Pergi ke kandungan

Novia Kolopaking

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Novia Kolopaking
Kelahiran
Novia Sanganingrum Saptarea Kolopaking

(1972-11-09) 9 November 1972 (umur 53)
Pekerjaan
PasanganEmha Ainun Nadjib (k. 1997)
Anak-anak4
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanMusica Studio's

Novia Sanganingrum Saptarea Kolopaking (lahir di Bandung, Jawa Barat, 9 November 1972; umur 53 tahun), atau lebih dikenali sebagai Novia Kolopaking, merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Indonesia. Ia dikenali kerana lagu "Dengan Menyebut Nama Allah" bersama Dwiki Dharmawan.

Nama Novia telah dikenali sejak zaman kanak-kanaknya lagi melalui beberapa majalah kanak-kanak dan pertunjukan pentas, sama ada sebagai penyanyi ataupun pelakon. Walau bagaimana pun, namanya benar-benar terserlah di persada seni nasional ketika dia melakonkan watak "Emak" dalam drama bersiri Keluarga Cemara dan watak "Siti Nurbaya" dalam filem televisyen Sitty Nurbaya. Walaupun ramai yang tidak menyedari, dia juga pernah mengisi suara tokoh "Dewi Anjani" dalam sandiwara radio Saur Sepuh. Namanya mulai dikenali ketika ia menyanyikan lagu "Dengan Menyebut Nama Allah" karya Dwiki Dharmawan dan Ags. Arya Dipayana yang dilancarkan pada tahun 1992.[1][2][3]

Novia menikah pada 22 Mac 1997 dengan Emha Ainun Nadjib dan dikurniai 4 orang anak. Setelah berkahwin, dia tidak banyak muncul dalam aktiviti kesenian nasional. Namun, dia kerap mendampingi perjalanan kumpulan "Kiai Kanjeng" pimpinan suaminya mengunjungi pelbagai tempat di Indonesia dan juga luar negara.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Sebagai penyanyi utama
Tahun Tajuk Album Catatan
1992 "Dengan Menyebut Nama Allah" Dengan Menyebut Nama Allah Bersama Dwiki Dharmawan[1]
1996 "Bunga Mawar" Karya Emas A. Riyanto[a]
1997 "Aku Selalu Cinta" The Best Slow of Novia Kolopaking
2000 "Zikir" Zikir[b]
2000 "Sendiri Menyulam Mimpi" Misteri Nini Pelet[c]
Keterangan
  1. ^ Album lagu tema Darah Biru (1996).
  2. ^ Album lagu tema Ketabahan (2000).
  3. ^ Album lagu tema Misteri Nini Pelet (2000).
Album solo
Tahun Album Single
1983 Bapak Pembangunan
  • "Bapak Pembangunan"
  • "Ejeg-Ejeg Enong"
1983 Kembalilah Mama "Kembalilah Mama"
1987 Salah Tingkah "Salah Tingkah"
Sembah dan Puji Dia "Sembah dan Puji Dia"
1989 Jangan Malu-Malu "Jangan Malu-Malu"
1992 Kembali "Kembali"
1994 Biar Kusimpan Rinduku "Biar Kusimpan Rinduku"
1995 Untukmu Segalanya "Untukmu Segalanya"
1997 Asmara "Asmara"
The Best Slow of Novia Kolopaking "Aku Selalu Cinta"
1998 Cinta "Cinta"
2000 KepadaMu, Kekasihku "KepadaMu, Kekasihku"[4]
2004 Best of the Best

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Sebagai pelakon

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1988 Brahma Manggala
1990 Perempuan Kedua Lia
2021 Terima Kasih Emak, Terima Kasih Abah Emak

Sebagai pembuat filem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Minggu Pagi di Victoria Park Penerbit eksekutif
2021 Terima Kasih Emak, Terima Kasih Abah

Siri televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1989—1990 Jendela Rumah Kita Anna
1991 Sitti Nurbaya (Kasih tak Sampai) Sitti Nurbaya
1996 Darah Biru Kusdwi
1 Kakak 7 Ponakan Ocha
1996—2004 Keluarga Cemara Emak Pelakon kedua
2008 Rinduku Cinta-Mu Nurul
  1. ^ a b Ivvaty, Susi (9 Oktober 2005). "Pop Religius Sang Pendakwah". Kompas. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2005. Dicapai pada 8 Julai 2023.
  2. ^ "5 Lagu Religi Terbaik Sepanjang Masa". IDN Times. 23 Jun 2017.
  3. ^ Saraswati, Dyah Paramita. "Lagu Religi Ikonik dari Masa ke Masa". detikhot (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 6 Jun 2023.
  4. ^ Willis (12 November 2000). "Novia Nimbrung di Kyiai Kangjeng". Gatra. Dicapai pada 30 November 2025.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]