Nobatia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nobatia
ⲙⲓⲅⲛ̅
ⲙⲓⲅⲓⲧⲛ︦ ⲅⲟⲩⲗ
s. 400–abad ke-7
Nobatia dan kerajaan Nubia Kristian yang lain.
Nobatia dan kerajaan Nubia Kristian yang lain.
Ibu negaraPachoras
Bahasa yang umum digunakanNubia
Yunani
Qibti
Agama
kultus Isis
Kristian Ortodoks Koptik (Sejak 543)
KerajaanMonarki
Raja Nobatia 
• 450 TM
Aburni (raja pertama yang dikenali)
Sejarah 
• Didirikan
s. 400
• Diintegrasi ke dalam Makuria
abad ke-7
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Kush
Makuria
Sekarang sebahagian dariSudan
Mesir

Nobatia (Jawi: نوباتيا) atau Nobadia (Jawi: نوباديا; Bahasa Yunani: Νοβαδία, Nobadia; Nubia Lama: ⲙⲓⲅⲛ̅ Migin atau ⲙⲓⲅⲓⲧⲛ︦ ⲅⲟⲩⲗ Migitin Goul har. "tanah Nobadia"[1]) ialah sebuah kerajaan purba lewat yang terletak di Nubia Hilir. Ia menggantikan kerajaan Kush, bersama dua buah kerajaan Nubia yang lain, Makuria dan Alodia. Selepas pengasasannya sekitar tahun 400, Nobatia beransur-ansur berkembang dengan mengalahkan Blemmies di utara dan mengilhakkan semua kawasan di antara riam Nil kedua dan ketiga di selatan. Pada 543, ia memeluk agama Kristian Koptik. Ia kemudiannya diilhakkan oleh kerajaan Makuria, tanpa diketahui sebabnya semasa abad ke-7.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Nobatia diasaskan di Akine, bekas wilayah Meruwi, yang merangkumi sebahagian besar Nubia Hilir dan diduga telah berautonomi sebelum kejatuhan terakhir Kerajaan Kush pada pertengahan abad ke-4.[2]

Meskipun orang Nobati dijemput masuk ke wilayah itu dari Gurun Libya oleh Maharaja Rom Diocletianus pada 297 TM, kerajaan mereka hanya betul-betul wujud sekitar 400 TM.[2] Nobatia awal berkemungkinan besar tamadun sama ahli arkeologi panggil budaya Ballana.

Akhirnya, orang Nobati berjaya mengalahkan Blemmies, dan sebuah inskripsi oleh Silko, Anak Raja Nobati, mendakwa telah menghalau Blemmies ke Gurun Timur. Sekitar masa ini, ibu kota Nobatia diasaskan di Pakhoras (kini Faras); tidak lama kemudian, Nobatia memeluk agama Kristian mazhab bukan Khalsedon.

Tahun 707, Nobatia telah diilhakkan oleh jiran selatan mereka, Makuria. Penyebab penggabungan ini tidak diketahui. Juga tidak diketahui apa yang berlaku kepada keluarga diraja Nobati.[3] Penggabungan itu berkemungkinan besar berlaku sebelum penaklukan Muslim pada 652, kerana catatan sejarah Arab hanya bercakap tentang satu negara Kristian di Nubia dan mencapai sekurang-kurangnya sejauh Dongola Lama. Nobatia nampaknya mempunyai beberapa autonomi di negeri baharu itu. Ia diperintah oleh seorang epark (uskup) Nobatia yang juga mempunyai gelaran Domestikos Pakhoras. Epark ini pada asalnya dilantik tetapi nampaknya menjadi dinasti kemudiannya. Beberapa rekod mereka telah ditemui di Istana Ibrim, menggambarkan tokoh penting yang amat berkuasa.

Nama Nobatia sering dipanggil sebagai al-Maris dalam buku-buku sejarah Arab. Keeparkan Nobatia kekal sebagai bahagian penting Kerajaan Makuria sehingga kejatuhannya, seperti yang disahkan oleh dokumen dari 1463 yang menyebut tentang seorang epark bernama Teedderre.[4][5]

Agama[sunting | sunting sumber]

Pemujaan berhala[sunting | sunting sumber]

Sejak zaman Ptolemaik, "agama negara" Nubia Hilir ialah kultus Isis di Filae. Ia kekal begitu melebihi pemerintahan Ptolemaik dan Meroitik dan jemaah Nubia terus berziarah ke Filae.[6] Kuil di Filae akhirnya ditutup antara 535 dan 538 oleh Justinianus I untuk menamatkan kultus itu, sementara orang Nubia pula dilarang memasukinya lagi.[7][2] Satu lagi kultus Isis, misteri-misteri Isis Yunani-Romawi, telah disahkan diamal di Nobatia di sebuah keramat, digali di Qasr Ibrim. Kultus ini telah diamalkan semasa zaman Meroitik juga.[6]

Ukiran kamar "Habsyi" di dalam kuil Isis di Filae, menggambarkan para penziarah dan pendeta dari selatan. Inskripsi di hadapan orang ketiga dari kiri ialah sepucuk surat menghuraikan hadiah rombongan diplomatik yang dihantar oleh Raja Talakhidamani dari kerajaan Kush.

Kristian[sunting | sunting sumber]

Bukti epigrafi dan arkeologi mengesahkan bahawa agama Kristian telah wujud dalam masyarakat Nobatia sebelum ia menjadi agama rasmi pada tahun 543.[2] Golongan elit Nobatia mungkin mula mempertimbangkan untuk memeluk Kristian pada tahun 530-an, selari dengan waktu kuil Isis ditutup.[2] Agama Kristian terus menyebar di Nobatia secara berperingkat dengan kepesatan yang berbeza-beza. Bandar-bandar, contohnya, cepat menerima agama baru itu, manakala pengkristianan kampung-kampung hanya berjaya sekitar abad ke-7 – 9.[2] Di selatan riam kedua, agama Kristian nampaknya telah mula merebak lebih lewat daripada di utara, mungkin sejak akhir abad ke-6 atau awal abad ke-7.[2] Banyak kuil Mesir purba telah ditukarkan kepada gereja dan diplaster dengan lukisan dinding Kristian.

Budaya tentera[sunting | sunting sumber]

Tiada apa yang diketahui tentang organisasi tentera Nobatia.[3] Banyak senjata yang digunakan oleh orang Nobatia berasal dari zaman Meroitik.[8]

Senjata jarak jauh[sunting | sunting sumber]

Tabung panah dari Qustul, s. 400

Hasil arkeologi dari zaman penyembahan berhala mengesahkan kelaziman memanah untuk Nubia dan oleh itu Nobatia juga.[3] Busur panjang refleks, yang membuktikan keadiran tentera upahan Kush sejak Kerajaan Pertengahan, telah digantikan dengan busur komposit refleks semasa zaman Meroitik atau pasca-Meroitik, berukuran sekitar satu meter dan pada asalnya direka untuk ditembak sambil menunggang kuda.[9] Satu busur kayu yang ringkas ditemui dalam sebuah makam Nobati awal di Qustul.[8] Orang Nobati menembak anak panah berduri dan mungkin beracun sepanjang 50 cm.[8] Untuk menyimpan anak panah, mereka menggunakan tabung kulit daripada haiwan berleher panjang seperti kambing atau gazel. Selain itu, ia ditambahkan tali pengikat, kepak dan hiasan.[8] Tabung anak panah mereka mungkin dipakai di depan badan dan bukannya di belakang.[9] Di tangan memegang busur, pemanah memakai gelang untuk melindungi tangan daripada tercedera semasa menarik tali busur. Bagi golongan bangsawan, gelang itu mungkin dibuat daripada perak, manakala yang lebih miskin menggunakan kulit mentah.[9] Tambahan pula, pemanah memakai cincin ibu jari, berukuran antara tiga hingga empat cm.[9] Oleh itu, pemanah Nubia menggunakan teknik menarik tali busur yang hampir sama dengan orang Parsi dan Cina, yang kedua-duanya juga menggunakan cincin ibu jari.[9]

Di Qasr Ibrim, dua anak panah busur silang telah ditemui. Penggunaan busur silang setakat ini belum diterbuktikan di Nubia.[6]

Senjata jarak dekat[sunting | sunting sumber]

Grafiti dari Kuil Kalabsha (Talmis), menggambarkan Raja Silko di atas kuda sambil merejam musuh sementara dimahkotakan oleh Nike, dewi kemenangan.

Senjata unik orang Nobati ialah sejenis pedang pendek.[8] Ia mempunyai bilah yang lurus dengan matanya melengkung ke dalam, yang ditajamkan hanya pada satu sisi. Maka, ia bukan direka untuk menikam tetapi untuk menetak.[3] Selain pedang tersebut, terdapat juga tombak, sesetengah dengan bilah besar, serta kapak senjata. Ada kemungkinan tombak berbilah besar dan kapak pengawinan itu hanya digunakan untuk majlis istiadat.[3]

Pelindung tubuh[sunting | sunting sumber]

Askar-askar Nobati dan ketua mereka menggunakan perisai dan perisai badan, kebanyakannya diperbuat daripada kulit.[8][3] Serpihan kulit tebal telah ditemui di makam diraja Qustul, menunjukkan bahawa orang ternama biasanya dikebumikan memakai baju besi.[3] Pelindung dada yang dipelihara serta dihias dengan baik diperbuat daripada kulit lembu ditemui di Qasr Ibrim[3] manakala satu lagi ditemui di Jebel Adda, tetapi yang ini diperbuat daripada kulit reptilia, mungkin buaya.[10] Satu lagi serpihan yang mungkin pernah menjadi pelindung badan berasal dari Qustul. Ia dibuat daripada beberapa lapisan kulit disamak dan ditatahkan dengan roset plumbum.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pierce, Richard. "Nubian Toponyms in Medieval Nubian Sources". Dotawo: A Journal of Nubian Studies. 4.
  2. ^ a b c d e f g Obluski 2014.
  3. ^ a b c d e f g h Welsby 2002.
  4. ^ Lajtar 2011.
  5. ^ Werner 2013.
  6. ^ a b c Adams 2013.
  7. ^ Verner, Miroslav (2013-06-03), Philae: The Pearl of Egypt, American University in Cairo Press, m/s. 400–419, doi:10.5743/cairo/9789774165634.003.0009, dicapai pada 2024-02-18
  8. ^ a b c d e f g Williams 1991.
  9. ^ a b c d e Zielinski 2015.
  10. ^ Hubert & Edwards 2010.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]