Nor Shamsiah Mohd Yunus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berbahagia Datuk
Nor Shamsiah Mohd Yunus
PMW (WP)
Gabenor Bank Negara Malaysia
Memegang jawatan
1 Julai 2018
Didahului olehMuhammad bin Ibrahim

Yang Berbahagia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus[1] merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia mulai 1 Julai 2018[2] yang menggantikan Tan Sri Muhammad bin Ibrahim. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara dari tahun 2010 hingga tahun 2013 dan dari tahun 2013 hingga tahun 2016. Kemudian, beliau menyertai Tabung Kewangan Antarabangsa sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pasaran Kewangan dan Modal.[3]

Beliau adalah wanita kedua yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara selepas Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Perakaunan dari University of South Australia dan merupakan seorang akauntan bertauliah (CPA).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bank Negara Malaysia[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mula bertugas di Bank Negara Malaysia sejak 1987 lalu. Pada 1999, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengawalan Bank hingga 2004. Pada 1 Disember 2004, beliau telah telah dilantik sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia. Pernah bertugas sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2010-2013 dan 2013-2016. Beliau akhirnya telah dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia bermula dari 1 Julai 2018 lalu.[4]

Tugasan di Bank Negara Malaysia[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menjalankan tugas dalam bidang pembangunan kewangan, pengurusan strategik sumber manusia, transformasi pembangunan organisasi, pembentukan pengawalan berhemat, dasar dan peraturan pengawalan bank, pengurusan krisis dan insurans.

Pengalaman kerjaya lain[sunting | sunting sumber]

  • Penolong Pengarah Bahagian Kewangan dan Pasaran Modal, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
  • Pengarah Urusan, Danamodal Nasional Berhad
  • Ahli Panel Pelaburan KWSP
  • Ahli Lembaga Pelaburan Tabung Haji

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Beliau terlibat secara langsung dalam penyelesaian Krisis Kewangan Asia 1998 lalu. Memainkan peranan yang penting juga dalam pembentukan Pelan Induk Sektor Kewangan (2001-2010) dan Pelan Hala Tuju Sektor Kewangan (2011-2020).[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Gabenor Bank Negara Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]