Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour
Gabenor Bank Negara Malaysia ke-10
Memegang jawatan
1 Julai 2023
Didahului olehNor Shamsiah Mohd Yunus
Butiran peribadi
LahirMalaysia
KerakyatanMalaysia
PendidikanSarjana Muda Ekonomi
Alma materUniversiti Malaya (UM)

Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour ialah seorang jurubank Malaysia yang dilantik sebagai gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 1 Julai 2023.[1][2] Beliau sebelum ini merupakan timbalan gabenor bank pusat itu.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya (UM) dan MBA daripada Saïd Business School, Universiti Oxford.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Abdul Rasheed mula berkhidmat di BNM pada 1988. Sepanjang kerjayanya, beliau pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan dan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari serta Jawatankuasa Kestabilan Kewangan sejak 2015.[1]

Beliau turut memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (2000-2010) dan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020 dan 2022-2026). Pada tahun 2016, beliau dilantik sebagai Timbalan Gabenor BNM.[1][3]

Beliau dilantik sebagai gabenor BNM ke-10 pada 1 Julai 2023 bagi tempoh 5 tahun,[4] menggantikan Nor Shamsiah Mohd Yunus yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sehari sebelumya, iaitu pada 30 Jun. Pelantikan beliau mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.[1][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Alzahrin Alias (9 Jun 2023). "Abdul Rasheed dilantik jadi Gabenor Bank Negara". Berita Harian. Dicapai pada 30 Disember 2023.
  2. ^ "Gabenor BNM: Abdul Rasheed sinonim kepada pengalaman dan pengetahuan luas - Ahli Ekonomi". Astro Awani. 11 Jun 2023. Dicapai pada 30 Disember 2023.
  3. ^ "Abdul Rasheed appointed BNM deputy governor". Free Malaysia Today. 4 Julai 2016. Dicapai pada 30 Disember 2023.
  4. ^ "Shaik Abdul Rasheed dilantik Gabenor Bank Negara". Sinar Harian. 9 Jun 2023. Dicapai pada 30 Disember 2023.
  5. ^ "Abdul Rasheed Ghaffour appointed as Bank Negara governor for 5 years effective July 1". The Star Online. 9 Jun 2023. Dicapai pada 30 Disember 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]