitec/xauthors/Ngugi.htm
  8. ^ Ngũgĩ wa Thiong'o. Decolonising the mind: the politics of language in African literature. 1994, page 56-9
  9. ^ . "About", Ngũgĩ wa Thiong’o website.
  10. ^ "Committee for the Release of Political Prisoners in Kenya Collection: 1975-1998". George Padmore Institute. Dicapai pada 13 May 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]